Office

Office baharu sudah ada di sini

Aplikasi 2016 serba baharu kini boleh didapati dalam Office 365

Office 2016 untuk Rumah dan Pelajar

Mengapa Office 365?

Aplikasi dipasang sepenuhnya pada PC, Mac dan tablet • Penyimpanan awan tambahan • Sentiasa terkini

Beli Office 365

Sudah mempunyai Office 365?

Pastikan langganan anda terus berfungsi untuk anda.

Perbaharui sekarang Pasang kemas kini

Microsoft Office 2016

Sama ada anda sedang bekerja atau bermain, Microsoft sedia membantu. Kami adalah syarikat yang mencipta Microsoft Office, termasuk Office 365 Home, Office 365 Personal, Office Home & Student 2016, Office Home & Business 2016 dan Office Professional 2016. Anda juga boleh mendapat Office for Mac. Apa sahaja keperluan anda—sama ada profesional atau hanya untuk berseronok—kami ada semua yang anda mahu.

Kini, bawa Office bersama anda ke mana sahaja anda pergi, merentas semua peranti anda dengan Office 365. Langganan Office 365 memberikan anda akses ke versi terkini Word, Excel, PowerPoint, Outlook, OneNote dan lebih lagi pada PC, Mac, tablet atau telefon pintar anda. Anda juga mendapat penyimpanan awan OneDrive 1TB untuk foto, video dan dokumen anda, termasuk panggilan Skype selama 60 minit setiap bulan dan sokongan teknikal daripada pakar yang dilatih Microsoft tanpa bayaran tambahan.

Perisian berkuasa dalam Microsoft Office 2013 masih boleh didapati dalam Microsoft Office 2016, termasuk ciri dan pintasan untuk kerja yang anda paling kerap perlukan seperti membuat pembentangan dengan gaya profesional, menggunakan lembaran hamparan, atau pemprosesan kata. Oleh sebab Office 2016 membolehkan anda membuka, menyimpan, mengubah suai atau bekerjasama pada dokumen dalam awan, anda boleh memaksimumkan kecekapan dan membuat kerja yang hebat di mana sahaja, pada bila-bila masa. Microsoft Office adalah lebih berkuasa dan disertakan bersama sokongan yang lebih baik daripada perisian percuma, seperti Open Office atau Google Docs.

Jika anda mempunyai versi Office yang lebih awal, termasuk Office Home & Student 2013, Office Home & Business 2013, dan Office Professional 2013, sudah tiba masanya anda menaik taraf kepada Office 365 atau Office 2016. Lihat produk Microsoft Office kami dan temui penyelesaian terbaik untuk keperluan rumah dan perniagaan anda.

[1] Akaun Skype diperlukan. Tidak termasuk nombor khas, premium dan bukan geografi. Panggilan ke telefon adalah bagi negara tertentu sahaja. Minit Skype tersedia di negara tertentu. Lihat Soalan Lazim untuk butiran.