Pesanan

Pesanan

Pesanan diproses setelah anda mengklik butang Lengkapkan Pembelian, Serah Pesanan atau butang yang serupa di akhir proses daftar keluar untuk menghantar pesanan anda kepada kami. Perisian boleh muat turun akan disediakan secara serta merta selepas pembelian.

Untuk Membatalkan Pesanan

  • Bagi prapesanan, anda boleh membatalkan pesanan sebelum item tersebut dikeluarkan. Sila lihat seksyen Prapesanan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut.
  • Untuk perisian yang boleh dimuat turun, anda hendaklah mengikuti proses pemulangan biasa kami. Untuk mendapatkan maklumat mengenai cara memulangkan sesuatu item dan untuk menentukan item mana yang layak untuk pemulangan, lihat halaman Pemulangan / Pembayaran Balik kami.

Prapesanan

Anda boleh prapesan beberapa item yang belum lagi tersedia untuk penghantaran segera. Prapesanan boleh dikaji semula, dikemas kini atau dibatalkan oleh anda pada bila-bila masa sebelum item yang diprapesan tersebut dikeluarkan. Sila hubungi kami dengan menelefon nombor yang boleh didapati di halaman Jualan dan Sokongan kami untuk mengkaji semula atau membatalkan prapesanan atau mengemas kini perkara berikut:

  • Kad kredit yang dikaitkan dengan prapesanan tersebut (termasuk perubahan jenis kad kredit, nombor kad kredit, alamat pengebilan dan tarikh luput)
  • Kuantiti item tersebut

Harga item prapesanan berkenaan dilindungi oleh jaminan harga prapesanan, yang dihuraikan dalam Terma Penggunaan dan Jualan kami.

Kad kredit diperlukan untuk prapesanan, tetapi kad anda tidak akan dicaj sehingga produk tersebut tersedia untuk dimuat turun. Ambil perhatian bahawa kami tidak boleh mengecaj kad kredit anda dan melengkapkan pesanan anda jika kad anda luput antara tarikh anda membuat prapesanan bagi item berkenaan dengan tarikh item tersebut disediakan. Sila pastikan bahawa maklumat pengebilan dan hubungan anda adalah semasa pada setiap masa.

Jika anda mahu memulangkan sesuatu item yang telah diprapesan, tempoh pemulangan bermula apabila produk yang boleh dimuat turun disediakan untuk dimuat turun.

Pilihan Naik Taraf Perisian bagi Produk yang Layak

Sesetengah produk layak untuk naik taraf percuma kepada versi masa depan apabila ia disediakan (contohnya, jika anda membeli Microsoft Office 2007, anda mungkin layak untuk naik taraf kepada versi seterusnya, Office 2010). Ini membolehkan anda membeli produk semasa tersebut hari ini dan menaik taraf ke versi masa depan tanpa kos tambahan.

Microsoft Store akan mengenal pasti produk yang layak untuk Pilihan Naik Taraf dengan nota yang menghuraikan versi yang anda layak untuk dinaik taraf serta butir-butir penting lain mengenai tawaran tersebut. Sila periksa e-mel Pengesahan Pembelian anda untuk mendapatkan arahan cara untuk mendapatkan versi baharu produk anda.