Pemulangan / Pembayaran Balik

Sebelum Anda Memulangkan Produk

Jika anda mengalami masalah dengan sesuatu produk, mungkin ada pilihan lain sebelum anda memulangkannya:

  • Dapatkan bantuan dalam talian dari laman web Sokongan Microsoft
  • Ajukan soalan dalam Kumpulan Perbincangan Microsoft
  • Hubungi kami dengan menelefon nombor sokongan pelanggan yang boleh didapati di halaman Jualan dan Sokongan kami untuk mendapatkan sokongan produk teknikal secara peribadi, mengajukan soalan mengenai pesanan anda atau membantu anda memuat turun dan memasang perisian

Dasar Pemulangan

Dasar pemulangan lengkap Microsoft Store dibentangkan dalam Terma Penggunaan dan Jualan. Dasar pemulangan ini disediakan sebagai tambahan kepada sebarang hak pemulangan statutori yang anda mungkin ada di bawah undang-undang.

Anda boleh menarik diri daripada kontrak pembelian dan meminta pembayaran balik tanpa memberi sebarang sebab dalam tempoh empat belas (14) hari kalendar. Tempoh untuk menarik diri akan tamat selepas empat belas (14) hari dari:

  1. (i) Bagi produk dan perkhidmatan ESD, apabila produk tersedia untuk dimuat turun atau perkhidmatan bermula; dan
  2. (ii) Bagi produk fizikal, penghantaran.

Jika undang-undang yang berkuat kuasa di negara anda membenarkan tempoh menarik diri yang lebih lama, maka tempoh tersebut digunakan.

Untuk melaksanakan hak anda untuk menarik diri, anda hendaklah memaklumkan kami mengenai keputusan anda sebelum tempoh penarikan diri tersebut tamat. Sila hubungi kami dengan menelefon nombor yang boleh didapati di halaman Jualan dan Sokongan untuk memaklumkan kami mengenai keputusan anda dan untuk memulakan proses pemulangan yang dihuraikan di bawah.

Produk Yang Layak untuk Pemulangan dan Pertukaran

Microsoft Store mahu anda berpuas hati dengan pembelian anda. Kami akan menerima pemulangan dan pertukaran item yang memenuhi kriteria di bawah.

Sebagai syarat pemulangan, dan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, keperluan berikut perlu dipenuhi. Semua produk hendaklah dipulangkan setelah dijaga dengan munasabah (seperti, ia tidak boleh menunjukkan tanda-tanda kelusuhan atau kerosakan, dan hendaklah dalam keadaan yang membolehkan kami menjualnya semula). Semua perisian yang didatangkan di dalam kotak hendaklah dipulangkan dengan materinya terpasang rapi. Bagi perkhidmatan, perkhidmatan tersebut tidak boleh dalam keadaan sudah dihantar atau digunakan oleh anda. Bagi produk ESD, kami juga mungkin memerlukan anda menandatangani surat elektronik pemusnahan sebagai syarat menarik diri daripada kontrak ini.

Semua pemulangan hendaklah dilampirkan dengan resit asal; atau resit hadiah, dokumentasi asal, manual arahan, pendaftaran, alat ganti dan komponen (termasuk kabel, pengawal, dan aksesori) dan pembungkusan pengilang. Tertakluk pada undang-undang yang berkuat kuasa, kegagalan untuk menyertakan item ini boleh mencegah atau melewatkan pembayaran balik atau penukaran atau mengakibatkan yuran tambahan dan Microsoft berhak untuk menolak sebarang pemulangan atau pertukaran jika ia gagal memenuhi kriteria pemulangan kami.

Proses Pemulangan

Untuk membatalkan prapesanan:

Anda boleh membatalkan prapesanan anda pada bila-bila masa sebelum produk tersebut dikeluarkan dengan menghubungi nombor sokongan pelanggan yang boleh didapati di halaman Jualan dan Sokongan kami. Sebaik sahaja pesanan anda telah tersedia untuk dimuat turun atau dihantar, dasar pemulangan biasa berkuat kuasa.

Untuk membatalkan langganan atau perkhidmatan:

Sila hubungi kami di nombor sokongan pelanggan yang boleh didapati di halaman Jualan dan Sokongan kami dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh pembelian.

Untuk mengembalikan perisian boleh dimuat turun:

  1. Sahkan anda telah membuat pesanan dalam tempoh empat belas (14) hari.
  2. Nyahpasang perisian dari komputer anda:
    • Dalam Windows 7 dan dalam Vista: Dalam Panel Kawalan, pergi ke Atur Cara dan Ciri, dan kemudian klik Nyahpasang atur cara.
    • Dalam Windows XP: Dalam Panel Kawalan, pergi ke Tambah/Buang Atur Cara, dan kemudian klik Nyahpasang atur cara.
  3. Sila hubungi nombor sokongan pelanggan kami yang boleh didapati di halaman Jualan dan Sokongan kami untuk membuat pemulangan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh pembelian. Anda akan diminta untuk mengesahkan bahawa anda telah menyahpasang dan tidak membuat sebarang salinan perisian tersebut. Kami juga mungkin meminta anda menandatangani Surat Pemusnahan elektronik sebagai syarat pemulangan. Setelah anda berbual dengan ejen perkhidmatan pelanggan, kekunci produk akan disekat dan anda tidak akan dapat memasang atau menggunakan perisian tersebut pada masa hadapan. Microsoft Store akan mengeluarkan kredit dalam kaedah pembelian yang sama yang anda guna untuk membeli item tersebut dan menghantar resit pemulangan kepada anda melalui e-mel.

Untuk memulangkan produk fizikal/bukan yang boleh dimuat turun yang layak untuk pemulangan atau pertukaran di bawah Terma Penggunaan dan Jualan:

  1. Sila hubungi kami di nombor sokongan pelanggan yang boleh didapati di halaman Jualan dan Sokongan kami untuk meminta Kebenaran Bahan Pemulangan (RMA) dan label penghantaran, tidak lewat daripada empat belas (14) hari selepas tarikh penghantaran.
  2. Kami akan memeriksa item ini apabila diterima dan, dan jika ia layak untuk pemulangan atau pertukaran di bawah Terma Penggunaan dan Jualan kami, Microsoft Store akan mengatur pertukaran atau mengeluarkan kredit melalui kaedah pembayaran yang sama yang anda guna untuk pembelian item ini, dan menghantar resit pemulangan kepada anda melalui e-mel.

Status Pemulangan

Sila hubungi kami di nombor sokongan pelanggan yang boleh didapati di halaman Jualan dan Sokongan kami.