Pernyataan Privasi

Pernyataan Privasi Microsoft Store

Pengemaskinian Terkini: Ogos 2013

Microsoft komited untuk melindungi privasi anda. Pernyataan privasi ini berkuat kuasa ke atas data yang dikumpul oleh Microsoft melalui Microsoft Storenya, termasuk laman-laman web Microsoft Store yang secara khusus merujuk pada pernyataan privasi ini (“Laman” atau “Laman Web”) dan lokasi runcit Microsoft Store yang secara khusus merujuk pada pernyataan privasi ini (“Store,” secara kolektif “Microsoft Store”). Pernyataan privasi tidak berkuat kuasa ke atas laman, produk kedai, atau perkhidmatan Microsoft yang lain, sama ada dalam talian atau luar talian. Demikian juga, pernyataan privasi ini tidak berkenaan bagi produk atau perkhidmatan yang anda mungkin beli menerusi Store atau Laman Web, melainkan produk atau perkhidmatan berkenaan secara khusus merujuk pada pernyataan privasi ini.

Pengumpulan Maklumat Anda

Kami akan bertanya anda apabila kami memerlukan maklumat yang membolehkan kami menghubungi anda. Maklumat peribadi yang kami kumpul boleh merangkumi nama, alamat e-mel, nombor telefon, dan alamat pos anda. Kami juga mungkin mengumpul maklumat demografi, seperti poskod, usia, jantina, keutamaan, minat dan kegemaran anda. Jika anda memilih untuk membeli atau mendaftar bagi sesuatu perkhidmatan langganan berbayar, kami akan meminta maklumat tambahan yang digunakan untuk membuat akaun pengebilan. Jika anda memilih untuk menyertai aktiviti ini, kami juga mungkin mengumpul maklumat daripada anda yang anda beri sebagai menjawab tinjauan atau yang anda beri berhubung sesuatu peraduan. Di Store kami, kami mungkin menggunakan pengawasan video bagi tujuan keselamatan dan pencegahan kerugian. Kami juga menggunakan futej video bagi tujuan analisis.

Kami mungkin mengumpul maklumat mengenai lawatan anda ke Store atau Laman Web. Contohnya, kami mungkin menggunakan alat analisis laman Web untuk mendapatkan kembali maklumat daripada pelayar anda, termasuk laman tempat anda datang, enjin(-enjin) carian dan kata kunci yang anda guna untuk mencari Laman Web kami, halaman yang anda papar dalam Laman Web ini, tambahan pelayar anda dan lebar serta tinggi pelayar anda. Di samping itu, kami mengumpul maklumat standard tertentu yang anda hantar ke setiap laman Web yang anda kunjungi, seperti alamat IP anda, jenis dan bahasa pelayar, masa capaian dan alamat laman Web yang merujuk ke laman web ini. Kami mungkin menggunakan maklumat daripada pelayar anda, seperti bahasa pilihan, untuk meningkatkan pengalaman pelanggan, contohnya, dengan menjadikan Laman Web kami boleh dicapai oleh anda dalam bahasa yang anda utamakan di mana mungkin.

Dalam usaha menawarkan pengalaman yang lebih konsisten dan diperibadikan dalam interaksi anda dengan Microsoft, maklumat yang dikumpul menerusi perkhidmatan Microsoft mungkin digabungkan dengan maklumat yang diperoleh menerusi perkhidmatan Microsoft yang lain. Kami juga mungkin menambah maklumat yang kami kumpul dengan maklumat yang diperoleh daripada syarikat lain. Contohnya, kami mungkin menggunakan perkhidmatan daripada syarikat lain yang membolehkan kami memperoleh kawasan geografi am pada alamat IP anda agar dapat menyesuaikan perkhidmatan tertentu dengan kawasan geografi anda.

