Pernyataan privasi
Pernyataan Privasi Microsoft Store
Kemas Kini terakhir: Ogos 2012
Microsoft komited untuk melindungi privasi anda. Pernyataan privasi ini berkuat kuasa bagi data yang dikumpulkan oleh Microsoft melalui Microsoft Store, termasuk laman web Microsoft Store yang secara khusus merujuk pada pernyataan privasi (“Laman” atau “Laman Web”) dan lokasi runcit Microsoft Store yang secara khusus merujuk pada pernyataan privasi ini (“Store”)(secara kolektif, “Microsoft Stores”). Pernyataan privasi ini tidak berkenaan bagi laman, produk gedung, atau perkhidmatan Microsoft dalam talian atau luar talian yang lain. Sehubungan dengan itu pernyataan privasi ini tidak berkenaan bagi produk dan perkhidmatan yang anda mungkin beli melalui Store atau Laman Web, kecuali produk dan perkhidmatan tersebut merujuk pada pernyataan privasi ini secara khusus.
Pengumpulan Maklumat Anda
Kami akan bertanya anda apabila kami memerlukan maklumat yang membolehkan kami menghubungi anda. Maklumat peribadi yang kami kumpul mungkin merangkumi nama, alamat e-mel, nombor telefon, dan alamat pos. Kami juga mengumpulkan maklumat demografi, seperti kod ZIP atau poskod, umur, keutamaan, minat dan kegemaran anda. Jika anda memilih untuk membuat pembelian atau mendaftar untuk perkhidmatan langganan berbayar, kami akan meminta maklumat tambahan, seperti, nombor kad kredit, dan alamat pengebilan anda yang akan digunakan untuk membuat akaun pengebilan. Jika anda memilih untuk menyertai aktiviti-aktiviti ini, kami juga akan mengumpulkan maklumat daripada anda yang anda memberi jawapan kepada tinjauan atau yang anda beri berhubung dengan sesuatu peraduan. Di Stores kami, kami mungkin menggunakan perisikan video untuk tujuan keselamatan dan pencegahan kehilangan. Kami juga mungkin menggunakan rakaman video untuk tujuan analisis.
Kami juga mungkin mengumpulkan maklumat mengenai kunjungan anda ke Store atau Laman Web ini. Contohnya, kami mungkin menggunakan alat analisis laman Web untuk mendapatkan kembali maklumat daripada penyemak imbas anda, termasuk laman dari mana anda datang, enjin(-enjin) carian dan kata kunci yang anda gunakan untuk mencari Laman Web kami, penyemak imbas dan tambahan (add-on), dan lebar serta tinggi penyemak imbas anda. Di samping itu, kami mengumpul maklumat standard yang penyemak imbas anda hantar ke setiap laman Web yang anda kunjungi seperti alamat IP anda, jenis penyemak imbas dan bahasa, masa capaian dan alamat laman Web yang merujuk. Kami boleh menggunakan maklumat daripada penyemak imbas anda, seperti pilihan bahasa, untuk meningkatkan pengalaman pelanggan anda, contohnya dengan menjadikan laman Web anda boleh dicapai oleh anda dalam bahasa pilihan anda di mana mungkin.
Untuk menawarkan kepada anda pengalaman yang lebih konsisten dan diperibadikan dalam interaksi anda dengan Microsoft, maklumat yang dikumpulkan melalui satu perkhidmatan Microsoft mungkin digabungkan dengan maklumat yang diperoleh melalui perkhidmatan Microsoft yang lain. Kami juga menambah maklumat yang kami kumpulkan dengan maklumat yang diperoleh daripada syarikat-syarikat lain. Contohnya, kami mungkin menggunakan perkhidmatan daripada syarikat lain yang membolehkan kami mendapatkan kawasan geografi am berdasarkan alamat IP anda untuk menyesuaikan perkhidmatan tertentu bagi kawasan geografi anda.
