Microsoft®Student Store


Terma dan Syarat


Bertarikh Januari 2013


Microsoft menawarkan diskaun tertentu bagi perisian, perkakasan dan item lain kepada para pelajar, fakulti dan kakitangan yang layak ( “Pelajar yang Layak,” seperti yang ditakrifkan di bawah) berhubung Student Store nya (“Program”). Program, yang merangkumi secara khusus sebarang tawaran yang dibuat berhubung Program ini, ditawarkan kepada Pelajar yang Layak tertakluk pada terma dan syarat berikut (“Terma”). Dengan menyertai Program ini dan memanfaatkan tawaran Program ini, anda membuat representasi bahawa anda adalah Pelajar yang Layak dan mengakui dan bersetuju untuk diikat oleh Terma ini. Setakat yang tidak diubah oleh Terma ini, semua terma pembelian Microsoft Store yang lain, termasuk tanpa had dasar pemulangan dan Terma Penggunaan dan Jualan, akan berkuatkuasa ke atas pembelian yang dibuat melalui Program ini.


HURAIAN PROGRAM


Pelajar yang Layak boleh memanfaatkan tawaran Program ini dan membeli produk daripada laman web Microsoft Student Store di http://www.microsoftstore.com/store/msapac/ms_MY/home (“Laman Tawaran”) atau sebarang URL yang menggantikannya selepas ini.


TEMPOH PROGRAM DAN TAWARAN


Program ini akan diteruskan sehingga ditamatkan oleh Microsoft. Microsoft berhak untuk menamatkan, membatalkan atau sebaliknya menukar Program ini dan Terma ini pada bila-bila masa dan atas apa jua sebab. Microsoft juga berhak untuk menamatkan, membatalkan atau sebaliknya menukar sebarang tawaran khusus yang dibuat menerusi atau berhubung dengan Program ini pada bila-bila masa dan atas apa jua sebab.


KEPERLUAN KELAYAKAN PROGRAM


Program ini disediakan hanya kepada individu yang memenuhi kriteria yang dihuraikan di bawah ( “Pelajar yang Layak”):


  1. Individu hendaklah pelajar universiti atau kolej yang berdaftar untuk pengajian sepenuh masa atau separuh masa atau fakulti atau kakitangan di institusi pendidikan berakreditasi yang layak dan hendaklah dapat memberi bukti pendaftaran ini kepada Microsoft atau vendor lantikannya apabila diminta. Alumni institusi-institusi ini tidak layak;

  2. Individu hendaklah berjaya mengesahkan status kelayakan mereka menerusi proses pengesahan akademik dalam talian Laman Tawaran ini; dan

  3. Individu hendaklah mempunyai akaun Microsoft atau membuat satu akuan semasa pembelian dibuat.

Jika anda menyertai Program ini, Microsoft berhak untuk menghubungi anda secara terus atau menerusi vendor lantikan Microsoft untuk mengesahkan bahawa anda adalah Pelajar yang Layak. Jika anda memilih untuk tidak memberi dokumentasi yang secukupnya yang mengesahkan bahawa anda Pelajar yang Layak kepada Microsoft atau vendor lantikannya, anda bersetuju untuk membayar balik kepada Microsoft perbezaan antara apa yang anda bayar berhubung tawaran Program yang terdiskaun dengan anggaran harga runcit penuh bagi produk yang sama. Microsoft akan mempunyai budi bicara tunggal sepenuhnya untuk menentukan kecukupan apa-apa dokumentasi yang anda beri bagi mengesahkan bahawa anda Pelajar yang Layak. Dengan menyediakan maklumat berhubung kelayakan anda kepada vendor lantikan Microsoft, anda bersetuju bahawa vendor ini boleh berkongsi maklumat berkenaan dengan Microsoft bagi tujuan yang berkaitan dengan Program ini.


Microsoft, atas budi bicara tunggalnya, boleh menerima bentuk pengesahan lain dalam menentukan kelayakan sebagai menggantikan proses pengesahan akademik dalam talian. Microsoft, menurut budi bicara tunggalnya, boleh menentukan kriteria untuk kelayakan di bawah Program ini dan boleh menukar kriteria kelayakan atau menolak kelayakan pada bila-bila masa atas apa jua sebab.


HAD PEMBELIAN


Perisian Terdiskaun:


  1. Perisian Office 365 University: Setiap Pelajar yang Layak boleh membeli sejumlah maksimum dua produk Office 365 University sahaja. Pelajar yang Layak hanya boleh mengaktifkan produk Office 365 University yang kedua, tiga tahun selepas pengaktifan yang pertama.

  2. Perisian Lain Yang Ditawarkan: Melainkan dinyatakan sebaliknya dalam terma tawaran khusus, Pelajar yang Layak boleh membeli sejumlah maksimum tiga lesen perisian setiap 12 bulan di bawah Program ini, dan tidak lebih daripada satu lesen bagi setiap tajuk perisian sahaja. Satu isi rumah tunggal tidak boleh dalam apa keadaan sekali pun membeli lebih daripada jumlah maksimum tiga lesen perisian dalam tempoh 12 bulan.

Perkakasan dan Item Lain yang Terdiskaun


Tawaran Program yang melibatkan perkakasan atau produk bukan perisian lain mungkin mempunyai had bagi bilangan item yang boleh dibeli oleh setiap pelajar, setiap isi rumah, setiap tawaran atau setiap tempoh yang dihuraikan dalam terma tawaran khusus yang berkaitan.


PERISIAN YANG DITAWARKAN


Hanya versi muat turun perisian elektronik (“ESD”) bagi produk perisian sahaja yang ditawarkan menerusi Program ini. Bagi tajuk tertentu, cakera sandaran boleh juga dipesan daripada Laman Tawaran dengan membuat bayaran tambahan.

Kembali ke atas