Untuk mendaftar masuk ke Laman Web, anda akan diminta untuk memasukkan alamat e-mel dan kata laluan, yang kami rujuk sebagai akaun Microsoft anda (dahulunya dikenali sebagai ID Windows Live®). Selepas anda membuat akaun Microsoft, anda boleh menggunakan bukti kelayakan anda untuk mendaftar masuk ke pelbagai laman dan perkhidmatan Microsoft yang lain, di samping perkhidmatan rakan kongsi Microsoft yang memaparkan logo akaun Microsoft. Dengan mendaftar masuk ke dalam satu daripada laman atau perkhidmatan Microsoft, anda boleh didaftar masuk secara automatik apabila anda mengunjungi laman dan perkhidmatan Microsoft yang lain. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara maklumat kelayakan anda digunakan apabila anda mendaftar masuk ke laman-laman yang turut serta, sila baca Pernyataan Privasi Dalam Talian Microsoft di http://privacy.microsoft.com/. Kami juga mungkin menggunakan pemetaan GeoIP atau Geo Location setiap kali anda mengunjungi Laman Web untuk membantu menghalakan anda secara automatik ke Laman Web Microsoft Store yang anda kehendaki bagi lokasi anda, tetapi kami tidak menyimpan maklumat ini sebagai sebahagian daripada maklumat akaun anda.

Penggunaan Maklumat Anda

Maklumat yang dikumpulkan di Store atau pada Laman Web kami akan digunakan untuk mengendalikan Store dan Laman Web dan untuk menyediakan perkhidmatan atau mengendalikan urus niaga yang anda telah minta atau izinkan, termasuk penghantaran peringatan kepada anda jika anda ada item dalam kart membeli belah anda. Kami juga mungkin menggunakan maklumat ini untuk menyediakan sokongan pelanggan, dalam usaha memudahkan pemulangan dan penukaran, untuk menjawab soalan atau aduan, untuk mengendalikan tinjauan pelanggan, untuk mengesan dan mencegah penipuan dan bagi tujuan lain yang dihuraikan dalam Pernyataan Privasi ini.

Dalam menyokong penggunaan ini, Microsoft mungkin menggunakan maklumat anda untuk menyediakan perkhidmatan pelanggan yang lebih berkesan, meningkatkan Store atau Laman Web dan sebarang produk atau perkhidmatan Microsoft yang berkaitan, melaksanakan analisis statistik, dan memudahkan penggunaan Laman Web dengan menyingkirkan keperluan untuk anda memasukkan maklumat yang sama secara berulang-ulang atau dengan menyesuaikan Laman Web dengan keutamaan atau minat anda yang khusus.

Kami mungkin menggunakan maklumat anda untuk memberi anda maklumat penting mengenai produk atau perkhidmatan yang anda guna, termasuk kemas kini dan makluman kritikal. Di samping itu, dengan izin anda, kami mungkin menghantar maklumat mengenai produk, perkhidmatan, acara dan promosi Microsoft Store kepada anda, serta maklumat yang sama berhubung produk dan perkhidmatan Microsoft yang lain. Dengan izin anda juga, kami mungkin berkongsi maklumat peribadi anda dengan rakan kongsi Microsoft supaya mereka boleh menghantar maklumat mengenai produk dan perkhidmatan mereka. Microsoft mungkin menggunakan alamat e-mel anda.

Adakalanya, Microsoft menggunakan khidmat lain untuk menyediakan perkhidmatan terhad bagi pihak kami, seperti pengehosan laman Web, pempakejan, pengemelan, tinjauan dan penghantaran hadiah, menjawab soalan pelanggan mengenai produk dan perkhidmatan, dan menghantar maklumat mengenai produk, tawaran khas, dan perkhidmatan baharu lain. Kami akan hanya memberi syarikat tersebut maklumat peribadi yang mereka perlu untuk menyampaikan perkhidmatan berkenaan. Mereka perlu mengekalkan kerahsiaan maklumat ini dan dilarang daripada menggunakan maklumat tersebut untuk sebarang tujuan lain.

Kami boleh mencapai atau mendedahkan maklumat mengenai anda, termasuk kandungan komunikasi anda, untuk: (a) mematuhi undang-undang atau memberi respons kepada permintaan yang berlandaskan undang-undang atau proses undang-undang; (b) melindungi hak atau harta Microsoft atau pelanggan kami, termasuk penguatkuasaan perjanjian kami atau dasar yang mentadbir penggunaan perkhidmatan ini; atau (c) bertindak dengan niat dan kepercayaan yang tulus bahawa capaian atau pendedahan seperti ini perlu untuk melindungi keselamatan peribadi kakitangan Microsoft, pelanggan atau khalayak awam. Kami juga mungkin mendedahkan maklumat peribadi seperti yang sebaliknya dibenarkan oleh undang-undang dan sebagai sebahagian daripada urus niaga korporat seperti penggabungan atau jualan aset.

