PowerPoint 2013 Bukan Komersil

PowerPoint 2013 Bukan Komersil

 

PowerPoint 2013 Bukan Komersil

PowerPoint 2013 Bukan Komersil

RM220.00

RM220.00

PowerPoint 2013 menjadikan pembentangan profesional tampil lebih kemas dan direka bentuk untuk digunakan pada tablet dan telefon.
PowerPoint 2013 menjadikan pembentangan profesional tampil lebih kemas dan direka bentuk untuk digunakan pada tablet dan telefon.
PowerPoint 2013 menjadikan pembentangan profesional tampil lebih kemas dan direka bentuk untuk digunakan pada tablet dan telefon.
PowerPoint 2013 menjadikan pembentangan profesional tampil lebih kemas dan direka bentuk untuk digunakan pada tablet dan telefon.

 

 

PowerPoint 2013 mempunyai penampilan yang serba baharu. Ia lebih kemas dan disediakan bagi penggunaan dengan tablet, supaya anda boleh leret dan ketik sepanjang pembentangan anda.



Peribadikan, Mudah Alihkan
  • Paparan Pembentang membolehkan anda melihat nota anda pada monitor manakala penonton cuma melihat slaid sahaja. Ia secara automatik mengadaptasi dengan persediaan tayangan projektor anda, bahkan anda boleh menggunakannya pada satu monitor tunggal sahaja.
  • Tema kini didatangkan dengan satu set variasi, seperti palet warna dan keluarga fon yang berlainan. Dan, PowerPoint 2013 menyediakan tema skrin lebar baharu beserta tema saiz standard. Pilih tema dan varian daripada skrin mula atau daripada tab Reka Bentuk.
  • Kini anda ada beberapa cara untuk berkongsi sesebuah pembentangan PowerPoint menerusi Web. Anda boleh menghantar pautan ke slaid-slaid ini, atau memulakan mesyuarat Lync sepenuhnya yang memaparkan dek slaid ini dengan audio dan IM. Para penonton boleh menyertai anda dari mana-mana sahaja, atau sebarang peranti dengan menggunakan Lync atau Perkhidmatan Pembentangan Office


  • Tidak perlu lagi melihat objek pada slaid anda dengan teliti untuk memastikan ia tersusun dengan rapi. Panduan Pintar secara automatik muncul apabila objek anda, seperti gambar, bentuk dan banyak lagi, hampir sama jaraknya, dan ia juga memberitahu anda apabila objek anda mempunyai jarak yang seragam.
  • PowerPoint kini menyokong lebih banyak format multimedia, seperti .mp4 dan .mov dengan video H.264 dan audio Pengekodan Audio Lanjutan (AAC), serta lebih banyak kandungan berdefinisi tinggi. PowerPoint 2013 merangkumi lebih banyak codec sudah siap terbina di dalamnya supaya anda tidak perlu lagi memasangnya bagi memastikan format fail tentu boleh berfungsi
Windows 7 Home Premium
Pemproses yang Diperlukan
Pemproses x86- atau x64-bit 1 gigahertz (Ghz) atau lebih pantas dengan set arahan SSE2
Sistem Pengendalian yang Diperlukan
Windows 8, Windows 7, Windows Server 2008 R2, atau Windows Server 2012
Memori yang Diperlukan
1 GB RAM (32 bit); 2 GB RAM (64 bit)
Ruang Cakera Keras yang Diperlukan
3.0 GB tersedia
Paparan yang Diperlukan
Pemecutan perkakasan grafik memerlukan kad grafik DirectX10 dan resolusi 1024 x 576
.NET versi
3.5, 4.0, atau 4.5
 
Paparan yang Diperlukan
Microsoft Internet Explorer 8, 9, atau 10; Mozilla Firefox 10.x atau versi lebih terkini; Apple Safari 5; atau Google Chrome 17.x.
Multi-sentuh
Peranti didaya sentuhan diperlukan untuk menggunakan mana-mana fungsi multi-sentuh. Walau bagaimanapun, semua ciri dan fungsi sentiasa tersedia melalui penggunaan papan kekunci, tetikus, atau peranti input standard atau boleh capai lain. Ambil perhatian bahawa ciri sentuhan baharu dioptimumkan untuk penggunaan dengan Windows 8.
 
Keperluan tambahan dan pertimbangan
Sesetengah fungsi mungkin berbeza, dari sudut konfigurasi sistem. Sesetengah ciri mungkin memerlukan perkakasan tambahan atau lanjutan atau kesambungan pelayan.

Perhatian: Keperluan sistem dibulatkan kepada 0.5 GB yang paling hampir, agar konservatif. Contohnya, jika kami mendapati bahawa sesuatu aplikasi memerlukan ruang cakera keras sebesar 1.99 GB, kami menyarankan ruang cakera sebanyak 2.5 GB. Kami sengaja menetapkan keperluan sistem cakera keras yang lebih besar berbanding ruang cakera sebenar yang diperlukan oleh perisian ini.

Pemproses grafik membantu meningkatkan prestasi ciri tertentu, seperti melukis jadual dalam Excel 2013 atau peralihan, animasi, dan integrasi video dalam PowerPoint 2013. Penggunaan pemproses grafik dengan Office 2013 memerlukan pemproses grafik akur Microsoft DirectX 10 yang mempunyai memori video sebesar 64 MB. Pemproses ini disediakan secara meluas dalam 2007. Kebanyakan komputer yang disediakan hari ini merangkumi pemproses grafik yang memenuhi atau melebihi standard ini. Walau bagaimanapun, jika anda atau pengguna anda tidak menggunakan pemproses grafik, anda masih boleh menjalankan Office 2013.