Outlook 2013

Outlook 2013

 

Outlook 2013

Outlook 2013

$109.99

$109.99

Outlook 2013 membolehkan anda memberi tumpuan pada perkara yang penting dengan memberi paparan e-mel, kalendar dan kenalan yang jelas.
Outlook 2013 membolehkan anda memberi tumpuan pada perkara yang penting dengan memberi paparan e-mel, kalendar dan kenalan yang jelas.

Kuantiti:

Kuantiti:

Outlook 2013 membolehkan anda memberi tumpuan pada perkara yang penting dengan memberi paparan e-mel, kalendar dan kenalan yang jelas.
Outlook 2013 membolehkan anda memberi tumpuan pada perkara yang penting dengan memberi paparan e-mel, kalendar dan kenalan yang jelas.

 

 

Gambaran keseluruhan

Outlook 2013 mempunyai penampilan yang serba baharu. Ia lebih kemas. Ia direka untuk membantu anda memberi tumpuan pada perkara yang penting dengan memberi paparan e-mel, kalendar dan kenalan yang jelas. Anda akan dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan melalui perhubungan secara lebih cekap dengan orang lain.

Anda akan dapat mengendalikan mesej dengan lebih baik, kerana anda melihat segala-galanya yang anda perlu tahu sekali imbas. Pratonton mesej dalam senarai mesej supaya anda tahu mana yang perlu dibaca dan memerlukan tindakan terlebih dahulu. Jawab dengan satu klik sahaja—anda boleh menaip balasan secara terus dari dalam anak tetingkap baca. Letakkan bendera, hapus atau tandakan mesej sebagai telah baca atau belum baca dalam anak tetingkap mesej di sebelah kanan supaya anda boleh meneruskan tugas sepantas yang anda perlu tanpa perlu dibebankan untuk membuka mesej individu.

  • Kad Kenalan mengumpul butir-butir penting mengenai seseorang kenalan di satu tempat: telefon, e-mel, alamat, maklumat syarikat, maklumat terkini media sosial, bahkan sama ada individu tersebut sedia ada untuk dihubungi atau tidak. Daripada kad ini, anda boleh menjadualkan mesyuarat, menghantar mesej segera, atau membuat panggilan kepada mereka, ibarat ia sebuah gedung komunikasi sehenti.
  • Kalendar anda boleh memberi lebih banyak maklumat dan bukan sekadar waktu janji temu anda yang seterusnya sahaja. Anda boleh menambah ramalan cuaca tempatan anda terus ke dalam paparan Kalendar, beserta keadaan semasa.
  • Menerima e-mel berdasarkan push, janji temu dan kenalan daripada Outlook.com (dahulunya Hotmail) - kesemuanya dihantar dengan mudah terus ke dalam pengalaman Outlook anda.
  • Bar navigasi mempercepatkan komunikasi. Gunakannya untuk membuka e-mel, kalendar, kenalan dan tugas anda dengan pantas. Segala-galanya yang anda perlukan berada di sana.
  • Ikuti perkembangan terkini. Dapatkan kemas kinian terkini secara automatik daripada orang dalam rangkaian sosial yang anda paling harapkan—LinkedIn, Facebook dan yang lain.
  • Dengan hanya satu klik, lihat segera apa yang ada pada kalendar anda hari ini, minggu depan atau bulan depan. Pilih daripada beberapa cara intuitif untuk menapis, mengatur dan bekerja dengan e-mel anda.

Keperluan sistem

Pemproses yang Diperlukan
Pemproses x86-atau x64-bit 1 gigahertz (Ghz) atau lebih pantas dengan set arahan SSE2
Sistem Pengendalian yang Diperlukan
Windows 8, Windows 7, Windows Server 2008 R2, atau Windows Server2012
Memori yang Diperlukan
1GB RAM (32 bit); 2 GB RAM (64 bit)
Ruang CakeraKeras yang Diperlukan
3.0 GB tersedia
Paparan yang Diperlukan
Pemecutan perkakasan grafikmemerlukan kad grafik DirectX10 dan resolusi 1024 x 576
.NET versi
3.5, 4.0, atau 4.5
 
Paparan yang Diperlukan
Microsoft InternetExplorer 8, 9, atau 10; Mozilla Firefox 10.x atau versi lebih terkini;Apple Safari 5; atau Google Chrome 17.x.

Multi-sentuh
Peranti didaya sentuhan diperlukan untuk menggunakan mana-mana fungsimulti-sentuh. Walau bagaimanapun, semua ciri dan fungsi sentiasa tersediamelalui penggunaan papan kekunci, tetikus, atau peranti input standardatau boleh capai lain. Ambil perhatian bahawa ciri sentuhan baharu dioptimumkanuntuk penggunaan dengan Windows 8.
 
Keperluan tambahan dan pertimbangan
Sesetengahfungsi mungkin berbeza, dari sudut konfigurasi sistem. Sesetengah cirimungkin memerlukan perkakasan tambahan atau lanjutan atau kesambunganpelayan.

Akaun Microsoft diperlukan.

Perhatian: Keperluan sistem dibulatkankepada 0.5 GB yang paling hampir, agar konservatif. Contohnya, jikakami mendapati bahawa sesuatu aplikasi memerlukan ruang cakera kerassebesar 1.99 GB, kami menyarankan ruang cakera sebanyak 2.5 GB. Kamisengaja menetapkan keperluan sistem cakera keras yang lebih besar berbandingruang cakera sebenar yang diperlukan oleh perisian ini.

Pemprosesgrafik membantu meningkatkan prestasi ciri tertentu, seperti melukisjadual dalam Excel 2013 atau peralihan, animasi, dan integrasi videodalam PowerPoint 2013. Penggunaan pemproses grafik dengan Office 2013memerlukan pemproses grafik akur Microsoft DirectX 10 yang mempunyaimemori video sebesar 64 MB. Pemproses ini disediakan secara meluas dalam2007. Kebanyakan komputer yang disediakan hari ini merangkumi pemprosesgrafik yang memenuhi atau melebihi standard ini. Walau bagaimanapun,jika anda atau pengguna anda tidak menggunakan pemproses grafik, andamasih boleh menjalankan Office 2013.