Maklumat yang dikumpul di Store atau pada Laman Web boleh disimpan dan diproses di Amerika Syarikat atau mana-mana negara lain atau wilayah yang Microsoft atau sekutu, subsidiari, atau pembekal perkhidmatannya mengendalikan kemudahan di sana. Microsoft mematuhi rangka kerja safe harbor atau yang ditetapkan oleh Jabatan Perdagangan A.S. berhubung pengumpulan, penggunaan dan penyimpanan data daripada Kesatuan Eropah.

Kawalan Maklumat Peribadi Anda

Melainkan seperti yang dihuraikan sebaliknya dalam pernyataan ini atau dengan keizinan anda, maklumat peribadi yang anda beri kepada Microsoft berhubung Store atau Laman Web ini tidak akan dikongsi di luar Microsoft dan subsidi dan sekutu yang dikawalnya.

Anda boleh menghentikan penghantaran e-mel promosi daripada laman dan perkhidmatan Microsoft pada masa hadapan dengan mengikuti arahan khusus dalam e-mel yang anda terima. Anda juga boleh membuat pilihan mengenai komunikasi yang anda terima menerusi Laman Web dengan mendaftar masuk ke akaun Microsoft Store anda dan mengubah suai tetapan kenalan anda. Bagi komunikasi Store, anda boleh mengubah suai keutamaan kenalan anda dengan memaklumkan Store secara langsung.

Sekiranya anda memulangkan sebarang produk atau item, anda bertanggungjawab untuk memadamkan semua maklumat peribadi dan kandungan yang disimpan sebelum anda memulangkannya.

Sila ambil perhatian bahawa pernyataan privasi dan sebarang pilihan yang anda buat dalam Store atau pada Laman Web tidak semestinya berkenaan dengan maklumat peribadi yang anda mungkin beri kepada Microsoft berhubung laman web, produk atau perkhidmatan Microsoft lain yang dikendalikan secara berasingan.

Capaian kepada Maklumat Peribadi Anda

Anda boleh menyemak dan menyunting maklumat peribadi yang anda beri di Laman Web dengan mendaftar masuk ke akaun Microsoft Store anda. Untuk mencegah maklumat peribadi anda daripada dilihat oleh orang lain, anda akan perlu mendaftar masuk dengan kelayakan akaun Microsoft anda (alamat e-mel dan kata laluan).

Keselamatan Maklumat Anda

Di Microsoft, kami amat memandang serius keselamatan maklumat peribadi anda. Kami menggunakan pelbagai teknologi dan prosedur kawalan keselamatan di Store kami dan pada Laman Web kami untuk membantu melindungi maklumat peribadi anda daripada capaian, penggunaan atau pendedahan tanpa izin. Contohnya, bagi Laman Web kami, kami menyimpan maklumat peribadi yang anda beri pada pelayan komputer dengan capaian terhad yang terletak di kemudahan yang terkawal. Di samping itu, jika kami menghantar maklumat peribadi sensitif (seperti nombor kad kredit) melalui Internet, kami melindunginya menerusi penyulitan, seperti protokol Lapisan Soket Selamat (SSL).

Kuki & Teknologi yang Serupa

Kebanyakan laman web Microsoft menggunakan "kuki," yang merupakan fail teks kecil yang diletakkan pada cakera keras anda oleh pelayan web. Kuki mengandungi teks yang boleh dibaca oleh pelayan web dalam domain yang mengeluarkan kuki tersebut kepada anda. Teks sering kali mengandungi rentetan nombor dan huruf yang mengenal pasti komputer anda secara unik, tetapi mungkin juga mengandungi maklumat lain. Ini contoh teks yang disimpan dalam kuki yang mungkin diletakkan pada cakera keras anda oleh Microsoft apabila anda mengunjungi satu atau lebih laman web kami: E3732CA7E319442F97EA48A170C99801

Kami mungkin menggunakan kuki untuk:

  • Menyimpan Keutamaan dan Tetapan. Jika anda memasukkan bandaraya atau poskod anda untuk mendapatkan berita setempat atau maklumat cuaca setempat pada sesuatu laman Microsoft, kami mungkin menyimpan bandaraya atau poskod bandaraya tersebut dalam kuki supaya anda akan melihat maklumat setempat yang berkaitan apabila anda kembali ke laman ini. Ini boleh menjimatkan masa anda dengan menyingkirkan keperluan anda untuk memasukkan maklumat yang sama secara berulang-ulang setiap kali anda mengunjungi laman ini.