Untuk mendaftar masuk ke Laman Web ini, anda akan diminta untuk memasukkan alamat e-mel dan kata laluan, yang kami rujuk sebagai akaun Microsoft (Sebelum ini dikenali sebagai Windows Live ™ ID). Setelah anda membuat akaun Microsoft anda, anda boleh menggunakan kelayakan yang sama untuk mendaftar masuk ke pelbagai laman dan perkhidmatan Microsoft yang berbeza, serta yang dipilih oleh rakan kongsi Microsoft yang memaparkan logo akaun Microsoft. Dengan mendaftar masuk ke satu daripada laman atau perkhidmatan Microsoft, anda boleh didaftarkan masuk secara automatik semasa anda mengunjungi laman dan perkhidmatan Microsoft yang lain. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana maklumat kelayakan anda boleh digunakan untuk mendaftar masuk ke laman-laman yang turut serta, sila baca Pernyataan Privasi Dalam Talian Microsoft di http://privacy.microsoft.com/. Kami juga mungkin boleh menggunakan pemetaan GeoIP atau Lokasi Geo setiap kali anda mengunjungi Laman Web ini untuk membantu menghalakan anda secara automatik ke Laman Web Microsoft Store khusus yang dihasratkan untuk lokasi anda, tetapi kami tidak menyimpan maklumat ini sebagai sebahagian daripada maklumat akaun anda.
Penggunaan Maklumat Anda
Maklumat yang dikumpulkan dalam Store atau pada Laman Web akan digunakan untuk mengendalikan Store dan Laman Web dan untuk menyediakan perkhidmatan atau mengendalikan transaksi yang anda telah minta atau beri kuasa. Kami juga mungkin menggunakan maklumat ini untuk memberi sokongan kepada pelanggan, untuk memudahkan pemulangan dan pertukaran, untuk membalas soalan atau aduan, untuk mengendalikan tinjauan pelanggan, untuk mengesan dan mencegah penipuan dan untuk tujuan lain yang dihuraikan dalam Pernyataan Privasi ini.
Sebagai menyokong penggunaan ini, Microsoft mungkin menggunakan maklumat anda untuk memberi anda khidmat pelanggan yang lebih berkesan, meningkatkan Store atau Laman Web dan sebarang produk atau perkhidmatan Microsoft yang berkaitan, melaksanakan analisis statistik, dan menjadikan Laman Web lebih mudah digunakan dengan menyingkirkan keperluan untuk anda memasukkan maklumat yang sama secara berulang-ulang atau dengan menyesuaikan Laman Web menurut keutamaan atau minat anda yang tertentu.
Kami mungkin menggunakan maklumat anda untuk memberi anda maklumat penting mengenai produk dan perkhidmatan yang anda sedang guna, termasuk kemas kini dan pemberitahuan kritikal. Di samping itu, dengan kebenaran anda, kami mungkin menghantar maklumat kepada anda mengenai produk, perkhidmatan, acara dan promosi Microsoft Store, di samping maklumat yang sama mengenai produk dan perkhidmatan Microsoft yang lain. Di samping itu juga, dengan keizinan anda, kami mungkin berkongsi maklumat peribadi anda dengan rakan niaga Microsoft supaya mereka boleh menghantar kepada anda maklumat mengenai produk dan perkhidmatan mereka.
Microsoft kadangkala menggunakan khidmat syarikat lain untuk menyediakan perkhidmatan yang terhad bagi pihak kami, seperti pengehosan laman Web, pembungkusan, mengirim mel, tinjauan dan penghantaran hadiah, menjawab soalan pelanggan mengenai produk dan perkhidmatan, dan menghantar maklumat mengenai produk kami, tawaran istimewa dan perkhidmatan baharu yang lain. Kami hanya akan memberi kepada syarikat ini maklumat peribadi yang mereka perlukan untuk menyempurnakan perkhidmatan tersebut sahaja. Mereka dikehendaki mengekalkan kerahsiaan maklumat berkenaan dan dilarang daripada menggunakan maklumat tersebut untuk sebarang tujuan lain.
Kami mungkin mengakses atau mendedahkan maklumat mengenai anda, termasuk kandungan komunikasi anda, untuk: (a) mematuhi undang-undang atau mematuhi permintaan yang berdasarkan undang-undang; (b) melindungi hak atau harta Microsoft atau para pelanggan kami, termasuk penguatkuasaan perjanjian kami atau dasar yang mentadbir penggunaan perkhidmatan ini; atau (c) bertindak dengan keyakinan dan suci hati bahawa akses atau pendedahan tersebut perlu untuk melindungi keselamatan peribadi kakitangan atau pelanggan Microsoft, atau khalayak awam. Kami mungkin mendedahkan maklumat seperti yang sebaliknya dibenarkan oleh undang-undang dan sebagai sebahagian daripada transaksi korporat seperti penggabungan atau jualan aset.
