Office 365 Small Business Premium

  • Office 365 Small Business Premium
 

Office 365 Small Business Premium

RM469.99

Dapatkan nilai yang luar biasa dengan langganan 1 tahun Office 365 Small Business Premium untuk 5 PC atau Mac, serta 5 iPad atau tablet Windows bagi seorang pengguna1.
Dapatkan nilai yang luar biasa dengan langganan 1 tahun Office 365 Small Business Premium untuk 5 PC atau Mac, serta 5 iPad atau tablet Windows bagi seorang pengguna1.

 

 

Gambaran keseluruhan

Ciri-ciri paling menonjol


• Guna Office pada lebih banyak peranti: untuk 5 PC atau Mac, serta 5 iPad atau tablet Windows bagi seorang pengguna
• E-mel perniagaan dan kalendar berkongsi: 25GB peti mel dengan antivirus dan antispam
• Alat laman web syarikat: Cipta laman web dan berkongsi dokumen di web
• Persidangan video HD: Mesyuarat dalam talian dengan perkongsian atas meja, suara dan video
• Langganan tahunan: Termasuk versi yang dinaik taraf
• Persediaan mudah, tidak memerlukan kemahiran IT: Pentadbiran berasaskan web dipermudahkan
• Terbaik untuk perniagaan dengan 1-10 pekerja2

Kuasai perniagaan anda dengan alat dan perkhidmatan yang terbaik bagi semua pengguna anda2

Word Word
  • Dalam Mod Bacaan yang baharu, teks dialirkan semula secara automatik ke dalam lajur bagi memastikan pembacaan lebih mudah pada skrin
  • Menu yang berkurangan bererti tumpuan yang lebih diberi pada kandungan anda—lihat hanya alat yang anda perlu sahaja, apabila anda memerlukannya
  • Buka PDF dalam Word, dan edit kandungan seolah-olah anda menciptanya dalam Word
  • Pamerkan gaya anda dengan menggunakan templat Word dalam lebih 40 kategori
Excel Excel
  • Setiap buku kerja mempunyai tetingkapnya sendiri, sekali gus memudahkan kerja pada dua buku kerja- atau dua monitor- serentak
  • Beberapa fungsi baharu dalam kategori fungsi matematik dan trigonometri, statistik, kejuruteraan, tarikh dan masa, carian dan rujukan, logik dan teks
  • Butang Carta yang Disyorkan baharu membolehkan anda memilih carta yang tepat daripada pelbagai pilihan bagi data anda
PowerPoint PowerPoint
  • Paparan Pembentang membolehkan anda melihat nota anda pada monitor manakala penonton cuma melihat slaid sahaja
  • Panduan Pintar muncul secara automatik apabila objek anda, seperti gambar, bentuk dan banyak lagi, hampir sama jaraknya, dan ia juga memberitahu anda apabila objek anda mempunyai jarak yang seragam
  • Sokongan bagi lebih banyak format multimedia, seperti .mp4 dan .mov, lebih banyak kandungan berdefinisi tinggi, dan lebih banyak codec yang siap terbina dalam
OneNote OneNote
  • Melukis, memadam dan mengedit dengan lancar menggunakan jari, stilus atau tetikus pada apa sahaja peranti yang didayakan sentuhan
  • OneNote menukar tulisan anda secara automatik kepada teks, anda tidak perlu bimbang mengenai tulisan anda
  • Alat Hantar ke OneNote yang baharu memudahkan usaha memasukkan dokumen ke halaman Web dalam buku nota anda
Outlook Outlook
  • Kad Kenalan mengumpul butir-butir penting mengenai seseorang kenalan di satu tempat
  • Tambah ramalan cuaca tempatan anda terus ke dalam paparan Kalendar, beserta keadaan semasa
  • Terima e-mel berdasarkan push, janji temu, dan kenalan daripada Outlook.com, (dahulunya Hotmail) - terus dalam pengalaman Outlook anda
Publisher Publisher
  • Masukkan dan peribadikan blok binaan bahagian halaman yang dibina terlebih dahulu, termasuk kalendar, sempadan, iklan dan banyak lagi
  • Guna kesan yang kelihatan profesional termasuk bayang yang lebih samar, pantulan dan ciri OpenType
  • Cari album dalam talian di Facebook, Flickr dan perkhidmatan lain, serta tambah gambar terus ke dokumen anda
Access Access
  • Hanya taip apa yang anda perlu jejaki dan Access menggunakan templat jadual untuk menyampaikan aplikasi yang melaksanakan tugas tersebut
  • Rangka kerja aplikasi yang terpiawai memudahkan anda menavigasi aplikasi seolah-olah anda sudah biasa.
  • Memasukkan data dengan tepat amat mudah dengan menu juntai bawah dan saranan yang tertera apabila anda mula menaip

Ciri yang dipertingkat

Office 365 Small Business Premium direka untuk membantu anda menghasilkan dan berkomunikasi lebih pantas, dengan ciri yang menjimatkan masa dan penampilan yang kemas dan moden merentas semua program anda. Di samping itu, simpan dokumen anda dalam talian dalam OneDrive untuk dicapai dari hampir di mana sahaja.