· Pendaftaran Masuk dan Pengesahan. Apabila anda mendaftar masuk ke dalam sesuatu laman atau perkhidmatan dengan menggunakan akaun Microsoft anda, kami menyimpan nombor ID unik anda, dan masa anda mendaftar masuk, dalam kuki yang disulitkan pada cakera keras anda. Kuki ini membolehkan anda bergerak dari halaman ke halaman di laman web ini tanpa mendaftar masuk setiap kali di setiap halaman. Apabila anda mendaftar keluar, kuki ini dipadam daripada komputer anda. Kami juga menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman mendaftar masuk. Contohnya, alamat e-mel anda mungkin disimpan dalam kuki yang akan kekal pada komputer anda selepas anda mendaftar keluar. Kuki ini membenarkan alamat e-mel anda siap dipenuhi, supaya anda akan hanya perlu menaip kata laluan anda kali seterusnya anda mendaftar masuk. Di samping itu, kami menggunakan kuki untuk menyimpan item dalam Kart Beli-belah anda di antara kunjungan yang anda lakukan. Jika anda menggunakan komputer awam atau tidak mahu maklumat ini disimpan, anda boleh memilih butang radio yang sesuai pada halaman pendaftaran masuk, dan kuki ini tidak akan digunakan.

  • Pengiklanan Tersasar Apabila kami memaparkan iklan dalam talian kepada anda, kami akan meletakkan satu atau lebih kuki yang berulang-ulang pada peranti anda untuk mengenali peranti anda setiap kali kami memaparkan sesuatu iklan kepada anda. Oleh sebab kami menyajikan iklan pada laman web kami serta laman web rakan kongsi pengiklanan dan penerbit kami, kami dapat mengumpul maklumat dari semasa ke semasa mengenai jenis halaman, kandungan dan iklan yang anda, atau orang lain yang menggunakan komputer anda, kunjungi dan papar Maklumat ini digunakan untuk pelbagai tujuan, contohnya, ia membantu kita cuba memastikan yang anda tidak melihat iklan yang sama secara berulang-ulang. Kami juga menggunakan maklumat ini untuk membantu memilih dan memaparkan pengiklanan yang tersasar yang kami yakin akan menarik minat anda. Anda boleh mendapati maklumat lanjut mengenai penggunaan kuki ini, termasuk cara untuk memilih untuk tidak menerima pengiklanan tersasar daripada Microsoft, dalam Pernyataan Privasi Pengiklanan Microsoft.
  • Analisis Laman Kami mungkin menggunakan kuki untuk mengira bilangan pengunjung unik ke halaman atau perkhidmatan web atau untuk membangunkan statistik agregat lain mengenai operasi laman dan perkhidmatan kami. Analisis ini membantu kami mengendalikan dan menambah baik prestasi laman dan perkhidmatan ini.

Sesetengah kuki yang kami lazim guna disenaraikan dalam carta berikut. Senarai ini tidak lengkap, tetapi berhasrat untuk menggambarkan beberapa sebab kami menetapkan kuki. Jika anda mengunjungi satu daripada laman web kami, laman tersebut menetapkan beberapa atau semua kuki berikut:

Nama kuki

Huraian

MUID

Mengenal pasti pelayar unik ke laman-laman Microsoft. Ia digunakan untuk pengiklanan, analisis laman dan tujuan operasi lain.

ANON

Mengandungi ANID, pengenal pasti unik yang digunakan untuk membantu mengenal pasti iklan mana yang pengguna mungkin suka. Ia juga digunakan untuk memelihara pilihan pengguna untuk memilih untuk tidak menerima iklan tersasar berdasarkan perlakuan, daripada Microsoft, jika pengguna telah memilih untuk menghubungkaitkan pemilihan untuk keluar dengan ID Windows Livenya.

CC

Mengandungi kod negara seperti yang ditentukan oleh pencarian alamat IP songsang.