Maklumat yang dikumpulkan dalam Store atau Laman Web lain boleh disimpan dan diproses di Amerika Syarikat atau negara lain yang Microsoft atau gabungan, subsidiari, atau pembekal perkhidmatannya mempunyai kemudahan di sana. Microsoft mematuhi rangka kerja perlindungan keselamatan seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Perdagangan A.S. berhubung dengan pengumpulan, penggunaan, dan pengekalan data daripada Kesatuan Eropah.
Kawalan Maklumat Peribadi Anda
Melainkan seperti yang sebaliknya dihuraikan dalam pernyataan ini atau dalam keizinan anda, maklumat peribadi yang anda beri kepada Microsoft berhubung dengan Store atau Laman Web tidak akan dikongsi di luar Microsoft dan subsidiari yang dikawalnya serta anggota gabungannya.
Anda boleh menghentikan penghantaran e-mel promosi pada masa hadapan daripada laman-laman dan perkhidmatan Microsoft dengan mengikuti arahan khusus dalam e-mel yang anda terima. Anda juga boleh membuat pilihan mengenai komunikasi yang anda terima melalui Laman Web dengan mendaftar masuk ke akaun Microsoft Store anda dan mengubah suai tetapan hubungan anda. Bagi komunikasi Store, anda boleh mengubah suai keutamaan hubungan anda dengan memaklumkan Store secara terus.
Sekiranya anda memulangkan apa-apa produk atau item, anda bertanggungjawab untuk memadamkan semua maklumat peribadi dan kandungan yang disimpan sebelum memulangkannya.
Sila ambil perhatian bahawa pernyataan privasi ini dan pilihan yang anda buat di Store atau pada Laman Web tidak semestinya berkenaan bagi maklumat peribadi yang anda mungkin telah berikan kepada Microsoft berhubung dengan laman web, produk atau perkhidmatan Microsoft lain yang dikendalikan secara berasingan.
Akses kepada Maklumat Peribadi Anda
Untuk membantu mencegah maklumat peribadi anda daripada dilihat oleh pihak lain, anda akan diperlukan untuk mendaftar masuk dengan kelayakan akaun Microsoft anda (alamat e-mel dan kata laluan).
Keselamatan Maklumat Anda
Di Microsoft, kami memandang serius keselamatan maklumat peribadi anda. Kami menggunakan pelbagai teknologi dan prosedur di Store kami dan Laman Web kami untuk membantu melindungi maklumat peribadi anda daripada akses, penggunaan, atau pendedahan yang tidak diizinkan. Contohnya, bagi Laman Web kami, kami menyimpan maklumat peribadi yang anda beri pada pelayan komputer dengan akses terhad yang terletak dalam kemudahan yang terkawal. Di samping itu, jika kami menghantar maklumat sensitif (seperti nombor kad kredit) melalui Internet, kami melindunginya dengan menggunakan penyulitan, seperti protokol Lapisan Soket Selamat (SSL).
Kuki & Teknologi Yang Serupa
Penggunaan Kuki Kami
Kebanyakan laman web Microsoft menggunakan "kuki," yang mana fail teks kecil ditempatkan pada cakera keras anda oleh pelayan web. Kuki mengandungi teks yang kemudiannya boleh dibaca oleh pelayan web dalam domain yang mengeluarkan kuki kepada anda. Teks tersebut sering kali terdiri daripada rentetan nombor dan huruf yang mengenal pasti komputer anda secara unik, tetapi mungkin mengandungi maklumat lain juga. Berikut adalah contoh teks yang disimpan di dalam kuki yang mana Microsoft mungkin meletakkan pada cakera keras anda apabila anda melawat salah satu laman web kami: E3732CA7E319442F97EA48A170C99801
Kami mungkin menggunakan kuki untuk:
- Menyimpan Pilihan dan Tetapan anda. Jika anda memasuki bandar atau poskod anda untuk mendapatkan berita tempatan atau maklumat cuaca di laman Microsoft, kami mungkin menyimpan maklumat bandar atau poskod di dalam kuki supaya anda akan nampak maklumat tempatan yang berkaitan apabila anda kembali ke laman tersebut. Ini dapat menjimatkan masa anda dengan menghapuskan keperluan untuk berulang kali memasukkan maklumat yang sama setiap kali anda melawat laman web.
