Soalan lazim

S: Versi percubaan office saya telah atau hampir akan luput dan saya perlu membeli produk sebenar.

J: Anda boleh membeli produk yang anda perlu secara langsung di www.microsoftstore.com dan mencari produk yang anda kehendaki atau anda boleh menghubungi kami secara langsung untuk membantu anda dengan proses pembelian dengan menghubungi kami di 1800220084.

S: Saya sedang mencari Kekunci Produk daripada pembelian yang baru saya lakukan untuk versi muat turun produk Microsoft Office saya.

J: Jika anda membeli produk anda daripada Laman Microsoft Store atau melalui Wakil Microsoft Store melalui telefon, anda akan dapat pergi ke www.microsoftstore.com dan log masuk ke akaun Microsoft anda. Klik pada pautan Akaun di bahagian atas halaman. Semak Sejarah Pesanan anda untuk produk yang anda beli dan jika ia item pembelian yang dimuat turun, anda akan melihat kekunci produk yang berkaitan dengan item tersebut. Anda mungkin diminta untuk melog masuk ke akaun Microsoft yang anda guna untuk membuat pembelian Microsoft Store anda sebelum meneruskan.

J: Jika anda membeli versi Microsoft Office anda dalam talian daripada sumber lain selain daripada laman Microsoft Store terdapat kemungkinan anda perlu memperoleh maklumat kekunci produk di lokasi berikut.

  • Semak e-mel anda untuk e-mel pengesahan pesanan yang akan mengandungi kekunci produk anda sebagai sebahagian daripada e-mel yang dihantar kepda anda selepas pesanan dilengkapkan dalam talian.

S: Saya ada soalan mengenai cara menggunakan Produk Microsoft saya atau masalah yang sedang saya hadapi semasa memasang Produk Microsoft.

J: Jika anda ada soalan atau beberapa masalah dengan penggunaan atau pemasangan Produk Microsoft anda, kami mengesyorkan supaya anda bermula di laman Bantuan dan Sokongan Microsoft berikut http://support.microsoft.com/. Di sini anda akan mendapati Soalan Lazim dan pilihan sokongan tambahan dengan memilih Produk Microsoft yang anda minati di bawah seksyen Pusat Bantuan. Setelah tiba di halaman Pusat Penyelesaian bagi produk yang anda minati, anda kemudiannya boleh menyemak Soalan Lazim dan forum yang sedia ada, atau anda boleh klik pada Hubungi pakar sokongan melalui E-mel, Dalam Talian, atau Telefon di bahagian kanan atas setiap halaman dan anda akan diberi saluran sokongan yang disediakan untuk anda bagi produk yang berkenaan.

S: Saya memerlukan salinan bercakera bagi salinan muat turun Produk Microsoft saya.

J: Untuk mendapatkan cakera ganti bagi sesuatu Produk Microsoft anda boleh menghubungi Jabatan Bahagian Tambahan Microsoft. Jabatan Bahagian Tambahan Microsoft boleh menghantar cakera ganti kepada anda pada bayaran minimum.

Anda boleh menghubungi Jabatan Bahagian Tambahan Microsoft di 1800 886 295.

Jika anda memerlukan bantuan tambahan, jangan teragak-agak untuk menghubungi kami di 1800220084.

S: Saya belum menerima invois pengesahan e-mel saya selepas membeli produk Microsoft Store saya.

J: Sila pastikan anda telah melihat peti masuk dan folder mel remeh anda sebagai langkah pertama bagi pengesahan e-mel bagi akaun yang anda guna untuk membuat pembelian anda. Anda boleh pergi ke www.microsoftstore.com dan log masuk ke akaun Microsoft anda. Klik pada pautan Akaun di bahagian atas halaman. Semak Sejarah Pesanan anda bagi produk ini dan semak status pesanan anda di lokasi ini. Anda mungkin diminta untuk melog masuk ke akaun Microsoft yang anda guna untuk membuat pembelian Microsoft Store anda sebelum meneruskan.

Jika anda terlihat mesej yang menyatakan bahawa pesanan anda mungkin mengambil masa hingga 24 jam untk diproses setelah proses pesanan dilengkapkan atau dalam sejarah pembelian anda, pesanan anda menunjukkan status belum selesai, sila semak perkara berikut.

Untuk memastikan kualiti, pesanan anda sedang disemak oleh Pasukan Pengesahan Pesanan kami.

Jika anda memerlukan bantuan tambahan, jangan teragak-agak untuk menghubungi Wakil Microsoft Store di 1800220084.