Pengesahan ID Windows Live

Kuki pengesahan (cth., RPSTAuth, MSNRPSAuth, KievRPSAuth) digunakan apabila seseorang pengguna mendaftar masuk dengan ID Windows Live.

NAP

Mengandungi versi negara, poskod, usia, jantina bahasa dan pekerjaan pengguna yang disulitkan jika diketahui berdasarkan profil Windows Live pengguna.

MH

Muncul pada laman yang dijenama bersama di mana Microsoft mempunyai perkongsian dengan pengiklan, kuki ini mengenal pasti pengiklan supaya iklan yang tepat dipilih.

ACH01

Mengendalikan maklumat mengenai iklan mana dan di mana pengguna klik pada iklan.

TOptOut

Menunjukkan bahawa pengguna telah menandakan bahawa dia tidak mahu iklan tersasar berdasarkan perlakuan dihantar oleh Microsoft.

Di samping kuki, Microsoft mungkin menetapkan bila anda mengunjungi laman web kami, pihak ketiga juga mungkin menetapkan kuki tertentu pada cakera keras anda apabila anda mengunjungi laman-laman Microsoft. Dalam sesetengah keadaan, ini kerana kami telah menggunakan khidmat pihak ketiga untuk menyediakan perkhidmatan tertentu bagi pihak kami, seperti analisis laman. Dalam keadaan lain, ini kerana halaman web kami mengandungi kandungan atau iklan daripada pihak ketiga, seperti video, kandungan berita atau iklan yang disampaikan oleh rangkaian iklan lain. Oleh sebab pelayar anda bersambung ke pelayan web pihak ketiga tersebut untuk mendapatkan kembali kandungan berkenaan, pihak ketiga tersebut dapat menetapkan atau membaca kuki mereka sendiri pada cakera keras anda.

Cara Mengawal Kuki

  • Kawalan Pelayar untuk Menyekat Kuki. Kebanyakan pelayar web menerima kuki secara automatik, tetapi anda biasanya boleh mengubah suai tetapan pelayar anda untuk menyekat kuki.

Contohnya, dalam Internet Explorer 9, anda boleh menyekat kuki dengan mengambil langkah-langkah berikut:

    1. Klik “Alat” dan kemudian pilih “Opsyen Internet”
    2. Klik tab “Privasi” di atas tetingkap
    3. Gerakkan gelangsar naik dan turun untuk memilih jenis kuki yang anda ingin sekat

Arahan untuk menyekat kuki dalam pelayar lain disediakan di http://www.allaboutcookies.org/manage-cookies/.

Sila ambil perhatian bahawa jika anda memilih untuk menyekat kuki, anda tidak akan dapat menambah item ke dalam kart beli-belah anda, meneruskan ke daftar bayar, atau daftar masuk atau menggunakan ciri dan perkhidmatan Microsoft lain yang interaktif yang bergantung pada kuki, dan sesetengah keutamaan pengiklanan yang bergantung pada kuki mungkin tidak dapat dipenuhi.

  • Kawalan Pelayar untuk Memadamkan Kuki. Jika anda menerima kuki, anda boleh memadamkannya kemudian.

Contohnya, dalam Internet Explorer 9, anda boleh memadamkan kuki dengan mengambil langkah-langkah berikut:

    1. Klik “Alat” dan kemudian pilih “Opsyen Internet”
    2. Pada tab “Am”, di bawah “Sejarah Menyemak Imbas,” klik butang “Padam”
    3. Pada tetingkap timbul, pilih kotak di sebelah “Kuki”
    4. Klik butang “Padam”

Arahan untuk memadam kuki dalam pelayar lain disediakan di http://www.allaboutcookies.org/manage-cookies/.

Sila ambil perhatian bahawa jika anda memilih untuk memadamkan kuki, apa-apa tetapan dan keutamaan yang dikawal oleh kuki tersebut, termasuk keutamaan pengiklanan, akan dipadam dan mungkin perlu dibuat semula.

  • Kawalan Pelayar bagi “Jangan Jejak” dan Perlindungan Penjejakan. Sesetengah pelayar baharu telah menerapkan ciri “Jangan Jejak”. Kebanyakan ciri ini, apabila dihidupkan, menghantar isyarat atau keutamaan kepada laman web yang anda kunjungi dan menandakan bahawa anda tidak mahu dijejaki. Laman-laman tersebut mungkin terus terlibat dalam aktiviti yang anda mungkin lihat sebagai menjejak meskipun anda telah menyatakan keutamaan ini, bergantung pada amalan privasi laman berkenaan.