- Daftar masuk dan Pengesahan. Apabila anda mendaftar masuk ke laman atau perkhidmatan dengan menggunakan akaun Microsoft anda, kami menyimpan nombor ID unik anda, dan masa anda mendaftar masuk, di dalam kuki disulitkan pada cakera keras anda. Kuki ini akan membenarkan anda bergerak dari satu halaman ke halaman lain di tapak tanpa perlu mendaftar masuk semula pada setiap halaman. Apabila anda mendaftar keluar, kuki ini dipadamkan daripada komputer anda. Kami juga menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman mendaftar masuk. Sebagai contoh, alamat e-mel anda mungkin disimpan dalam kuki yang kekal pada komputer anda selepas anda mendaftar keluar. Kuki ini membenarkan alamat e-mel anda diisi terdahulu, supaya anda hanya perlu menaipkan kata laluan anda pada kali yang seterusnya anda mendaftar masuk. Jika anda menggunakan komputer awam atau sebaliknya tidak mahu maklumat ini disimpan, anda boleh memilih butang radio yang bersesuaian pada halaman mendaftar masuk dan kuki ini tidak akan digunakan.
- Pengiklanan yang Disasarkan Apabila kami memaparkan iklan dalam talian untuk anda, kami akan meletakkan satu atau lebih kuki kekal pada peranti anda untuk mengenali peranti anda setiap kali kami memaparkan iklan kepada anda. Oleh kerana kami menyampaikan iklan di laman web kami sendiri serta pengiklanan kami dan rakan penerbit, kami mampu untuk menyusun maklumat dari semasa ke semasa mengenai jenis halaman, kandungan dan iklan yang anda, atau lain-lain pengguna komputer anda, kunjungi atau lihat. Maklumat ini digunakan untuk pelbagai tujuan, sebagai contoh, ia membantu kami untuk cuba memastikan bahawa anda tidak melihat iklan yang sama berulang-ulang kali. Kami juga menggunakan maklumat ini untuk membantu memilih dan memaparkan iklan yang disasarkan yang kami percaya mungkin menarik minat anda. Anda boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai penggunaan kuki ini, termasuk bagaimana untuk memilih keluar daripada menerima pengiklanan yang disasarkan daripada Microsoft, di Pernyataan Privasi Pengiklanan Microsoft.
- Analisis Laman. Kami mungkin menggunakan kuki untuk mengira bilangan pelawat unik ke halaman web atau perkhidmatan atau untuk membangunkan statistik agregat tentang operasi laman dan perkhidmatan kami yang lain. Analisis ini membantu kami mengendali dan meningkatkan prestasi laman dan perkhidmatan ini.
Beberapa kuki yang biasa kami gunakan adalah disenaraikan di dalam carta berikut. Senarai ini tidak menyeluruh, tetapi ianya bertujuan untuk menjelaskan sebahagian dari sebab-sebab kami menetapkan kuki. Jika anda mengunjungi satu daripada laman web kami, laman tersebut boleh menetapkan sebahagian atau seluruh kuki berikut:
| Nama kuki | Perihalan |
|---|---|
| MUID | Mengenal pasti pelayar yang unik kepada laman web Microsoft. Ia digunakan untuk pengiklanan, analisis laman dan lain-lain tujuan operasi. |
| ANON | Mengandungi ANID, pengecam unik yang digunakan untuk membantu mengenalpasti iklan mana yang disukai pengguna. Ia juga digunakan untuk memelihara pilihan pengguna untuk memilih keluar dari tingkah laku iklan yang disasarkan daripada Microsoft, jika pengguna telah memilih untuk mengaitkan pilihan keluar dengan akaun Microsoft beliau. |
| CC | Mengandungi kod negara seperti yang ditentukan oleh carian alamat IP songsang. |
| Pengesahan akaun Microsoft | Pengesahan kuki (cth., RPSTAuth, MSNRPSAuth, KievRPSAuth) digunakan apabila pengguna mendaftar masuk dengan akaun Microsoft. |
