Soalan lazim

S: Versi percubaan office saya telah atau hampir akan luput dan saya perlu membeli produk sebenar.

J: Anda boleh membeli produk yang anda perlu secara langsung di www.microsoftstore.com dan mencari produk yang anda kehendaki atau anda boleh menghubungi kami secara langsung untuk membantu anda dengan proses pembelian dengan menghubungi kami di 1800220084.

S: Saya sedang mencari Kekunci Produk daripada pembelian yang baru saya lakukan untuk versi muat turun produk Microsoft Office saya.

J: Jika anda membeli produk anda daripada Laman Microsoft Store atau melalui Wakil Microsoft Store melalui telefon, anda akan dapat pergi ke www.microsoftstore.com dan log masuk ke akaun Microsoft anda. Klik pada pautan Akaun di bahagian atas halaman. Semak Sejarah Pesanan anda untuk produk yang anda beli dan jika ia item pembelian yang dimuat turun, anda akan melihat kekunci produk yang berkaitan dengan item tersebut. Anda mungkin diminta untuk melog masuk ke akaun Microsoft yang anda guna untuk membuat pembelian Microsoft Store anda sebelum meneruskan.

J: Jika anda membeli versi Microsoft Office anda dalam talian daripada sumber lain selain daripada laman Microsoft Store terdapat kemungkinan anda perlu memperoleh maklumat kekunci produk di lokasi berikut.

  • Semak e-mel anda untuk e-mel pengesahan pesanan yang akan mengandungi kekunci produk anda sebagai sebahagian daripada e-mel yang dihantar kepda anda selepas pesanan dilengkapkan dalam talian.

S: Saya ada soalan mengenai cara menggunakan Produk Microsoft saya atau masalah yang sedang saya hadapi semasa memasang Produk Microsoft.

J: Jika anda ada soalan atau beberapa masalah dengan penggunaan atau pemasangan Produk Microsoft anda, kami mengesyorkan supaya anda bermula di laman Bantuan dan Sokongan Microsoft berikut http://support.microsoft.com/. Di sini anda akan mendapati Soalan Lazim dan pilihan sokongan tambahan dengan memilih Produk Microsoft yang anda minati di bawah seksyen Pusat Bantuan. Setelah tiba di halaman Pusat Penyelesaian bagi produk yang anda minati, anda kemudiannya boleh menyemak Soalan Lazim dan forum yang sedia ada, atau anda boleh klik pada Hubungi pakar sokongan melalui E-mel, Dalam Talian, atau Telefon di bahagian kanan atas setiap halaman dan anda akan diberi saluran sokongan yang disediakan untuk anda bagi produk yang berkenaan.

S: Saya memerlukan salinan bercakera bagi salinan muat turun Produk Microsoft saya.

J: Untuk mendapatkan cakera ganti bagi sesuatu Produk Microsoft anda boleh menghubungi Jabatan Bahagian Tambahan Microsoft. Jabatan Bahagian Tambahan Microsoft boleh menghantar cakera ganti kepada anda pada bayaran minimum.

Anda boleh menghubungi Jabatan Bahagian Tambahan Microsoft di 1800 886 295.

Jika anda memerlukan bantuan tambahan, jangan teragak-agak untuk menghubungi kami di 1800220084.

S: Saya belum menerima invois pengesahan e-mel saya selepas membeli produk Microsoft Store saya.

J: Sila pastikan anda telah melihat peti masuk dan folder mel remeh anda sebagai langkah pertama bagi pengesahan e-mel bagi akaun yang anda guna untuk membuat pembelian anda. Anda boleh pergi ke www.microsoftstore.com dan log masuk ke akaun Microsoft anda. Klik pada pautan Akaun di bahagian atas halaman. Semak Sejarah Pesanan anda bagi produk ini dan semak status pesanan anda di lokasi ini. Anda mungkin diminta untuk melog masuk ke akaun Microsoft yang anda guna untuk membuat pembelian Microsoft Store anda sebelum meneruskan.

Jika anda terlihat mesej yang menyatakan bahawa pesanan anda mungkin mengambil masa hingga 24 jam untk diproses setelah proses pesanan dilengkapkan atau dalam sejarah pembelian anda, pesanan anda menunjukkan status belum selesai, sila semak perkara berikut.

Untuk memastikan kualiti, pesanan anda sedang disemak oleh Pasukan Pengesahan Pesanan kami.

Jika anda memerlukan bantuan tambahan, jangan teragak-agak untuk menghubungi Wakil Microsoft Store di 1800220084.

S: Saya sedang menghadapi masalah memuat turun produk saya selepas membeli di Microsoft Store.

J: Anda boleh mula menyemak maklumat di Bantuan Microsoft Store di bawah Muat Turun Perisian atau seksyen Pengurus Muat Turun untuk butir-butir berkenaan muat turun produk anda.

Jika anda memerlukan bantuan tambahan, jangan teragak-agak untuk menghubungi Microsoft Store di 1800220084.

S: Apakah perbezaan antara versi Windows 32- dan 64-bit?

J: 32- dan 64-bit merujuk pada cara pemproses pusat komputer (asasnya, otak komputer) mengendalikan maklumat. Komputer yang mengandungi pemproses 64-bit mengendalikan data dalam blok yang lebih besar, yang menjadikannya lebih cekap. Namun, anda tidak boleh meletakkan perisian yang direka untuk sistem 64-bit pada sistem 32-bit— ia tidak akan berfungsi.

Untuk mengetahui komputer anda berjalan pada sistem jenis apa:

  1. Klik Mula, klik kanan Komputer, dan kemudian klik Sifat.
  2. Sistem pengendalian tampil seperti berikut:
    • Bagi sistem pengendalian versi 64-bit, "Sistem Pengendalian 64-bit" muncul di bawah Jenis Sistem.
    • Bagi sistem pengendalian versi 32-bit, "Sistem Pengendalian 32-bit" muncul di bawah Jenis Sistem.

S: Bagaimana saya mendapatkan status pesanan saya?

J: Sila pergi ke Menjejaki Pesanan Anda.

S: Bagaimana caranya untuk saya memulangkan produk yang saya beli di Microsoft Store?

J: Untuk memulangkan produk yang telah dibeli melalui www.microsoftstore.com.

  • Dail 1800220084

Perhatian:   Pada masa ini, Microsoft tidak dapat memproses pembelian yang dipulangkan yang dibuat di lokasi runcit melalui telefon

Untuk memulangkan produk yang dibeli di lokasi runcit Microsoft Store, sila kunjungi kedai di tempat urus niaga asal berlaku atau hubungi lokasi kedai runcit tersebut melalui telefon.

Lokasi Kedai Runcit

S: Bagaimana caranya untuk saya memadamkan maklumat pembayaran saya?

J: Maklumat pembayaran disimpan dalam akaun Microsoft anda Untuk mengemas kini atau memadamkan butiran pembayaran anda, pergi ke https://commerce.microsoft.com/PaymentHub/ dan kunjungi halaman Pilihan Pembayaran.

S: Saya sedang mengalami masalah apabila saya cuba muat turun, memasang, atau mengaktifkan langganan Office 365 Home Premium atau Office 2013.

J: Klik di sini untuk bantuan dengan muat turun, pemasangan atau pengaktifan Office.