Internet Explorer 9 mempunyai ciri yang dipanggil Perlindungan Penjejakan yang membantu mencegah laman web yang anda tuju daripada menghantar butir-butir secara automatik mengenai kunjungan anda kepada pembekal kandungan pihak ketiga. Apabila anda menambah Senarai Perlindungan Penjejakan, Internet Explorer akan menyekat kandungan pihak ketiga, termasuk kuki, daripada sebarang laman yang disenaraikan sebagai laman yang perlu disekat. Dengan mengehadkan panggilan ke laman-laman ini, Internet Explorer akan mengehadkan maklumat yang laman pihak ketiga ini boleh kumpul mengenai anda. Dan apabila anda mempunyai Senarai Perlindungan Penjejakan, Internet Explorer akan menghantar isyarat atau keutamaan Jangan Jejak kepada laman web yang anda kunjungi. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Senarai Perlindungan Penjejakan dan cara mencarinya, sila lihat pernyataan privasi Internet Explorer atau Bantuan Internet Explorer.

  • Kawalan Pilihan Untuk Tidak Menerima Pengiklanan Oleh sebab kuki boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, pengguna yang membantah pengiklanan tersasar berdasarkan perlakuan boleh memilih untuk menerima kuki tetapi memilih untuk tidak menerima bagi penggunaan khusus tersebut. Syarikat-syarikat dalam industri pengiklanan dalam talian telah membangunkan garis panduan dan program untuk membantu melindungi privasi pengguna, dan program industri ini termasuk halaman web yang anda boleh kunjungi untuk memilih untuk tidak menerima pengiklanan tersasar berdasarkan perlakuan daripada semua syarikat yang mengambil bahagian (termasuk Microsoft). Halaman ini termasuk:
    1. Halaman Pilihan Pengguna Gabungan Pengiklanan Digital (DAA): http://www.aboutads.info/choices/
    2. Halaman Tidak Menerima Inisiatif Pengiklanan Rangkaian (NAI): http://www.networkadvertising.org/managing/opt_out.asp

Syarikat pengiklanan individu juga boleh menawarkan keupayaan untuk tidak menerima mereka sendiri serta pilihan pengiklanan yang lebih lanjut. Contohnya, keutamaan pengiklanan dan kawalan untuk tidak menerima iklan Microsoft disediakan di http://choice.live.com/advertisementchoice/. Sila ambil perhatian bahawa memilih untuk tidak menerima tidak bererti bahawa anda akan berhenti daripada mendapat iklan atau melihat iklan yang berkurangan; walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk tidak menerima, iklan yang anda terima tidak lagi akan disasarkan mengikut perlakuan. Di samping itu, memilih untuk tidak menerima tidak menghentikan maklumat daripada dikumpul.

Penggunaan Bikon Web Oleh Kami

Halaman web Microsoft mungkin mengandungi imej elektronik yang dikenali sebagai bikon - kadangkala dipanggil gif piksel tunggal - yang mungkin digunakan untuk membantu menghantar kuki pada laman kami, membolehkan kami mengira pengguna yang mengunjungi halaman tersebut dan menghantar perkhidmatan jenama bersama. Kami mungkin menyertakan bikon web dalam mesej e-mel atau surat berita promosi kami untuk menentukan sama ada mesej telah dibuka dan tindakan telah dibuat ke atasnya.

Kami juga mungkin bekerjasama dengan syarikat lain yang meletakkan iklan pada laman-laman Microsoft untuk meletakkan bikon web pada laman mereka atau dalam iklan mereka untuk membolehkan kami membangunkan statistik tentang kekerapan mengklik pada iklan di laman Microsoft yang menghasilkan pembelian atau tindakan lain pada laman pengiklan berkenaan.