| NAP | Mengandungi versi disulitkan negara pengguna, kod ZIP, umur, jantina, bahasa dan pekerjaan, jika diketahui, berdasarkan profil pengguna Windows Live. |
| MH | Muncul di laman jenama bersama di mana Microsoft bekerjasama dengan pengiklan, kuki ini akan mengenal pasti pengiklan maka iklan yang betul dipilih. |
| ACH01 | Mengekalkan maklumat mengenai iklan dan di mana pada iklan tersebut diklik oleh pengguna. |
| TOptOut | Menandakan bahawa pengguna telah menunjukkan yang dia tidak mahu menerima tingkah laku iklan yang disasarkan yang dihantar oleh Microsoft. |
Selain dari kuki Microsoft boleh menetapkan apabila anda melawat laman web kami, pihak ketiga juga boleh menetapkan kuki tertentu pada cakera keras anda apabila anda melawat laman web Microsoft. Dalam sesetengah kes, kerana itu kami telah mengupah pihak ketiga untuk menyediakan perkhidmatan tertentu bagi pihak kami, seperti analisis laman. Dalam kes lain pula, ia adalah kerana laman web kami mengandungi kandungan atau iklan dari pihak ketiga, seperti video, kandungan berita atau iklan yang dihantar oleh rangkaian iklan yang lain. Kerana pelayar anda bersambung ke pelayan web pihak ketiga untuk mendapatkan kandungan, pihak-pihak ketiga mampu untuk menetapkan atau membaca kuki mereka sendiri pada pemacu keras anda.
Bagaimana Mengawal Kuki
- Kawalan Pelayar untuk Menyekat Kuki. Kebanyakan pelayar web menerima kuki secara automatik, tetapi anda biasanya boleh mengubah tetapan pelayar anda untuk menyekat kuki.
Sebagai contoh, dalam Internet Explorer 9, anda boleh menyekat kuki dengan mengambil langkah-langkah berikut:
Sebagai contoh, dalam Internet Explorer 9, anda boleh menyekat kuki dengan mengambil langkah-langkah berikut:
- Klik "Tools" dan kemudian pilih "Internet Options"
- Klik tab "Privacy" di bahagian atas tetingkap
- Gerakkan pengelangsar ke atas atau ke bawah untuk memilih jenis kuki yang anda ingin sekat
Arahan untuk menyekat kuki dalam pelayar yang lain boleh didapati di http://www.allaboutcookies.org/manage-cookies/.
Sila beri perhatian bahawa jika anda memilih untuk menghalang kuki, anda mungkin tidak dapat mendaftar masuk atau menggunakan ciri-ciri interaktif lain di laman dan perkhidmatan Microsoft yang bergantung pada kuki, dan sesetengah keutamaan pengiklanan yang bergantung kepada kuki mungkin tidak dapat dipatuhi.
- Kawalan Pelayar untuk Memadam Kuki Jika anda menerima kuki, anda boleh memadamnya kemudian.
Sebagai contoh, dalam Internet Explorer 9, anda boleh memadam kuki dengan mengambil langkah-langkah berikut:
- Klik "Tools" dan kemudian memilih "Internet Options"
- Pada tab "General", di bawah "Browsing History," klik butang "Delete"
- Pada timbul, pilih kotak di sebelah "Cookies"
- Klik butang "Delete"
Arahan untuk memadam kuki di pelayar lain boleh didapati di http://www.allaboutcookies.org/manage-cookies/.
Sila ambil perhatian bahawa jika anda memilih untuk memadam kuki, sebarang tetapan dan keutamaan yang dikawal oleh kuki tersebut, termasuk keutamaan pengiklanan, akan dipadam dan mungkin perlu dicipta semula.
- Kawalan Pelayar untuk "Do Not Track" dan Perlindungan Penjejakan. Sesetengah pelayar yang baru telah dimasukkan ciri-ciri "Do Not Track". Kebanyakan ciri-ciri ini, apabila dihidupkan, menghantar isyarat atau keutamaan kepada laman web yang anda kunjungi menunjukkan bahawa anda tidak mahu dijejak. Laman-laman ini boleh terus melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang mungkin anda lihat sebagai penjejakan walaupun anda telah menyatakan keutamaan ini, bergantung kepada amalan privasi laman.
