Akaun

Halaman Akaun adalah tempat anda boleh mengemas kini tetapan akaun anda, memaparkan pesanan, mengurus keutamaan hubungan, dan mencari kekunci produk perisian yang anda telah muat turun. Anda juga boleh muat turun perisian yang dibeli daripada halaman Akaun.

Akaun Microsoft

Untuk menggunakan seksyen Akaun, anda perlu mendaftar masuk dengan akaun Microsoft percuma. Jika anda tidak mempunyai akaun Microsoft , anda mempunyai pilihan untuk mewujudkan satu untuk anda apabila anda membuat pesanan.

Maklumat yang anda simpan dalam Akaun anda boleh digunakan untuk membuat pesanan masa depan. Untuk butiran lanjut mengenai bagaimana Microsoft melindungi privasi anda, sila lihat Pernyataan Privasi Dalam Talian Microsoft.

Akaun Microsoft Berbilang

Anda boleh ada berbilang akaun jika anda mendaftar masuk dengan kelulusan akaun Microsoft yang berbeza, tetapi maklumatnya tidak dikongsi merentas akaun-akaun ini. Contohnya, jika anda mendaftar masuk dengan satu alamat e-mel, maklumat tersebut tidak disediakan kepada anda jika anda daftar keluar dan daftar masuk dengan alamat e-mel yang berlainan.

Muat turun + Kekunci produk

Anda boleh muat turun perisian anda sebaik sahaja pembelian anda lengkap, dan anda juga boleh muat turunnya kemudian daripada seksyen Muat Turun + Kekunci Produk dalam Akaun anda. Hanya cari item tersebut, dan klik pautan Muat Turun di sebelah tajuk perisian boleh muat turun anda. Kekunci produk yang diperlukan untuk memasang perisian anda yang dimuat turun semuanya tersenarai dalam seksyen ini dalam Akaun anda. Kekunci produk adalah rentetan huruf dan nombor yang anda perlu beri bagi perisian anda semasa proses pemasangan atau sebelum anda boleh menggunakannya. Tanpa kekunci produk, anda tidak akan dapat memasang perisian boleh muat turun ini. Apabila anda membeli perisian boleh muat turun daripada Microsoft Store, kekunci produk anda disimpan dalam halaman Muat Turun + Kekunci Produk anda.

Sejarah pesanan

Anda boleh melihat butiran pesanan anda yang terdahulu di halaman Sejarah Pesanan. Anda akan menemui maklumat mengenai produk yang anda pesan dari Microsoft Store seperti tarikh pesanan, alamat pengebilan yang berkaitan dengan setiap pesanan, nombor pesanan, jumlah pesanan, dan status pesanan.

Pembayaran

Anda boleh menyimpan berbilang kaedah pembayaran dalam Akaun–nombor kad kredit, tarikh luput dan alamat pengebilan. Kemudian, apabila anda membuat pembelian, cuma pilih kaedah pembayaran yang anda mahu guna untuk pesanan tertentu. Untuk keselamatan, hanya empat digit terakhir kad kredit dipaparkan.

Untuk menambah maklumat pembayaran:

  1. Masukkan nombor kad kredit anda ke dalam kotak nombor Kad.
  2. Pilih bulan (MM) dan tahun (YYYY) luput dalam senarai juntai bawah yang berkenaan.
  3. Pilih alamat pengebilan daripada senarai juntai bawah. Senarai ini memaparkan semua alamat penghantaran yang anda telah masukkan. Anda juga boleh memilih Alamat Baharu daripada senarai ini untuk memasukkan alamat baharu yang bukan dalam senarai alamat anda.

Untuk keselamatan tambahan, Nilai Pengesahan Kad anda, nombor (CVV) tidak disimpan bersama-sama kad kredit anda. Anda menyediakannya hanya apabila membuat pembelian.

Jika anda menambah alamat pengebilan baharu apabila anda menambah maklumat pembayaran, alamat tersebut disimpan dengan alamat anda yang selebihnya.

Untuk menyunting maklumat pembayaran:

  1. Dalam senarai jenis pembayaran, cari alamat yang anda mahu sunting.
  2. Klik Edit.
  3. Taip nilai baharu bagi maklumat yang anda mahu sunting.