Akhirnya, laman Microsoft mungkin mengandungi bikon web daripada pihak ketiga untuk membantu kami mengumpulkan statistik yang teragregat berhubung keberkesanan kempen promosi atau operasi laman web lain. Bikon web ini mungkin membenarkan pihak ketiga menetapkan atau membaca kuki pada komputer anda. Kami melarang pihak ketiga daripada menggunakan bikon web pada laman-laman kami untuk mengumpul atau mencapai maklumat peribadi anda. Walau bagaimanapun, anda mungkin dapat memilih untuk tidak membenarkan pengumpulan data atau penggunaan oleh syarikat analisis pihak ketiga ini dengan mengklik pautan bagi setiap pembekal analisis berikut:

Teknologi Lain Yang Serupa

Di samping kuki dan bikon web standard, laman web boleh menggunakan teknologi lain untuk menyimpan dan membaca fail data pada komputer anda. Ini boleh dilakukan untuk mengekalkan keutamaan anda atau meningkatkan kelajuan dan prestasi dengan menyimpan fail tertentu secara setempat. Tetapi, seperti kuki standard, ia juga boleh digunakan untuk menyimpan pengenalan unik bagi komputer anda, yang kemudiannya boleh digunakan untuk menjejak perlakuan. Teknologi ini termasuk Objek Kongsian Setempat (atau= “kuki Kilat”) dan Storan Aplikasi Silverlight.

  • Objek Kongsian Setempat atau “kuki Kilat.” Laman web yang menggunakan teknologi Adobe Flash mungkin menggunakan Objek Kongsian Setempat atau “kuki Kilat” untuk menyimpan data pada komputer anda. Ambil perhatian bahawa keupayaan untuk mengosongkan kuki Kilat mungkin atau mungkin tidak dikawal oleh tetapan pelayar bagi kuki standard kerana ini mungkin berbeza mengikut pelayar. Untuk mengurus atau menyekat kuki Kilat, pergi ke http://www.macromedia.com/support/documentation/en/flashplayer/help/settings_manager.html
  • Storan Aplikasi Silverlight. Laman Web atau aplikasi yang menggunakan teknologi Microsoft Silverlight juga mempunyai keupayaan untuk menyimpan data dengan menggunakan Storan Aplikasi Silverlight. Untuk belajar cara mengurus atau menyekat storan seperti ini, kunjungi Silverlight.

Paparan Pengiklanan

Kebanyakan laman web dan perkhidmatan dalam talian yang kami tawarkan, serta yang dimiliki oleh rakan niaga kami, disokong oleh pengiklanan. Menerusi platform penyampaian iklan, kami boleh memaparkan iklan pada laman-laman kami sendiri dan laman rakan iklan kami.

Apabila kami memaparkan iklan dalam talian kepada anda, kami akan meletakkan satu atau lebih kuki yang berulang-ulang pada komputer anda untuk mengenali komputer anda setiap kali kami memaparkan sesuatu iklan kepada anda. Oleh sebab kami mungkin menyajikan iklan di pelbagai laman Web yang berbeza, kami dapat mengumpul maklumat dari semasa ke semasa mengenai di mana anda, atau orang lain yang menggunakan komputer anda, melihat dan/atau mengklik pada iklan-iklan yang kami paparkan. Kami menggunakan maklumat ini untuk membuat ramalan mengenai ciri-ciri, minat, atau keutamaan anda, dan untuk memaparkan iklan yang tersasar yang kami yakin mungkin menarik minat anda. Kami juga mungkin menghubungkaitkan maklumat ini dengan lawatan, pembelian, atau aktiviti anda yang selanjutnya di laman-laman Web iklan yang mengambil bahagian dalam usaha menentukan keberkesanan iklan-iklan ini.

Meskipun kami mungkin menggunakan sesetengah maklumat yang kami kumpul dalam usaha memperibadikan iklan yang kami tunjuk kepada anda, kami mereka bentuk sistem kami untuk memilih iklan berdasarkan hanya data yang tidak mengenal pasti anda secara peribadi atau secara langsung sahaja. Contohnya, kami mungkin memilih iklan yang kami papar berdasarkan kategori atau segmen minat am tertentu yang kami telah simpulkan berdasarkan (a) data demografi atau minat, termasuk apa-apa yang anda mungkin telah beri apabila anda membuka sesebuah akaun (cth. usia, poskod, dan jantina), data demografi atau minat yang diperoleh daripada syarikat lain, dan lokasi geografi am yang diperoleh daripada alamat IP anda; (b) halaman yang anda papar dan pautan yang anda klik apabila anda menggunakan laman-laman Web dan perkhidmatan Microsoft dan rakan iklannya; dan (c) carian istilah yang anda masukkan sewaktu menggunakan perkhidmatan carian Internet Microsoft, seperti Bing, dan (d) maklumat mengenai pengguna yang anda paling kerap berinteraksi menerusi perkhidmatan komunikasi atau rangkaian sosial Microsoft, seperti Messenger. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara kami menyasarkan iklan, kunjungi Pengiklanan Yang Diperibadikan daripada Microsoft.

