TERMA PENGGUNAAN DAN JUALAN

Bertarikh Januari 2014


Selamat datang ke Microsoft Online Store di www.microsoftstore.com (“Microsoft Store” atau “Laman Web”). Microsoft Store ialah tapak web yang dikendalikan oleh Microsoft Regional Sales Corp., sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah undang-undang Nevada, Amerika Syarikat dengan cawangan di Singapura, dengan tempat perniagaan utamanya di 438B Alexandra Road, #04-09/12, Block B, Alexandra Technopark, Singapore, 119968 (“Microsoft,” “Kami,” “Kita” atau “Kami”).


Melalui Microsoft Store, Microsoft memberi anda akses kepada pelbagai sumber, termasuk Laman Web, maklumat mengenai perisian, perkhidmatan, dan barang niaga yang mungkin atau mungkin tidak tersedia untuk pembelian, ruang muat turun, perisian dan alatan, (secara kolektif “Perkhidmatan”). Perkhidmatan, termasuk sebarang kemas kini, peningkatan, ciri baharu, dan/atau penambahan sebarang ciri-ciri Web baharu, tertakluk pada Terma Penggunaan dan Jualan (“Terma Penggunaan dan Jualan” atau “Kontrak”). Dengan menggunakan Laman Web, membeli produk daripada Microsoft Store atau menggunakan sebarang Perkhidmatan, anda menerima dan bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Jualan ini, Pernyataan Privasi Microsoft (lihat seksyen PRIVASI DAN PERLINDUNGAN MAKLUMAT PERIBADI di bawah), dan apa-apa terma dan syarat, dasar dan penafian yang dirujuk dalam ini dan dapat dicapai menerusi hiperpautan berkaitan (secara kolektif “Dasar Microsoft Store”). Dasar Microsoft Store juga boleh ditemui dalam Microsoft Store. Kami menggalakkan supaya anda membaca Dasar Microsoft Store ini dengan teliti.


Harap maklum bahawa jika kami mempunyai Microsoft Retail Store yang terletak di negara atau rantau anda, ia mungkin mempunyai dasar berlainan.


Terma yang Berkaitan dengan Penggunaan Microsoft Store oleh Anda

  1. SEKATAN PERIBADI DAN BUKAN KOMERSIL

    Melainkan dinyatakan sebaliknya, Microsoft Store dan Perkhidmatan adalah untuk penggunaan peribadi dan bukan komersil oleh anda. Anda tidak boleh mengedarkan, menerbitkan, melesenkan, atau menjual sebarang maklumat atau perkhidmatan yang diperoleh daripada Microsoft Store atau Perkhidmatan secara komersial.


  2. NOTIS KHUSUS BAGI DOKUMEN YANG TERSEDIA PADA LAMAN WEB MICROSOFT STORE

    Kebenaran untuk menggunakan Dokumen-dokumen (seperti kertas putih, siaran akhbar, helaian data dan Soalan Lazim) daripada Microsoft Store dan Perkhidmatan Services dibenarkan, dengan syarat (1) notis hak cipta berikut: “© 2014 Microsoft Corporation. Semua hak cipta terpelihara.” tertera dalam semua salinan dan bahawa kedua-dua notis hak cipta dan notis keizinan ini tertera, (2) penggunaan Dokumen-dokumen berkenaan daripada Microsoft Store atau Perkhidmatan adalah untuk maklumat dan penggunaan bukan komersil dan peribadi sahaja dan tidak akan disalin atau dipaparkan dalam apa-apa media, melainkan diizinkan oleh pengecualian di bawah undang-undang hak cipta yang berkenaan, dan (3) tiada pengubahsuaian dibuat kepada mana-mana Dokumen ini. Institusi pendidikan bertauliah, seperti institusi rendah dan menengah, universiti, kolej swasta/awam dan kolej komuniti, boleh memuat turun dan menghasilkan semula Dokumen untuk diedarkan dalam bilik darjah. Pengedaran di luar bilik darjah memerlukan keizinan bertulis yang jelas daripada Microsoft. Penggunaan untuk apa-apa tujuan lain dilarang secara jelas oleh undang-undang, dan boleh mengakibatkan hukuman sivil dan jenayah yang berat. Mereka yang melanggar akan didakwa sehingga takat maksimum yang mungkin.


    Dokumen yang dinyatakan di atas tidak merangkumi reka bentuk atau tataletak tapak web Microsoft.com, Tapak web atau mana-mana tapak web yang dimiliki, dikendalikan, dilesenkan atau dikawal oleh Microsoft. Unsur tapak web Microsoft, termasuk Tapak web, dilindungi oleh undang-undang penampilan perdagangan, tanda dagangan, persaingan tidak adil, dan undang-undang lain dan tidak boleh disalin atau ditiru secara keseluruhan mahupun sebahagiannya. Semua logo, grafik, bunyi atau imej daripada sebarang tapak web Microsoft, termasuk Tapak web tidak boleh disalin, dihantar semula atau disediakan kecuali dibenarkan secara jelas oleh Microsoft atau undang-undang berkaitan.


    Dokumen-dokumen ini serta grafik yang berkaitan yang diterbitkan pada Microsoft Store atau Perkhidmatan boleh merangkumi ketidaktepatan teknikal atau ralat tipografi. Perubahan dan penambahan dibuat kepada maklumat dalam dokumen ini secara berkala. Microsoft dan/atau pembekalnya yang berkaitan boleh membuat penambahbaikan dan/atau perubahan dalam produk(-produk) dan/atau program(-program) yang dihuraikan dalam dokumen ini pada bila-bila masa.


