Office untuk Mac

Office yang Mac anda nantikan selama ini

Versi 2016 baharu Word, Excel, PowerPoint, dan banyak lagi kini tersedia untuk Mac anda

Mengapa Office 365?

Aplikasi terpasang penuh pada Mac dan iPad • Storan awan tambahan • Sentiasa terkini

Beli Office 365

Office yang dibuat khusus untuk Mac anda

Office 2016 baharu untuk Mac sememangnya Office, direka khusus untuk Mac termasuk sokongan paparan Retina.

Lakukan kerja terbaik anda

Lakukan lebih banyak di mana sahaja, pada bila-bila masa, dan dengan siapa sahaja. Disambung awan, dengan alat bina-dalam untuk berkongsi, menyemak semula, dan mengedit bersama dokumen, pembentangan, dan catatan.

Dapatkan kesemuanya dengan Office 365

Cara terbaik untuk mendapatkan Office untuk Mac ialah dengan Office 365. Pasang aplikasi Office 2016 baharu dalam 5 Mac atau PC dan 5 tablet, maksimum. Naik taraf sentiasa disertakan.

Beli Office 365

Sudah ada Office 365?

Office 2016 baharu untuk Mac disertakan bersama langganan anda

Gunakannya sekarang

Office for Mac

Lakukan kerja anda yang terbaik - di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa dan dengan sesiapa pun. Microsoft Office for Mac memberi anda versi Word, Excel, PowerPoint, Outlook dan OneNote yang baharu serta moden, yang direka bentuk dengan teliti untuk Mac.

Apabila anda membeli Office for Mac, anda akan mendapat kefungsian Office serta ciri unik Mac yang anda suka. Anda dapat mencipta dokumen yang kelihatan hebat dan menyelesaikan lebih banyak kerja dengan menggunakan Word, Excel, PowerPoint dan OneNote. Hasil daripada penyepaduan dengan OneDrive, anda boleh mencapai fail anda pada bila-bila masa anda memerlukannya. Selain itu, anda boleh menyambung kerja anda pada mana-mana peranti dengan perayauan fail terkini.

Di samping itu, Office for Mac memberi pengguna menu Reben yang direka bentuk semula, yang menyusun ciri dengan cara yang sama untuk Windows dan iPad. Ini memudahkan anda untuk mencari bahan yang anda perlukan dengan cepat. Anak tetingkap tugas baharu menjadikan kerja yang rumit seperti memformat imej dalam Word, mereka bentuk animasi dalam PowerPoint dan memasukkan formula dalam Excel amat mudah sekali. Dalam keadaan kerjasama adalah sangat penting, Microsoft Office for Mac juga memberi anda kemampuan untuk berkongsi dokumen, serta mengarang bersama dan menyambung komen (dalam Word dan PowerPoint) supaya anda boleh mengusahakan dokumen secara serentak dan mengadakan perbualan yang berguna bersebelahan dengan teks yang berkaitan.

Muat turun Microsoft Office for Mac tersedia sebagai pembelian sekali atau sebagai langganan Office 365 yang merangkumi Office 2016 for Mac yang baharu serta kemas kini terkini. Semak lalu pilihan muat turun anda dan dapatkan semua yang anda perlukan untuk bekerja sendiri, bekerjasama dengan rakan sejawat dan manfaatkan Mac anda sepenuhnya.

Ada soalan?