Outlook 2013

Outlook 2013

 

Outlook 2013

Outlook 2013

RM430.00

RM430.00

Outlook 2013 membolehkan anda memberi tumpuan pada perkara yang penting dengan memberi paparan e-mel, kalendar dan kenalan yang jelas.
Outlook 2013 membolehkan anda memberi tumpuan pada perkara yang penting dengan memberi paparan e-mel, kalendar dan kenalan yang jelas.
Outlook 2013 membolehkan anda memberi tumpuan pada perkara yang penting dengan memberi paparan e-mel, kalendar dan kenalan yang jelas.
Outlook 2013 membolehkan anda memberi tumpuan pada perkara yang penting dengan memberi paparan e-mel, kalendar dan kenalan yang jelas.

 

 

Gambaran keseluruhan

Outlook 2013 mempunyai penampilan yang serba baharu. Ia lebih kemas. Ia direka untuk membantu anda memberi tumpuan pada perkara yang penting dengan memberi paparan e-mel, kalendar dan kenalan yang jelas. Anda akan dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan melalui perhubungan secara lebih cekap dengan orang lain.

Anda akan dapat mengendalikan mesej dengan lebih baik, kerana anda melihat segala-galanya yang anda perlu tahu sekali imbas. Pratonton mesej dalam senarai mesej supaya anda tahu mana yang perlu dibaca dan memerlukan tindakan terlebih dahulu. Jawab dengan satu klik sahaja—anda boleh menaip balasan secara terus dari dalam anak tetingkap baca. Letakkan bendera, hapus atau tandakan mesej sebagai telah baca atau belum baca dalam anak tetingkap mesej di sebelah kanan supaya anda boleh meneruskan tugas sepantas yang anda perlu tanpa perlu dibebankan untuk membuka mesej individu.

  • Kad Kenalan mengumpul butir-butir penting mengenai seseorang kenalan di satu tempat: telefon, e-mel, alamat, maklumat syarikat, maklumat terkini media sosial, bahkan sama ada individu tersebut sedia ada untuk dihubungi atau tidak. Daripada kad ini, anda boleh menjadualkan mesyuarat, menghantar mesej segera, atau membuat panggilan kepada mereka, ibarat ia sebuah gedung komunikasi sehenti.
  • Kalendar anda boleh memberi lebih banyak maklumat dan bukan sekadar waktu janji temu anda yang seterusnya sahaja. Anda boleh menambah ramalan cuaca tempatan anda terus ke dalam paparan Kalendar, beserta keadaan semasa.
  • Menerima e-mel berdasarkan push, janji temu dan kenalan daripada Outlook.com (dahulunya Hotmail) - kesemuanya dihantar dengan mudah terus ke dalam pengalaman Outlook anda.
  • Bar navigasi mempercepatkan komunikasi. Gunakannya untuk membuka e-mel, kalendar, kenalan dan tugas anda dengan pantas. Segala-galanya yang anda perlukan berada di sana.
  • Ikuti perkembangan terkini. Dapatkan kemas kinian terkini secara automatik daripada orang dalam rangkaian sosial yang anda paling harapkan—LinkedIn, Facebook dan yang lain.
  • Dengan hanya satu klik, lihat segera apa yang ada pada kalendar anda hari ini, minggu depan atau bulan depan. Pilih daripada beberapa cara intuitif untuk menapis, mengatur dan bekerja dengan e-mel anda.

Keperluan sistem

Pemproses yang Diperlukan
Pemproses x86- atau x64-bit 1 gigahertz (Ghz) atau lebih pantas dengan set arahan SSE2
Sistem Pengendalian yang Diperlukan
Windows 8, Windows 7, Windows Server 2008 R2, atau Windows Server 2012
Memori yang Diperlukan
1 GB RAM (32 bit); 2 GB RAM (64 bit)
Ruang Cakera Keras yang Diperlukan
3.0 GB tersedia
Paparan yang Diperlukan
Pemecutan perkakasan grafik memerlukan kad grafik DirectX10 dan resolusi 1024 x 576
.NET versi
3.5, 4.0, atau 4.5
 
Paparan yang Diperlukan
Microsoft Internet Explorer 8, 9, atau 10; Mozilla Firefox 10.x atau versi lebih terkini; Apple Safari 5; atau Google Chrome 17.x.
Multi-sentuh
Peranti didaya sentuhan diperlukan untuk menggunakan mana-mana fungsi multi-sentuh. Walau bagaimanapun, semua ciri dan fungsi sentiasa tersedia melalui penggunaan papan kekunci, tetikus, atau peranti input standard atau boleh capai lain. Ambil perhatian bahawa ciri sentuhan baharu dioptimumkan untuk penggunaan dengan Windows 8.
 
Keperluan tambahan dan pertimbangan
Sesetengah fungsi mungkin berbeza, dari sudut konfigurasi sistem. Sesetengah ciri mungkin memerlukan perkakasan tambahan atau lanjutan atau kesambungan pelayan.

Carian Segera memerlukan Windows Search 4.0.

Pastikan Outlook 2013 disambungkan ke versi Exchange yang disokong: Exchange 2007, Exchange 2010, atau Exchange Server 2013. Outlook 2013 tidak disokong pada Exchange 2003.

Sesetengah ciri memerlukan Exchange Server 2013 dan Lync Server 2013.

Untuk mendapatkan senarai beberapa ciri Outlook 2013 yang baharu yang didayakan dengan Microsoft Exchange Server 2013, lihat Perkara baharu dalam Outlook 2013.

Office Communicator 2007 R2, Microsoft Lync 2010 dan Lync 2013 disokong dengan Outlook 2013. Office Communicator 2005 dan Office Communicator 2007 tidak disokong.

Ciri pendakwatan tertentu memerlukan Windows 7 atau Windows 8.

Fungsi pengecaman pertuturan memerlukan mikrofon jarak dekat dan peranti output audio. Ciri Pengurusan Hak Maklumat memerlukan capaian kepada komputer yang menjalankan Windows Server 2003 dengan SP1, Windows Server 2008, Windows Server 2008 R2 atau Windows Server 2012 dan Perkhidmatan Pengurusan Hak Windows.



Kalendar dinamik memerlukan kesalinghubungan pelayan.

Perhatian:  Keperluan sistem dibulatkan kepada 0.5 GB yang paling hampir, agar konservatif. Contohnya, jika kami mendapati bahawa sesuatu aplikasi memerlukan ruang cakera keras sebesar 1.99 GB, kami menyarankan ruang cakera sebanyak 2.5 GB. Kami sengaja menetapkan keperluan sistem cakera keras yang lebih besar berbanding ruang cakera sebenar yang diperlukan oleh perisian ini.

Pemproses grafik membantu meningkatkan prestasi ciri tertentu, seperti melukis jadual dalam Excel 2013 atau peralihan, animasi, dan integrasi video dalam PowerPoint 2013. Penggunaan pemproses grafik dengan Office 2013 memerlukan pemproses grafik akur Microsoft DirectX 10 yang mempunyai memori video sebesar 64 MB. Pemproses ini disediakan secara meluas dalam 2007. Kebanyakan komputer yang disediakan hari ini merangkumi pemproses grafik yang memenuhi atau melebihi standard ini. Walau bagaimanapun, jika anda atau pengguna anda tidak menggunakan pemproses grafik, anda masih boleh menjalankan Office 2013.