  3. AKAUN AHLI, KATA LALUAN DAN KAWALAN KESELAMATAN

    Jika Microsoft Store atau mana-mana Perkhidmatan memerlukan anda membuka sesebuah akaun, anda hendaklah melengkapkan proses pendaftaran dengan memberi kepada kami maklumat semasa, lengkap dan tepat mengenai anda seperti yang diminta oleh borang pendaftaran yang berkenaan. Anda juga akan memilih kata laluan dan nama pengguna. Anda juga mungkin mempertimbangkan untuk menerima perjanjian perkhidmatan atau terma penggunaan berasingan sebagai syarat pembukaan akaun ini. Anda bertanggungjawab untuk memastikan maklumat dan kata laluan akaun anda dirahsiakan dan bertanggungjawab bagi semua aktiviti yang berlaku di bawah akaun anda. Anda bersetuju untuk memaklumkan Microsoft dengan segera mengenai sebarang penggunaan akaun anda yang tidak diizinkan atau sebarang perlanggaran keselamatan yang lain.


  4. PENGGUNAAN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG ATAU DILARANG TIDAK DIBENARKAN

    Sebagai syarat penggunaan Perkhidmatan ini, anda menjamin kepada kami bahawa anda tidak akan menggunakan Perkhidmatan ini untuk sebarang tujuan yang menyalahi undang-undang atau dilarang oleh terma, syarat, dan notis-notis ini. Anda tidak boleh menggunakan Perkhidmatan ini dalam apa jua cara yang boleh merosakkan, melumpuhkan, memberi bebanan yang berlebihan, atau mencacatkan sebarang pelayan Microsoft, atau rangkaian(-rangkaian) yang disambungkan ke mana-mana pelayan Microsoft, atau mengganggu penggunaan dan manfaat yang dinikmati daripada apa-apa Perkhidmatan oleh mana-mana pihak ketiga. Anda tidak boleh mencuba untuk mendapatkan akses tanpa izin kepada mana-mana Perkhidmatan, akaun-akaun lain, sistem komputer atau rangkaian yang bersambung dengan mana-mana pelayan Microsoft atau dengan mana-mana Perkhidmatan melalui penggodaman, perlombongan kata laluan atau sebarang kaedah lain. Anda tidak boleh memperoleh atau cuba memperoleh sebarang bahan atau maklumat melalui sebarang kaedah yang tidak disediakan dengan sengaja melalui Perkhidmatan ini. Anda tidak boleh menggunakan Perkhidmatan dalam cara yang melanggar hak pihak ketiga, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, membahayakan orang atau entiti dengan sengaja, termasuk Microsoft.


    Microsoft berhak pada setiap masa untuk mendedahkan sebarang maklumat, pendedahan yang mana perlu untuk mematuhi sebarang undang-undang, peraturan, proses undang-undang atau permintaan kerajaan, atau untuk mengedit, enggan menyiarkan atau mengalih keluar sebarang maklumat atau bahan, secara keseluruhan atau sebahagian, di mana wujud sebab sewajarnya untuk melakukan sedemikian.


  5. BAHAN YANG ANDA BERI KEPADA MICROSOFT STORE ATAU SIAR DI LAMAN WEBNYA

    Microsoft tidak menuntut hak milik bahan yang anda beri kepada Microsoft (termasuk maklum balas, rating dan cadangan) atau siar, muat naik, input atau serah kepada mana-mana Perkhidmatan atau perkhidmatan yang berkaitan untuk disemak oleh khalayak awam, atau oleh ahli mana-mana komuniti awam atau persendirian, (setiap satu “Penyerahan” dan secara kolektif “Penyerahan-penyerahan”). Walau bagaimanapun, Microsoft hendaklah dibenarkan untuk menggunakan Penyerahan anda, termasuk nama anda, untuk tujuan yang mana ia diserahkan.


    Tiada pampasan akan dibayar berhubung penggunaan Penyerahan anda. Microsoft tidak berkewajipan sama sekali untuk menyiarkan atau menggunakan sebarang Penyerahan yang anda mungkin beri dan Microsoft boleh mengeluarkan sebarang Penyerahan pada bila-bila masa menurut budi bicara tunggalnya.


    Anda menjamin dan memperakui bahawa anda memiliki atau sebaliknya mengawal semua hak Penyerahan anda seperti yang dihuraikan dalam Terma Penggunaan dan Jualan termasuk, tanpa had, semua hak yang diperlukan untuk anda memberi, menyiarkan, memuat naik, menginput atau menyerahkan Penyerahan.


  6. DASAR PENYERAHAN IDEA YANG TIDAK DIMINTA

    Microsoft dan kakitangannya tidak menerima atau menyifatkan idea yang tidak diminta, termasuk idea kempen pengiklanan baharu, promosi baharu, produk atau teknologi baharu, proses, bahan, rancangan pemasaran atau nama produk baharu. TOLONG JANGAN HANTAR SEBARANG KERJA-KERJA SENI ASAL, IDEA, SAMPEL, DEMO ATAU KERJA-KERJA LAIN. Tujuan tunggal dasar ini adalah untuk mengelakkan potensi salah faham atau percanggahan apabila produk atau strategi pemasaran Microsoft mungkin serupa dengan idea yang diserahkan kepada Microsoft. Jadi, tolong jangan hantar idea yang tidak diminta kepada Microsoft atau sesiapa di Microsoft.