S: Saya sedang menghadapi masalah memuat turun produk saya selepas membeli di Microsoft Store.

J: Anda boleh mula menyemak maklumat di Bantuan Microsoft Store di bawah Muat Turun Perisian atau seksyen Pengurus Muat Turun untuk butir-butir berkenaan muat turun produk anda.

Jika anda memerlukan bantuan tambahan, jangan teragak-agak untuk menghubungi Microsoft Store di 1800220084.

S: Bagaimana untuk memasang Windows 10?

J: Ketahui lebih lanjut

S: Bagaimana saya mendapatkan status pesanan saya?

J: Sila pergi ke Menjejaki Pesanan Anda.

S: Bagaimana caranya untuk saya memulangkan produk yang saya beli di Microsoft Store?

J: Untuk memulangkan produk yang telah dibeli melalui www.microsoftstore.com.

  • Dail 1800220084

Perhatian:   Pada masa ini, Microsoft tidak dapat memproses pembelian yang dipulangkan yang dibuat di lokasi runcit melalui telefon

Untuk memulangkan produk yang dibeli di lokasi runcit Microsoft Store, sila kunjungi kedai di tempat urus niaga asal berlaku atau hubungi lokasi kedai runcit tersebut melalui telefon.

Lokasi Kedai Runcit

S: Bagaimana caranya untuk saya memadamkan maklumat pembayaran saya?

J: Maklumat pembayaran disimpan dalam akaun Microsoft anda Untuk mengemas kini atau memadamkan butiran pembayaran anda, pergi ke https://commerce.microsoft.com/PaymentHub/ dan kunjungi halaman Pilihan Pembayaran.

S: Bagaimana untuk memasang Office?

J: Anda akan mengambil beberapa langkah berbeza untuk memasang Office bergantung pada Office versi mana yang anda beli.

Jika anda membeli Office 365 Home, Personal atau University, ikuti langkah ini untuk memasang Office:

  • 1. Lawati www.office.com/myaccount pada PC atau Mac yang anda ingin pasangkan Office dan daftar masuk dengan akaun Microsoft yang anda gunakan untuk membeli langganan.
  • 2. Klik Pasang. Jika satu kotak dialog timbul, klik Jalankan untuk mulakan pemasangan.
  • 3. Ikuti arahan wizard pemasangan untuk selesai memasang Office. Office akan dipasang dalam latar belakang. Anda boleh mula menggunakan program Office semasa pemasangan. Sila jangan keluar talian atau mulakan semula komputer anda semasa Office sedang memasang.

Nota: Windows 7 dan yang lebih tinggi atau Mac OS X 10.6 dan yang lebih tinggi, sambungan Internet dan pemasangan yang tersedia diperlukan. Jika anda tiada pemasangan yang tinggal, anda boleh menyahaktifkan satu. Anda tidak memerlukan kunci produk untuk memasang Office 365 Home, Personal atau University.  Office diaktifkan secara automatik apabila dibeli. Versi Office semasa yang disertakan dalam Office 365 adalah Office 2013 bagi Windows, Office 2016 bagi Mac OS X 10.10 atau lebih tinggi dan Office 2011 bagi OS X versi lebih lama.


Jika anda membeli Office Home & Student 2013, Home & Business 2013, Professional 2013, Office for Mac Home & Student 2011 atau Office bagi Mac Home & Business 2011:

  • 1. Daftar Masuk ke akaun Microsoft anda. Setelah log masuk, anda akan berada pada halaman akaun Microsoft Store Online anda.
  • 2. Anda akan melihat produk Office yang anda telah beli. Klik butang “Pasang/Urus”.
  • 3. Ikuti arahan wizard pemasangan untuk selesai memasang Office.  Office akan dipasang dalam latar belakang. Anda boleh mula menggunakan program Office semasa pemasangan. Sila jangan keluar talian atau mulakan semula komputer anda semasa Office sedang memasang.

Nota: Sambungan Internet diperlukan bagi pemasangan dan pengaktifan. Anda tidak perlu masukkan kunci produk anda.  Office akan diaktifkan secara automatik apabila anda klik Pasang/Urus.

Untuk maklumat lanjut, lawati Soalan Lazim Office atau keperluan sistem Office.

Jika anda mengalami masalah memasang Office, lawat muat turun, pasang dan tetapkan Office.

Jika anda memerlukan bantuan dengan muat turun, pemasangan, atau pengaktifan pembelian anda, hubungi kami. Kami menyediakan sokongan percuma untuk membantu memastikan perisian anda disediakan dan berfungsi.