Alamat

Anda boleh menyimpan sebanyak alamat yang anda mahu dalam Akaun anda. Kemudian, apabila anda membuat pembelian, di halaman daftar keluar, pilih alamat yang anda mahu guna.

Untuk menambah alamat:

  1. Isi borang dalam seksyen Alamat halaman ini. Medan yang diperlukan ditandakan dengan asterisk (*).

    NAMA MEDAN HURAIAN MEDAN
    Nama Pertama*Nama yang diberi kepada penerima bil. Jika nama ini lebih panjang daripada 20 aksara, cuma masukkan 20 yang pertama sahaja.
    Nama Akhir*Nama keluarga penerima bil. Jika nama ini lebih panjang daripada 20 aksara, cuma masukkan 20 yang pertama sahaja.
    Alamat pengebilan 1*Alamat. Jika alamat ini lebih panjang daripada 60 aksara, masukkan yang selebihnya ke dalam kotak Alamat Baris 2.
    Alamat pengebilan 2 Pilihan Maksimum 40 aksara.
    Bandaraya*Bandaraya bagi alamat ini.
    Daerah/Wilayah*Pilih daerah/wilayah daripada senarai juntai bawah. Anda boleh menaip huruf pertama daerah/wilayah untuk pergi ke lokasi tersebut dalam senarai ini.
    Poskod*Masukkan poskod.
    Telefon*Nombor telefon, termasuk kod kawasan. Contohnya, 5555555555. Nombor telefon diperlukan kalau terdapat masalah dengan pesanan anda.
    Gelaran/nama panggilan*Anda boleh memasukkan 64 aksara teks untuk mengenal pasti alamat, contohnya "Alamat rumah".
  2. Klik Serah

Untuk menyunting alamat:

  1. Dalam senarai alamat, cari alamat yang anda mahu sunting
  2. Klik Edit alamat ini
  3. Dalam borang tersebut, sunting nilai yang anda mahu tukar
  4. Klik Serah

Untuk memadamkan alamat:

Setelah anda memadamkan alamat, ia tidak lagi tersedia untuk dipilih apabila anda membuat pesanan baharu.

  1. Dalam senarai alamat, cari alamat yang anda mahu padam.
  2. Klik Padam alamat.
  3. Dalam gesaan pengesahan–Adakah anda pasti mahu mengeluarkan alamat ini? Klik OK

Surat Berita+ Promosi Istimewa

Microsoft Store menghantar e-mel promosi secara berkala.

  • Untuk menerima e-mel berkala dengan promosi istimewa dan maklumat dari Microsoft Store, tandakan kotak Ya, saya ingin menerima mesej.

E-mel Hubungan

E-mel pengesahan pesanan dan bahan promosi (jika anda memilih untuk menerimanya) dihantar ke e-mel akaun Microsoft anda. Dalam proses daftar keluar anda boleh masukkan alamat e-mel yang berlainan untuk e-mel pengesahan bagi pesanan tersebut.

Senarai yang disimpan

Microsoft Store membolehkan anda menyimpan item dalam Kart Beli-belah anda.

Untuk melihat kart anda yang disimpan:

  1. Klik "Akaun” di bahagian atas halaman.
  2. Jika anda tidak dalam keadaan terdaftar masuk ke dalam Akaun Store anda, anda akan diminta untuk mendaftar masuk dengan Live ID anda.
  3. Klik pada "Kart Disimpan" di sebelah kanan.
  4. Pada halaman Kart Disimpan, anda akan melihat item yang anda simpan dalam Kart Beli-Belah anda.

Langganan

Jika anda telah membeli langganan melalui Microsoft Store, anda boleh mengurus langganan anda dengan mengklik “Akaun” di bahagian atas mana-mana halaman, dan buat pilihan“Langganan”. Anda akan perlu mendaftar masuk dengan Live ID yang berkaitan dengan pembelian anda.

Halaman Langganan membolehkan anda:

  • Melihat semua pembelian langganan, tarikh pembelian, kod pengaktifan, dan tarikh luput langganan.
  • Mengaktifkan langganan: pilih “pergi ke halaman pengaktifan sekarang”
  • Perbaharui langganan: pilih “perbaharui langganan”