    Jika, meskipun kami meminta anda tidak menghantar idea atau bahan anda, anda masih menghantarnya, sila fahami bahawa Microsoft tidak akan memberi pampasan kepada anda untuknya dan tidak memberi jaminan bahawa idea dan bahan anda akan disifatkan sebagai sulit atau empunya.


  7. PAUTAN KE TAPAK WEB PIHAK KETIGA

    Microsoft Store boleh memasukkan pautan ke tapak web pihak ketiga yang membolehkan anda meninggalkan Tapak Web. Tapak yang dipautkan ini bukan di bawah kawalan Microsoft dan Microsoft tidak bertanggungjawab ke atas kandungan apa-apa laman yang dipautkan atau sebarang pautan yang terkandung dalam laman yang dipautkan tersebut, atau sebarang perubahan atau kemas kini yang dilakukan kepada laman-laman tersebut. Microsoft menyediakan pautan-pautan ini hanya untuk kemudahan anda, dan usaha memasukkan apa-apa pautan tidak dimaksudkan sebagai pengendorsan tersirat oleh Microsoft bagi laman tersebut. Penggunaan tapak web pihak ketiga oleh anda mungkin tertakluk kepada terma dan syarat pihak ketiga tersebut.


Terma yang Berkaitan dengan Penjualan Produk kepada Anda

  1. KETERSEDIAAN GEOGRAFI

    Microsoft Store adalah bertujuan untuk digunakan oleh pelanggan yang menetap negara atau dirantau yang diberi perkhidmatan oleh Tapak Web ini dan mungkin terdapat had mengenai ke mana kami boleh menghantar produk seperti yang ditentukan dalam dasar penghantaran kami. Untuk melengkapkan pembelian anda, anda hendaklah mempunyai alamat pengebilan dan penghantaran yang sah di negara atau rantau tersebut.


  2. PENGGUNA AKHIR SAHAJA

    Untuk membeli produk daripada Microsoft Store, anda hendaklah seorang pengguna akhir. Penjual semula tidak berhak untuk membeli daripada Laman Web ini.


  3. HAD EKSPORT

    Produk yang dibeli daripada Microsoft Store (termasuk perkakasan, perisian dan muat turun perisian) mungkin tertakluk pada undang-undang dan peraturan kawalan kastam dan eksport. Anda bersetuju untuk mematuhi semua undang-undang dan peraturan antarabangsa dan nasional yang berkenaan dengan anda berhubungan dengan produk demikian.


  4. KETEPATAN PENGEBILAN DAN MAKLUMAT AKAUN

    Anda bersetuju untuk menyediakan maklumat pembelian dan akaun yang semasa, lengkap dan tepat berhubung semua pembelian yang dibuat di Microsoft Store. Anda bersetuju untuk mengemas kini akaun anda dan maklumat lain dengan segera, termasuk alamat e-mel dan nombor kad kredit serta tarikh luputnya, supaya kami boleh melengkapkan transaksi anda dan menghubungi anda seperti yang diperlukan berhubung dengan transaksi anda.


  5. KETERSEDIAAN PRODUK DAN KUANTITI DAN HAD PESANAN

    Harga produk dan ketersediaan adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa notis, tetapi anda sentiasa akan dicaj harga yang dipaparkan pada masa anda mengesahkan pesanan anda. Microsoft boleh menetapkan had pada kuantiti yang boleh dibeli dalam setiap pesanan, setiap akaun, setiap kad kredit, setiap orang, atau setiap isi rumah yang anda akan dimaklumkan di Tapak web atau sebelum kami menerima pesanan anda.


    Microsoft boleh menolak atau enggan menerima sebarang pesanan pada bila-bila masa, membayar balik anda sebarang wang yang anda telah bayar untuk pesanan, untuk sebab sah yang termasuk, tetapi tidak terhad kepada, jika anda tidak memenuhi syarat yang ditetapkan pada masa pesanan dibuat, jika bayaran anda tidak boleh diproses, jika produk atau perkhidmatan yang dipesan tidak tersedia atau untuk kesalahan nyata pada Tapak web atau yang dibuat berhubungan dengan pesanan anda. Jika anda tidak dapat membekalkan produk atau perkhidmatan yang anda pesan, kami akan menghubungi anda dan mungkin menawarkan anda produk alternatif untuk dipertimbangkan. Jika anda tidak memilih untuk membeli produk alternatif, kami akan membatalkan pesanan anda. Jika berlakunya ralat yang ketara pada Tapak web atau dibuat berhubungan dengan pesanan anda, kami mempunyai hak untuk memperbetulkan ralat dan mengecaj anda harga yang betul. Dalam situasi tersebut, kami akan menghubungi anda dan menawarkan anda opsyen membeli produk pada harga yang betul atau membatalkan pesanan anda.


    Melainkan tempoh penghantaran khusus dinyatakan pada masa anda membuat pesanan anda, produk atau perkhidmatan anda akan dihantar dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh pesanan anda. Kredit atau bayaran balik akan dibuat kepada kaedah pembayaran yang sama dan akaun yang sama yang digunakan untuk membuat pesanan.