Nikmati Office pada desktop dan ketika dalam perjalanan


Guna Office pada lebih peranti. Guna aplikasi Office pada lebih banyak peranti daripada sebelumnya, termasuk PC, Mac dan tablet Windows.
Lakukan lebih dengan Office atas Permintaan. Jauh dari PC anda? Strim versi penuh Office pada mana-mana PC yang menggunakan Windows 7 atau Windows 8 yang disambungkan ke Internet.
Pastikan anda sentiasa terhubung dengan tugas anda. Pastikan anda mendapat versi terkini apabila semua orang menukar satu dokumen yang sama, meskipun perubahan dibuat pada masa yang sama.


Sempurnakan urusan IT yang besar—tidak memerlukan sebarang kepakaran


• Guna, urus dan kawal keselamatan Office 365 dengan konsol pentadbiran berasaskan web yang mudah digunakan, perlindungan malware dan spam daripada peneraju industri dan jaminan fungsi 99.9% yang disokong kewangan.
• Pasang dan guna Office dengan segera. Sediakan pengguna dengan hanya beberapa saat sahaja.
• Dapatkan kemas kini secara automatik. Sentiasa pastikan anda mempunyai alat terkini, tanpa gangguan atau penangguhan kerja.
• Urus segala-galanya secara mudah. Tadbir akaun e-mel dengan mudah dan tetapkan peraturan perkongsian dokumen dan peraturan capaian lain dari mana-mana sahaja.


Pastikan anda tampil profesional seperti yang sewajarnya


• Reka bentuk bahan pemasaran yang disesuaikan. Pastikan dokumen anda sesuai dengan jenama dan pelanggan anda dan membuat khalayak sasaran kagum.
• Pasarkan perniagaan anda menerusi laman web. Mantapkan kehadiran anda di web menerusi laman yang mudah disediakan dan dikemas kini, tanpa bayaran pengehosan.
• Kendalikan mesyuarat dalam talian yang mengagumkan. Temui pelanggan dan rakan kongsi dalam talian dengan persidangan video HD dan perkongsian skrin

Keperluan sistem

Keperluan Pelayar
Microsoft Internet Explorer 8, 9, atau 10;
Mozilla Firefox 10.x atau versi lebih terkini; Apple Safari 5; atau Google Chrome 17.x
Keperluan Paparan
Pemecutan perkakasan grafik memerlukan kad grafik DirectX10 dengan resolusi minimum 1024 x 576
Keperluan Ruang Cakera Keras
3.0 GB yang sedia ada
Keperluan Memori
1 GB RAM (32 bit);
2 GB RAM (64 bit)
Keperluan Sistem Operasi
Windows 8, Windows 7, Windows Server 2008 R2 atau Windows Server 2012;
Mac: OS X v. 10.6
Keperluan Pemproses
1 gigahertz (Ghz) atau lebih pantas pemproses x86- atau pemproses x64-bit dengan set arahan SSE2
Keperluan Perisian
.NET versi 3.5, 4.0 atau 4.5
Keperluan Sistem Lain
Sesetengah fungsi mungkin berbeza, dari sudut konfigurasi sistem.
Sesetengah ciri mungkin memerlukan perkakasan tambahan atau lanjutan atau kesambungan pelayan.

Perhatian:  Keperluan sistem dibulatkan kepada 0.5 GB yang paling hampir, agar konservatif. Contohnya, jika kami mendapati bahawa sesuatu aplikasi memerlukan ruang cakera keras sebesar 1.99 GB, kami menyarankan ruang cakera sebanyak 2.5 GB. Kami sengaja menetapkan keperluan sistem cakera keras yang lebih besar berbanding ruang cakera sebenar yang diperlukan oleh perisian ini.

Pemproses grafik membantu meningkatkan prestasi ciri tertentu, seperti melukis jadual dalam Excel 2013 atau peralihan, animasi, dan integrasi video dalam PowerPoint 2013. Penggunaan pemproses grafik dengan Office 2013 memerlukan pemproses grafik akur Microsoft DirectX 10 yang mempunyai memori video sebesar 64 MB.

Keperluan Sistem Tambahan
Multi-sentuh: Peranti didaya sentuhan diperlukan untuk menggunakan mana-mana fungsi multi-sentuh.
Walau bagaimanapun, semua ciri dan fungsi sentiasa tersedia melalui penggunaan papan kekunci, tetikus atau peranti input standard atau boleh capai lain. Ambil perhatian bahawa ciri sentuhan baharu dioptimumkan untuk penggunaan dengan Windows 8.