Internet Explorer 9 mempunyai ciri-ciri yang dipanggil Perlindungan Penjejakan yang membantu menghalang laman web yang anda pergi daripada menghantar secara automatik butiran mengenai lawatan anda kepada pembekal kandungan pihak ketiga. Apabila anda menambah Senarai Perlindungan Penjejakan, Internet Explorer akan menyekat kandungan pihak ketiga, termasuk kuki, dari mana-mana laman yang disenaraikan sebagai laman yang akan disekat. Dengan menghadkan panggilan ke laman-laman ini, Internet Explorer akan menghadkan maklumat anda dari dikumpul oleh laman web pihak ketiga ini. Dan apabila anda mempunyai Senarai Perlindungan Penjejakan didayakan, Internet Explorer akan menghantar isyarat Jangan Jejak atau keutamaan kepada laman web yang anda kunjungi. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Senarai Perlindungan Penjejakan dan bagaimana untuk mengesan mereka, sila lihat pernyataan privasi pernyataan privasi Internet Explorer atau Bantuan Internet Explorer.
- Kawalan Pilih Keluar Pengiklanan. Kerana kuki boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, pengguna yang membantah tingkah laku pengiklanan yang disasarkan boleh memilih untuk menerima kuki tetapi memilih untuk keluar daripada penggunaan tersebut. Syarikat-syarikat dalam industri pengiklanan dalam talian telah menyediakan garis panduan dan program-program untuk membantu melindungi privasi pengguna, dan program-program industri ini termasuk halaman web yang anda boleh lawati untuk memilih keluar daripada menerima tingkah laku iklan yang disasarkan dari semua syarikat yang mengambil bahagian (termasuk Microsoft). Halaman-halaman ini termasuk:
- Digital Advertising Alliance (DAA) Consumer Choice Page: http://www.aboutads.info/choices/.
- Network Advertising Initiative (NAI) Opt-Out Page:http://www.networkadvertising.org/managing/opt_out.asp
Syarikat-syarikat pengiklanan individu juga boleh menawarkan keupayaan memilih keluar milik mereka sendiri ditambah dengan pilihan pengiklanan yang lebih maju. Sebagai contoh, keutamaan pengiklanan Microsoft dan kawalan memilih keluar boleh didapati di http://choice.live.com/advertisementchoice/. Sila ambil perhatian bahawa memilih keluar tidak bermakna anda akan berhenti mendapat iklan atau melihat iklan yang lebih sedikit; bagaimanapun, jika anda memilih keluar, iklan yang anda terima tidak lagi menjadi tingkah laku yang disasarkan. Di samping itu, memilih keluar tidak akan menghentikan maklumat dikumpulkan.
Penggunaan Suar Web
Laman web Microsoft mungkin mengandungi imej elektronik yang dikenali sebagai suar web - kadang-kadang dipanggil gifs piksel-tunggal - yang boleh digunakan untuk membantu menyampaikan kuki pada laman kami, membolehkan kami mengira bilangan pengguna yang telah melawat halaman tersebut dan menyampaikan perkhidmatan jenama bersama. Kami mungkin menyertakan suar web dalam mesej e-mel promosi atau surat berita kami untuk menentukan sama ada mesej telah dibuka dan diambil tindakan.
Kami juga boleh bekerja dengan syarikat-syarikat lain yang mengiklankan pada laman Microsoft untuk meletakkan suar web pada laman mereka atau dalam iklan mereka supaya kami membangunkan statistik mengenai berapa kerap mengklik iklan di laman Microsoft yang menghasilkan pembelian atau tindakan lain ke atas laman pengiklan.