  6. PEMBILIAN PERISIAN DAN TERMA LESEN

    Sebarang perisian yang disediakan untuk dimuat turun daripada Microsoft Store (“Perisian”) dan barang niaga lain (termasuk perkhidmatan) yang disediakan di Microsoft Store atau Perkhidmatan adalah kerja-kerja berhak cipta Microsoft dan/atau pembekal-pembekalnya. Apabila anda membeli Perisian, anda sebenarnya membeli lesen untuk menggunakan Perisian tersebut dan sebaliknya bukan Perisian itu sendiri. Lesen perisian yang dibeli daripada Microsoft Store tertakluk pada perjanjian lesen yang disertakan dengan produk Perisian tersebut (“Perjanjian Lesen”). Anda akan perlu bersetuju dengan terma dan syarat Perjanjian Lesen ini semasa anda memasang Perisian berkenaan.


    SILA HUBUNGI MICROSOFT STORE (SEPERTI YANG DITERANGKAN DALAM SEKSYEN NOTIS DAN KOMUNIKASI DI BAWAH) JIKA ANDA INGIN MENDAPATKAN SATU SALINAN PERJANJIAN LESEN YANG BERKENAAN, SECARA PERCUMA, SEBELUM ANDA MEMBUKA PERISIAN.


    Sebarang penghasilan semula atau pengedaran semula Perisian atau barangan niaga yang tidak menurut Perjanjian Lesen dan undang-undang berkenaan dilarang secara jelas oleh undang-undang dan boleh mengakibatkan hukuman sivil dan jenayah yang berat. Mereka yang melanggar berada dalam risiko didakwa sehingga takat maksimum yang mungkin.


    UNTUK KEMUDAHAN ANDA, MICROSOFT MUNGKIN MENYEDIAKAN SEBAHAGIAN DARIPADA MICROSOFT STORE ATAU PERKHIDMATAN, ATAU DALAM PERISIAN ATAU BARANGAN NIAGANYA, ALAT DAN UTILITI UNTUK DIGUNAKAN DAN/ATAU MUAT TURUN YANG BUKAN SEBAHAGIAN DARIPADA PRODUK ATAU PERKHIDMATAN YANG DIJUAL. SETAKAT YANG DIIZINKAN OLEH UNDANG-UNDANG BERKENAAN, MICROSOFT TIDAK MEMBUAT SEBARANG JAMINAN MENGENAI KETEPATAN HASIL ATAU OUTPUT YANG TERBIT DARIPADA PENGGUNAAN APA-APA ALAT ATAU UTILITI BERKENAAN.


    Sila hormati hak harta intelektual orang lain semasa menggunakan alatan dan utiliti yang dibuat pada Microsoft Store atau Perkhidmatan, atau dalam produk Perisian atau berangan niaga.


  7. MUAT TURUN PERISIAN ELEKTRONIK

    Produk yang dimuat turun Perisian Elektronik (“ESD”) dihantarkan kepada anda melalui pautan muat turun yang disediakan dalam akaun Microsoft anda (sebelum ini dikenali sebagai “Windows Live ID”) yang dikaitkan dengan pembelian produk anda. Tertakluk pada perenggan di bawah, kami akan menyimpan pautan muat turun dan kunci digital yang berkaitan dalam akaun Microsoft anda untuk tempoh tiga (3) tahun berikutan tarikh pembelian. Untuk produk langganan ESD, terma dan hak storan berlainan mungkin dikenakan, yang anda akan diminta untuk menyemak dan persetujui pada masa langganan anda.


    Anda bersetuju bahawa kami boleh membatalkan atau mengubahsuai program storan kunci digital kami pada bila-bila masa. Anda juga bersetuju bahawa kami boleh berhenti menyokong storan kunci untuk satu atau lebih produk pada bila-bila masa dan atas sebab yang sah, termasuk, melalui contoh, pada akhir kitaran hayat sokongan produk, yang selepasnya anda tidak lagi akan mendapat akses ke pautan muat turun atau kunci digital tersebut. Jika kami membatalkan atau mengubah suai program kami sehingga anda tidak lagi mempunyai akses kepada pautan muat turun atau kunci digital dalam akaun anda, kami akan memberi notis sekurang-kurangnya 90 hari lebih awal kepada anda dengan menggunakan maklumat hubungan bagi akaun Microsoft yang berkaitan.


  8. TERMA DAN SYARAT LAIN.

    Di samping Perisian dan produk ESD, produk dan perkhidmatan lain yang disediakan untuk pembelian atau percubaan di Microsoft Store mungkin juga ditawarkan kepada anda berdasarkan perjanjian lesen pengguna akhir, terma penggunaan, terma perkhidmatan dan terma dan syarat lain yang berasingan. Jika anda membeli atau menggunakan produk-produk tersebut, anda mungkin juga perlu menerima terma tersebut sebagai syarat pembelian, pemasangan atau penggunaan.