Apabila kami memaparkan iklan yang mencari sasaran yang diperibadikan, kami mengambil beberapa langkah yang direka untuk melindungi privasi anda. Contohnya, kami menyimpan paparan halaman, klik dan istilah carian yang digunakan untuk pemperibadian iklan secara berasingan daripada maklumat hubungan anda atau data lain yang mengenal pasti anda secara langsung (seperti nama dan alamat e-mel anda, dsb.). Selanjutnya, kami telah membina pengawalan pentadbiran, teknikal dan fizikal yang direka untuk mencegah hubung kaitan data ini. Kami juga memberi anda keupayaan untuk memilih untuk tidak menerima iklan yang diperibadikan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau menggunakan ciri memilih untuk tidak menerima, anda boleh mengunjungi halaman memilih untuk tidak menerima kami. Di samping itu, anda boleh pergi ke Inisiatif Pengiklanan Rangkaian, yang menawarkan lokasi tunggal untuk memilih untuk tidak menerima iklan yang mencari sasaran daripada syarikat ahli.

Kami juga menyediakan penghantaran iklan pihak ketiga menerusi subsidiari Atlas kami, dan anda boleh membaca pernyataan privasi Atlas di http://atlassolutions.com/privacy-policy.

Meskipun sebahagian besar iklan dalam talian di laman-laman Microsoft dipaparkan oleh Microsoft, kami juga membenarkan syarikat yang menyajikan iklan pihak ketiga, termasuk rangkaian iklan lain, untuk memaparkan iklan pada laman-laman kami. Syarikat-syarikat ini kini termasuk, tetapi tidak terhad pada 24/7 Real Media, Advertising.com, Bidclix, Bluestreak, Burst Media, DoubleClick, EuroClick, Eyeblaster, EyeWonder, Falk, Interpolls, Kanoodle, Mediaplex, Pointroll, TangoZebra, Yahoo! Publisher Network, danZedo.

Syarikat-syarikat ini mungkin menawarkan kepada anda cara untuk memilih untuk tidak menerima iklan yang mencari sasaran berdasarkan kuki mereka. Anda boleh mendapati maklumat lanjut dengan mengklik pada nama syarikat di atas dan mengikuti pautan laman-laman Web setiap syarikat ini. Sesetengah syarikat ini adalah ahli Inisiatif Pengiklanan Rangkaian, yang menawarkan lokasi tunggal untuk memilih untuk tidak menerima iklan yang mencari sasaran daripada syarikat ahli.

Perubahan kepada Pernyataan Privasi ini

Kami akan mengemas kini pernyataan privasi ini dari semasa ke semasa. Apabila kami melakukan sedemikian, kami juga akan mengemas kini tarikh "pengemaskinian terkini" di bahagian atas pernyataan privasi ini. Bagi perubahan yang ketara kepada pernyataan privasi ini, kami akan memaklumkan anda sama ada dengan meletakkan notis yang jelas di halaman utama Laman Web kami atau dengan menghantar makluman secara langsung kepada anda. Kami menggalakkan anda supaya menyemak pernyataan privasi ini secara berkala agar sentiasa termaklum mengenai bagaimana kami membantu melindungi maklumat peribadi yang kami kumpul.

Maklumat Hubungan

Microsoft mengalu-alukan komen anda berhubung pernyataan privasi ini. Jika anda ada soalan mengenai pernyataan ini atau percaya bahawa kami tidak mematuhinya, sila kunjungi halaman Hubungi Kami pada Laman Web kami untuk menghantar e-mel kepada kami atau hubungi kami melalui pos di:

Microsoft Privacy
Microsoft Corporation
One Microsoft Way
Redmond, Washington 98052