Akhirnya, laman web Microsoft mungkin mengandungi suar web dari pihak ketiga untuk membantu kami menyusun statistik agregat mengenai keberkesanan kempen promosi kami atau operasi laman web yang lain. Suar web ini boleh membenarkan pihak ketiga untuk menetapkan atau membaca kuki pada komputer anda. Kami melarang pihak ketiga daripada menggunakan suar web pada laman kami untuk mengumpul atau mengakses maklumat peribadi anda. Namun begitu, anda mungkin boleh memilih keluar daripada pengumpulan data atau digunakan oleh syarikat analitik pihak ketiga dengan mengklik pautan bagi setiap pembekal analisis berikut:
- Omniture (Adobe): http://www.d1.sc.omtrdc.net/optout.html
- Nielsen: http://www.nielsen-online.com/corp.jsp?section=leg_prs&nav=1#Optoutchoices
- Core Metrics: http://www.coremetrics.com/company/privacy.php#optout
- Visible Measures: http://corp.visiblemeasures.com/viewer-settings
- Google Analytics: http://tools.google.com/dlpage/gaoptout. (memerlukan anda memasang pelayar pasang tambah)
Lain-lain Teknologi Yang Serupa
Sebagai tambahan kepada kuki piawai dan suar web, laman web boleh menggunakan teknologi lain untuk menyimpan dan membaca fail data di dalam komputer anda. Ini boleh dilakukan untuk mengekalkan keutamaan anda atau untuk meningkatkan kelajuan dan prestasi dengan menyimpan setempat fail-fail tertentu. Tetapi, seperti kuki piawai, ia juga boleh digunakan untuk menyimpan pengecam unik untuk komputer anda, yang kemudiannya boleh digunakan untuk mengesan tingkah laku. Teknologi-teknologi ini termasuk Local Shared Objects (atau "Kuki kilat") dan Silverlight Application Storage.
- Local Shared Objects atau "Kuki kilat." Laman web yang menggunakan teknologi Adobe Flash boleh menggunakan Local Shared Objects atau "Kuki kilat" untuk menyimpan data di komputer anda. Sila ambil perhatian bahawa keupayaan untuk membersihkan Kuki kilat mungkin atau tidak boleh dikawal oleh tetapan pelayar anda untuk kuki piawai yang boleh berbeza-beza mengikut pelayar. Untuk mengurus atau menghalang Kuki kilat, pergi ke http://www.macromedia.com/support/documentation/en/flashplayer/help/settings_manager.html
- Silverlight Application Storage. Laman web atau aplikasi yang menggunakan teknologi Microsoft Silverlight juga mempunyai keupayaan untuk menyimpan data dengan menggunakan Silverlight Application Storage. Untuk mengetahui bagaimana untuk menguruskan atau menyekat penyimpanan itu, lawati Silverlight.
Paparan Iklan
Kebanyakan laman Web dan perkhidmatan dalam talian yang kami tawarkan serta yang dimiliki oleh rakan niaga kami, disokong oleh pengiklanan. Melalui platform penghantaran iklan kami, kami mungkin memaparkan iklan pada laman-laman kami sendiri dan laman-laman rakan iklan kami.
Apabila kami memaparkan iklan dalam talian kepada anda, kami akan meletakkan kuki yang berterusan pada komputer anda untuk mengecam komputer anda setiap kali kami memaparkan iklan untuk anda. Oleh kerana kami mungkin menyediakan khidmat pengiklanan pada pelbagai laman Web yang berbeza, kami dapat menyusun maklumat dalam tempoh masa tertentu, mengenai di mana anda, atau orang lain yang menggunakan komputer anda, melihat dan/atau mengklik pada iklan yang kami paparkan. Kami menggunakan maklumat ini untuk membuat ramalan mengenai sifat, minat, atau keutamaan anda, dan untuk memaparkan iklan yang terfokus yang kami percaya mungkin menarik minat anda. Kami juga mungkin menghubungkaitkan maklumat ini dengan kunjungan, pembelian atau aktiviti anda yang berikutnya pada laman Web pengiklan yang mengambil bahagian dalam usaha untuk menentukan keberkesanan iklan-iklan ini.
Meskipun kami mungkin menggunakan beberapa maklum yang kami kumpulkan untuk memperibadikan iklan yang kami pamerkan kepada anda, kami mereka bentuk sistem kami untuk memilih iklan berdasarkan hanya data yang tidak mengenal pasti anda secara peribadi atau secara langsung. Contohnya, kami mungkin memilih iklan yang kami paparkan kepada kategori minat am tertentu atau segmen yang kami telah simpulkan berdasarkan (a) data demografi atau minat, termasuk apa-apa yang anda mungkin telah beri semasa membuat sesebuah akaun (cth. umur, kod zip atau poskod, dan jantina), data demografi atau minat yang diperoleh daripada syarikat lain, dan lokasi geografi am yang diperoleh daripada alamat IP anda; (b) halaman yang anda lihat dan pautan yang anda klik semasa menggunakan laman-laman Web dan perkhidmatan Microsoft dan rakan pengiklanannya; dan (c) carian istilah yang anda masukkan menggunakan perkhidmatan carian Internet Microsoft, seperti Bing, dan (d) maklumat mengenai pengguna yang anda paling kerap berinteraksi menggunakan perkhidmatan komunikasi dan rangkaian sosial Microsoft, seperti Messenger. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bagaimana kami meletakkan sasaran bagi iklan kami, kunjungi Pengiklanan Yang Diperibadikan daripada Microsoft.