  9. PRODUK PEMBAHARUAN AUTOMATIK

    Jika pembaharuan automatik dibenarkan di negara, rantau, daerah atau negeri anda, anda boleh membeli langganan daripada kami yang diperbaharui secara automatik. Jika anda membeli produk langganan tersebut dan memberi kami kaedah pembayaran kepada Microsoft, anda (i) menjelaskan bahawa anda diizinkan untuk menggunakan kaedah pembayaran yang anda berikan dan sebarang maklumat pembayaran yang anda berikan adalah benar dan tepat; (ii) membenarkan Microsoft untuk mengecaj anda untuk perkhidmatan atau kandungan yang tersedia dengan menggunakan kaedah pembayaran anda; dan (iii) membenarkan Microsoft untuk mengecaj anda untuk sebarang ciri perkhidmatan berbayar yang anda pilih untuk daftar atau gunakan semasa perjanjian ini digunakan. Kami akan memaklumkan anda melalui e-mel sebelum memperbaharui sebarang produk langganan secara automatik. Sebaik sahaja kami memaklumkan anda bahawa langganan anda akan diperbaharui secara automatik, kami boleh memperbaharui perkhidmatan anda secara automatik dan mengenakan caj harga semasa kepada anda untuk syarat pembaharuan. Kami juga mengingatkan anda bahawa kami akan memberikan bil kaedah pembayaran yang anda pilih untuk pembaharuan perkhidmatan, sama ada ia pada fail pada tarikh pembaharuan atau diberikan kemudian. Kami juga memberikan arahan kepada anda mengenai cara anda boleh membatalkan perkhidmatan. Anda mesti membatalkan perkhidmatan sebelum tarikh pembaharuan untuk mengelakkan daripada diberi bil untuk pembaharuan.


  10. HARGA DAN PEMBAYARAN

    Harga produk Microsoft Store akan dinyatakan pada Tapak web. Jika kami ada lokasi runcit Microsoft Store di negara atau rantau anda, harga, pilihan produk dan promosi yang ditawarkan di Laman Web mungkin berbeza pada bila-bila masa daripada apa yang ditawarkan atau disediakan di lokasi runcit kami. Microsoft tidak menjamin bahawa harga, produk atau promosi yang ditawarkan dalam talian akan disediakan atau dihormati di sesebuah lokasi runcit. Microsoft tidak menjamin bahawa harga, produk atau promosi yang ditawarkan dalam talian akan disediakan atau dihormati di sesebuah lokasi runcit.


    Harga di Microsoft Store adalah berdasarkan jualan Perisian dan perkakasan kepada pengguna akhir individu. Jika anda membeli untuk organisasi komersil, pendidikan atau kerajaan, sila hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program pelesenan volum kami.


    Microsoft Store tidak mempunyai jaminan pemadanan harga. Ia tidak akan menawarkan harga yang sepadan dengan harga yang ditawarkan oleh peruncit lain bagi barangan yang sama.


    Kami mungkin menawarkan peluang untuk memesan lebih awal sesuatu produk daripada Laman Web kami sebelum ia disediakan untuk pembelian. Jika anda memilih untuk memesan lebih awal sesuatu produk, kami mungkin menahan jumlah berkenaan pada kad kredit anda pada masa pesanan tersebut. Kami walau bagaimanapun tidak akan mengecaj kad kredit anda sehingga tarikh produk tersebut tersedia kepada anda untuk dimuat turun atau kami menghantar produk itu kepada anda. Jika harga produk yang diiklankan berkurangan antara tarikh anda memesan lebih awal dengan tarikh produk tersedia untuk dimuat turun atau dihantar, kami akan mengenakan caj pada harga yang lebih rendah tersebut. Anda boleh membatalkan pesanan awal pada bila-bila masa sebelum produk itu dihantarkan atau disediakan untuk muat turun dengan menghubungi nombor sokongan pelanggan kami yang terdapat pada halaman Jualan dan Sokongan kami. Setelah pesanan awal anda dihantar atau disediakan untuk muat turun, dasar pulangan biasa kami akan berkuat kuasa. Kami akan menyatakan pada Tapak Web jika terma prapesanan yang berlainan digunakan pada produk tertentu.


    Harga yang dipaparkan pada Tapak Web mengecualikan semua cukai atau caj (“Cukai”) yang mungkin berkenaan bagi pembelian anda. Harga yang dipaparkan pada Laman Web juga tidak termasuk kos penghantaran. Cukai dan kos penghantaran akan ditambah pada jumlah pembelian anda dan dipaparkan pada halaman daftar pembayaran. Anda akan berpeluang menyemak semua cukai dan kos penghantaran yang berkenaan dengan pembelian anda sebelum anda mengesahkan pembelian anda. Setiap item dalam Kart Beli-belah anda dipaparkan pada harga item semasa.


    Produk yang ditawarkan pada Microsoft Store tidak mewakili tawaran mengikat oleh kami. Dengan mengklik “lengkapkan pembelian,” “hantar pesanan” atau butang yang sepadan untuk menghantar pesanan anda kepada kami, anda membuat tawaran mengikat berhubungan dengan semua produk dalam kart anda. Jika kami menerima pesanan anda, anda akan menerima e-mel pengesahan pembelian automatik. Kontrak pembelian dirangkumi oleh e-mel ini.


    Microsoft Store menawarkan pilihan pembayaran yang berbeza seperti yang dikenal pasti di Laman Web kami. Kami berhak untuk menukar pilihan pembayaran kami pada bila-bila masa dan untuk apa jua sebab. Jika tawaran dibuat dalam mata wang tempatan anda dan boleh dibayar dalam mata wang lain dengan kad kredit antarabangsa, harga akhir dalam mata wang anda bergantung pada kadar pertukaran asing, cukai dan yuran yang dikenakan oleh bank anda atau pengeluar kad kredit antarabangsa anda. Transaksi ini mungkin tertakluk pada cukai dan/atau yuran untuk transaksi antarabangsa yang tidak dicaj oleh Microsoft Store.


  11. DASAR PEMULANGAN

    Dasar pemulangan Microsoft Store dinyatakan di bawah. Dasar pemulangan disediakan sebagai tambahan kepada apa-apa hak pemulangan berkanun yang anda mungkin ada di bawah undang-undang.


    Anda boleh menarik diri daripada Kontrak ini tanpa memberikan alasan dalam masa empat belas (14) hari kalendar. Tempoh penarikan diri akan tamat tempoh selepas empat belas (14) hari dari:

    (i) Untuk produk dan perkhidmatan ESD, apabila produk disediakan untuk dimuat turun atau perkhidmatan bermula. Anda bersetuju bahawa kami boleh mula memberikan perkhidmatan atau produk ESD dengan serta-merta selepas pembelian; dan

    (ii) Untuk produk fizikal, penghantaran.


    Jika undang-undang berkenaan negara anda mengizinkan anda tempoh penarikan diri yang lebih panjang, tempoh tersebut akan digunakan.


    Untuk menggunakan hak penarikan diri anda, anda mesti memaklumkan kami keputusan anda sebelum tempoh menarik diri tamat. Sila hubungi kami di Jualan dan Sokongan untuk memaklumkan kami mengenai keputusan anda dan untuk memulakan proses pengembalian.


    Kami akan membayar balik amaun yang anda bayar untuk produk dan penghantarannya kepada anda jika anda menggunakan hak penarikan diri anda. Bayaran balik akan dibuat kepada kaedah pembayaran asal. Anda mesti mengembalikan produk berkaitan kepada kami tanpa kelewatan yang tidak wajar dan atas perbelanjaan anda sendiri.


    Sebagai syarat pengembalian dan setakat yang diizinkan oleh undang-undang, keperluan berikut digunakan. Semua produk hendaklah dipulangkan dengan penjagaan yang sewajarnya diambil (tidak boleh menunjukkan tanda-tanda haus atau kerosakan, dan hendaklah dalam keadaan yang membolehkan kami menjualnya semula). Semua perisian dan permainan video dalam kotak mesti dikembalikan dengan penutupnya tidak terusik. Untuk perkhidmatan, perkhidmatan tidak boleh dihantar atau digunakan oleh anda. Untuk produk ESD, kami juga mungkin memerlukan anda menandatangani surat elektronik mengenai pemusnahan sebagai syarat penarikan diri daripada kontrak ini.


    Kami mungkin melanjutkan tempoh hak penarikan diri semasa percutian atau tempoh lain. Jika tempoh pemulangan yang lebih lama diiklankan pada Tapak Web kami, tempoh yang diiklankan akan digunakan.


    Semua pemulangan hendaklah disertakan dengan resit atau resit hadiah asal, dokumentasi asal, manual arahan, pendaftaran, alat ganti dan komponen (termasuk kabel, kawalan dan aksesori) dan pembungkusan pengeluar. Tertakluk pada undang-undang berkenaan, kegagalan untuk menyertakan item sedemikian mungkin menghalang atau melewatkan bayaran balik kepada anda atau pertukaran atau mengakibatkan bayaran tambahan dan Microsoft mempunyai hak untuk menolak sebarang pengembalian atau pertukaran jika ia gagal memenuhi kriteria kami.


    PENGECUALIAN:


    • Item yang dipesan daripada Laman Web Microsoft tidak boleh dipulangkan kepada atau ditukar di lokasi runcit Microsoft Retail Store. Item yang dipesan daripada Laman Web Microsoft tidak boleh dipulangkan kepada atau ditukar di lokasi runcit Microsoft Retail Store.
    • Pilihan Naik Taraf dan Pulangan. Jika anda telah membeli item dengan Opsyen Naik Taraf, pulangan akan tertakluk pada tempoh penarikan balik empat belas (14) hari dan prosedur pulangan khas digunakan seperti berikut:
      • Jika anda memulangkan item sebelum naik taraf produk dikeluarkan, anda tidak akan menerima produk naik taraf.
      • Jika anda memulangkan item selepas naik taraf produk dikeluarkan, anda hendaklah memulangkan kedua-dua item dan produk naik taraf secara bersama-sama.
    • Apabila kami menawarkan promosi yang membolehkan anda menjimatkan wang dengan membeli gabungan produk secara bersama, semua produk yang dibeli sebagai sebahagian daripada promosi ini hendaklah dikembalikan untuk menerima pembayaran balik. Jika promosi ini merangkumi perkhidmatan yang anda sudah pun gunakan, nilai runcit penuh perkhidmatan ini akan ditolak daripada amaun pembayaran balik anda.
    • Tawaran tempoh percubaan. Jika anda mengambil bahagian dalam sebarang tawaran tempoh percubaan, anda mesti membatalkan perkhidmatan sebelum tamat tempoh perkhidmatan untuk mengelakkan caj baru, melainkan kami memaklumkan sebaliknya kepada anda. Jika anda tidak membatalkan perkhidmatan pada hujung tempoh percubaan, kami boleh mengenakan anda caj untuk perkhidmatan.

  12. KHIDMAT PELANGGAN

    Sila lawati halaman Jualan dan Sokongan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai opsyen khidmat pelanggan.


Terma yang Berkaitan dengan Penggunaan Microsoft Store oleh Anda dan juga Jualan Kepada Anda

  1. PEMPELBAGAIAN TERMA

    Terma Penggunaan dan Jualan yang berkuat kuasa semasa anda mengizinkannya akan mentadbir pembelian anda dan berfungsi sebagai kontrak pembelian antara kita. Sebelum pembelian anda yang seterusnya, Microsoft mungkin telah mengemas kini Terma Penggunaan dan Jualan pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada anda. Sila pastikan untuk menyemak Terma Penggunaan dan Jualan terkini setiap kali anda mengunjungi Microsoft Store. Kami menyarankan agar anda menyimpan atau mencetak salinan Terma Penggunaan dan Jualan ini bagi rujukan dan penggunaan anda pada masa hadapan berhubung dengan pembelian anda.