Apabila kami memaparkan iklan yang terfokus yang diperibadikan, kami mengambil beberapa langkah yang direka untuk melindungi privasi anda. Contohnya, kami menyimpan paparan halaman, klik, dan carian istilah yang digunakan untuk memperibadikan iklan secara berasingan daripada maklumat hubungan anda atau data lain yang mengenal pasti anda secara langsung (seperti nama, alamat e-mel, dsb.). Selanjutnya, kami membina perlindungan selamat pentadbiran, teknikal dan fizikal yang direka untuk mencegah saling hubungan tanpa izin data ini. Kami juga memberi anda keupayaan untuk memilih untuk tidak menerima iklan yang diperibadikan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau untuk menggunakan ciri henti penerimaan, anda boleh mengunjungi halaman henti penerimaankami.Di samping itu, anda boleh pergi ke Inisiatif Pengiklanan Rangkaian, yang menawarkan lokasi tunggal untuk memilih untuk tidak menerima sasaran iklan daripada syarikat-syarikat ahli.
Kami juga menyediakan penghantaran iklan pihak ketiga melalui subsidiari Atlas kami, dan anda boleh membaca pernyataan privasi Atlas di http://www.atlassolutions.com/privacy.aspx.
Meskipun sebahagian besar pengiklanan dalam talian di laman-laman Microsoft dipaparkan oleh Microsoft, kami juga membenarkan syarikat khidmat iklan pihak ketiga, termasuk rangkaian iklan lain, untuk memaparkan iklan di laman-laman kami. Buat masa ini, syarikat-syarikat ini termasuk, tetapi tidak terhad pada, 24/7 Real Media, Advertising.com, Bidclix, BlueStreak, Burst Media, DoubleClick, EuroClick, Eyeblaster, EyeWonder, Falk, Interpolls, Kanoodle, Mediaplex, Pointroll, TangoZebra, Yahoo! Publisher Network, and Zedo.
Syarikat-syarikat ini boleh menawarkan kepada anda cara untuk tidak menerima sasaran pengiklanan berdasarkan kuki mereka. Anda boleh mendapati lebih banyak maklumat dengan mengklik pada nama syarikat di atas dan mengikuti pautan ke laman Web setiap syarikat tersebut. Sesetengah syarikat ini adalah ahli Inisiatif Pengiklanan Rangkaian, yang menawarkan lokasi tunggal untuk memilih untuk tidak menerima sasaran iklan daripada syarikat-syarikat ahli.
Perubahan kepada Pernyataan Privasi ini
Ada kalanya kami mungkin mengemas kini pernyataan privasi ini. Apabila kami melakukan sedemikian, kami juga akan turut mengemas ini tarikh “kemas kini terakhir” di atas pernyataan privasi ini. Bagi perubahan yang penting kepada pernyataan privasi ini, kami akan memaklumkan anda sama ada dengan meletakkan notis yang jelas pada laman utama Laman Web kami atau dengan menghantar pemberitahuan secara langsung kepada anda. Kami menggalakkan anda menyemak pernyataan privasi ini secara berkala supaya anda sentiasa termaklum mengenai bagaimana kami membantu melindungi maklumat peribadi anda yang kami kumpulkan.
Maklumat Hubungan
Microsoft mengalu-alukan komen anda berhubung pernyataan privasi ini. Jika anda ada sebarang soalan mengenai pernyataan ini atau anda yakin bahawa kami tidak mematuhinya, sila kunjungi halaman Hubungi Kami di Laman Web kami untuk menghantar e-mel atau hubungi kami melalui pos di:
Privasi Microsoft
© 2012 Microsoft Corporation
One Microsoft Way
Redmond, Washington 98052
USA
+1 (425) 882-8080