  2. HAD BAGI PENGGUNAAN OLEH INDIVIDU DI BAWAH UMUR

    Anda hendaklah cukup umur di daerah/wilayah tempat anda tinggal untuk membeli produk daripada Microsoft Store.


  3. PRIVASI DAN PERLINDUNGAN MAKLUMAT PERIBADI

    Maklumat mengenai anda dan sejarah pembelian anda dikendalikan menurut Pernyataan Privasi kami.


  4. PAPARAN DAN WARNA PRODUK

    Microsoft berusaha untuk memaparkan warna dan imej produk yang setepat mungkin. Monitor komputer yang berbeza memaparkan warna secara berbeza, walau bagaimanapun, kami tidak dapat menjamin bahawa warna yang anda lihat pada monitor anda akan betul-betul sepadan dengan warna produk berkenaan.


  5. RALAT PADA LAMAN

    Kami berusaha keras untuk menerbitkan maklumat secara tepat, mengemas kini Laman Web dengan kerap dan membetulkan ralat apabila ditemui. Walau bagaimanapun sebarang kandungan pada Laman Web kami mungkin tidak betul atau lapuk pada masa tertentu. Kami berhak untuk menukar Laman Web Microsoft Store pada bila-bila masa, termasuk harga, spesifikasi, tawaran dan ketersediaan produk.


  6. PENAMATAN PENGGUNAAN LAMAN

    Microsoft boleh menamatkan akaun anda atau menggunakan Tapak Web Microsoft Store pada bila-bila masa atas sebab-sebab yang sah, termasuk tanpa had, jika anda melanggar Terma Penggunaan dan Jualan ini atau jika Tapak Web tidak lagi dikendalikan oleh Microsoft. Dengan menggunakan Microsoft Store, anda bersetuju untuk bertanggungjawab terhadap sebarang pesanan yang anda buat atau caj yang anda tanggung sebelum penamatan sedemikian. Microsoft boleh menukar, menamatkan akaun atau sebaliknya menggantung Web Microsoft Store pada bila-bila masa dan untuk apa jua sebab, dan tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada anda. Jika perubahan, penamatan atau pergantungan sedemikian menjejaskan penggunaan Perkhidmatan atau/dan produk anda atau mengganggu pesanan anda, sila hubungi Microsoft Store.


  7. PENAFIAN DAN PENGEHADAN LIABILITI

    TERMA BAHAGIAN INI DIGUNAKAN SETAKAT YANG MAKSIMUM YANG DIIZINKAN OLEH UNDANG-UNDANG MANDATORI BERKENAAN. BAHAGIAN INI TIDAK BERHASRAT DAN TIDAK BERTINDAK UNTUK MENGEHADKAN LIABILITI KAMI SETAKAT YANG KAMI MUNGKIN BERTANGGUNGJAWAB KEPADA ANDA DI BAWAH UNDANG-UNDANG ATAU MENURUT SEBARANG HAK BERKANUN YANG BERKENAAN DENGAN ANDA.


    SEMUA PRODUK YANG DIJUAL DI MICROSOFT STORE ADALAH TERTAKLUK PADA SEBARANG JAMINAN BERKANUN DAN DI MANA BERKENAAN, HANYA DIJAMIN MENURUT TERMA SEBARANG PERJANJIAN LESEN ATAU JAMINAN PENGELUAR YANG DISERTAKAN DENGAN PRODUK.


    KECUALI DI MANA DIJAMIN SECARA NYATA DALAM PERJANJIAN LESEN ATAU DALAM SEBARANG JAMINAN PENGELUAR YANG MUNGKIN MENGIRINGI PRODUK, TIADA JAMINAN DIBERIKAN.


    MICROSOFT TIDAK MEMBUAT PERWAKILAN ATAU JAMINAN KHUSUS DAN TIDAK MEMBERI SEBARANG KEPASTIAN MENGENAI SEBARANG KEADAAN BERKENAAN DENGAN PRODUK, TERMASUK BERKENAAN KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU. MICROSOFT AKAN MENYEDIAKAN ANDA PERLINDUNGAN DAN FAEDAH SEBARANG UNDANG-UNDANG BERKENAAN ATAU JAMINAN BERKANUN YANG BERKENAAN DIGUNAKAN TERHADAP PRODUK ROSAK.


    MICROSOFT STORE DAN KANDUNGANNYA DISEDIAKAN ATAS DASAR “SEPERTI YANG ADA” DAN “SEPERTI YANG DISEDIAKAN”. MICROSOFT MAHUPUN PEMBEKALNYA TIDAK MEMBUAT SEBARANG PERWAKILAN ATAU MEMBERIKAN KEPASTIAN LAIN YANG TERKANDUNG SECARA NYATA DALAM INI BERHUBUNG DENGAN MICROSOFT STORE, TERMASUK TANPA HAD PENGGUNAAN MICROSOFT STORE OLEH ANDA ADALAH TANPA GANGGUAN DAN TANPA RALAT. KAMI TIDAK MENAFIKAN LIABILITI KAMI ATAU EJEN KAMI UNTUK PENIPUAN ATAU KECEDERAAN PERIBADI ATAU KEMATIAN YANG DISEBABKAN KECUAIAN.


  1. TERMA UNDANG-UNDANG AM
    1. Mentafsirkan Kontrak

      Jika, dalam mana-mana bidang kuasa, sebarang peruntukan Kontrak ini atau penggunaannya terhadap mana-mana pihak atau keadaan dihadkan, dilarang atau tidak boleh dikuatkuasakan, peruntukan tersebut hendaklah, bagi bidang kuasa tersebut, tidak berkesan tanpa mentaksahkan peruntukkan Kontrak ini yang selebihnya dan tidak menjejaskan kesahan dan kebolehkuatkuasaan peruntukan sedemikian di mana-mana bidang kuasa lain, tidak menjejaskan penguatkuasaannya ke atas pihak atau keadaan lain. Di mana mungkin, sebarang peruntukan ini hendaklah berkuat kuasa sepenuhnya seperti yang dibenarkan oleh undang-undang dan ditafsirkan dan digunakan pada tahap yang lebih rendah, di mana perlu, untuk ia menjadi sah. Terma lain mungkin berkenaan jika anda membeli produk atau perkhidmatan daripada laman web selain daripada laman web Microsoft.

    2. Penyerahan Hak

      Kami boleh menyerah hak, memindahkan atau sebaliknya melupuskan hak dan obligasi kami di bawah Kontrak ini, secara keseluruhan atau sebahagian, pada bila-bila masa tanpa memberi notis kepada anda. Anda tidak boleh menyerah hak kontrak ini atau memindahkan sebarang hak di bawah perjanjian ini.

    3. Tiada Benefisiari Pihak Ketiga.

      Kontrak ini adalah semata-mata untuk manfaat anda dan kami sahaja. Ia bukan untuk manfaat mana-mana orang lain, kecuali benarkan oleh pengganti dan penerima serah hak.

    4. Tuntutan

      Tuntutan mesti difailkan dalam tempoh masa yang diperlukan oleh undang-undang tempatan anda. Jika tuntutan anda tidak difailkan dalam tempoh yang ditetapkan, ia akan dihalang buat selama-lamanya.

    5. Notis dan Komunikasi

      Untuk pertanyaan sokongan pelanggan, sila lihat halaman Jualan dan Sokongan di Tapak web. Untuk pertikaian, sila hubungi kami di alamat yang disenaraikan di bahagian atas Terma Penggunaan dan Jualan.

    6. Undang-Undang yang Mentadbir.

      Undang-undang Singapura mentadbir Kontrak ini dan ia diterima pakai bagi tuntutan untuk pelanggarannya tanpa mengira prinsip percanggahan undang-undang. Semua tuntutan lain, termasuk tuntutan berhubung dengan pelanggaran kontrak, pelanggaran jaminan, undang-undang perlindungan pengguna, akan tertakluk pada undang-undang daerah/wilayah tempat anda tinggal semasa anda membeli produk atau perkhidmatan yang berkaitan. Sebarang pertikaian yang berbangkit daripada atau berhubung dengan Kontrak ini, termasuk sebarang persoalan mengenai kewujudan, kesahan, atau penamatan, akan dirujuk dan akhirnya diselesaikan melalui penimbangtaraan di Singapura menurut Peraturan Penimbangtaraan Pusat Penimbangtaraan Antarabangsa Singapura (SIAC), selagi ia berkuat kuasa, yang peraturannya disifatkan sebagai termasuk, melalui rujukan pada klausa ini. Tribunal ini akan terdiri daripada seorang penimbang tara yang dilantik oleh Pengerusi SIAC. Bahasa penimbangtaraan adalah Bahasa Inggeris. Keputusan penimbang tara adalah muktamad, mengikat dan tidak boleh dipertikaikan, dan boleh digunakan sebagai asas keputusan di mana-mana negara atau rantau.

  1. Notis

    Pemberitahuan pelanggaran hak cipta yang didakwa hendaklah dihantar kepada ejen Microsoft yang dilantik. Sila lihat Notis dan Prosedur untuk Membuat Tuntutan Pelanggaran Hak Cipta, untuk mendapatkan butiran dan maklumat hubungan, di: http://www.Microsoft.com/info/cpyrtInfrg.htm. PERTANYAAN YANG DISERAHKAN TETAPI TIDAK BERKAITAN DENGAN PROSEDUR INI TIDAK AKAN MENDAPAT BALASAN.


Notis hak cipta dan tanda dagangan


Semua kandungan Laman Web dan Perkhidmatan adalah Hak Cipta © 2014 Microsoft Corporation dan/atau pembekalnya, One Microsoft Way, Redmond, WA 98052, USA. Semua hak terpelihara. Kami atau pembekal kami memiliki hak, hak cipta, dan hak harta intelektual lain dalam Laman Web, Perkhidmatan dan kandungannya. Microsoft dan nama, logo, dan ikon semua produk dan perkhidmatan Microsoft mungkin sama ada tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Microsoft di Amerika Syarikat, Kanada dan/atau negara lain.


Satu senarai tanda dagangan Microsoft boleh didapati di:
http://www.Microsoft.com/about/legal/en/us/IntellectualProperty/Trademarks/EN-US.aspx. Nama syarikat dan produk sebenar mungkin adalah tanda dagang pemilik masing-masing. Sebarang hak yang tidak diberikan secara nyata dalam perjanjian ini adalah terpelihara.