Office Profesional 2013
Office Profesional 2013
Bekerja dengan lebih bijak dengan menggunakan alat profesional dan capaian dalam talian ke dokumen-dokumen anda.
Suite ini termasuk yang berikut:
Perincian
GAMBARAN KESELURUHAN
Ciri-ciri paling menonjol
- Office bagi 1 PC untuk kegunaan perniagaan
- Simpan dokumen anda dalam talian dengan SkyDrive.
- Capai, edit, dan kongsi dokumen anda pada peranti yang disambungkan ke Internet dengan menggunakan Aplikasi Web Office Percuma1
Evolusi piawaian profesional telah berlaku. Naik taraf ke program Office yang terkini bagi perniagaan yang sedang berkembang maju.
Word
| |
Excel
| |
PowerPoint
| |
OneNote
| |
Outlook
| |
Publisher
| |
Access
|
CIRI YANG DIPERTINGKAT
Office Professional 2013 direka untuk membantu anda menghasilkan dan berkomunikasi lebih pantas, dengan ciri yang menjimatkan masa dan penampilan yang kemas dan moden merentas semua program anda. Di samping itu, simpan dokumen anda dalam talian dalam SkyDrive untuk dicapai dari hampir di mana jua.
Bekerja dengan lebih bijak menggunakan Office Professional 2013
- Capai, edit dan kongsi dokumen anda pada mana-mana peranti yang disambungkan ke Internet dengan menggunakan Aplikasi Web Office Percuma1
- Lengkapkan diri anda dengan pelbagai kemudahan e-mel, penjadualan dan senarai tugas yang lengkap dalam Outlook
- Lihat butir-butir janji temu, e-mel atau kenalan secara sekali imbas dalam Outlook, tanpa perlu beralih skrin
Tukar idea menjadi dokumen yang indah
- Jimatkan masa dari skrin Mula dalam Word dan guna templat yang kelihatan hebat.
- Antara muka yang diperkemas membantu anda melihat kerja anda dengan jelas.
- Rakam idea anda menggunakan sentuhan, pen atau papan kekunci.
- Seret dan lepas gambar, video dan media dalam talian ke dalam projek anda.
- Tarik kandungan daripada PDF terus ke dalam Word.
- Hasilkan pembentangan PowerPoint yang menonjol dengan templat skrin lebar yang baharu dan tema yang pelbagai.
KEPERLUAN SISTEM
Pemproses yang Diperlukan
Pemproses x86- atau x64-bit 1 gigahertz (Ghz) atau lebih pantas dengan set arahan SSE2
Sistem Pengendalian yang Diperlukan
Windows 8, Windows 7, Windows Server 2008 R2, atau Windows Server 2012
Memori yang Diperlukan
1 GB RAM (32 bit); 2 GB RAM (64 bit)
Ruang Cakera Keras yang Diperlukan
3.0 GB tersedia
Paparan yang Diperlukan
Pemecutan perkakasan grafik memerlukan kad grafik DirectX10 dan resolusi 1024 x 576
.NET versi
3.5, 4.0, atau 4.5

Microsoft Internet Explorer 8, 9, atau 10; Mozilla Firefox 10.x atau versi lebih terkini; Apple Safari 5; atau Google Chrome 17.x.
Multi-sentuh
Peranti didaya sentuhan diperlukan untuk menggunakan mana-mana fungsi multi-sentuh. Walau bagaimanapun, semua ciri dan fungsi sentiasa tersedia melalui penggunaan papan kekunci, tetikus, atau peranti input standard atau boleh capai lain. Ambil perhatian bahawa ciri sentuhan baharu dioptimumkan untuk penggunaan dengan Windows 8.

Keperluan tambahan dan pertimbangan
Sesetengah fungsi mungkin berbeza, dari sudut konfigurasi sistem. Sesetengah ciri mungkin memerlukan perkakasan tambahan atau lanjutan atau kesambungan pelayan.
Perhatian: Keperluan sistem dibulatkan kepada 0.5 GB yang paling hampir, agar konservatif. Contohnya, jika kami mendapati bahawa sesuatu aplikasi memerlukan ruang cakera keras sebesar 1.99 GB, kami menyarankan ruang cakera sebanyak 2.5 GB. Kami sengaja menetapkan keperluan sistem cakera keras yang lebih besar berbanding ruang cakera sebenar yang diperlukan oleh perisian ini.
Pemproses grafik membantu meningkatkan prestasi ciri tertentu, seperti melukis jadual dalam Excel 2013 atau peralihan, animasi, dan integrasi video dalam PowerPoint 2013. Penggunaan pemproses grafik dengan Office 2013 memerlukan pemproses grafik akur Microsoft DirectX 10 yang mempunyai memori video sebesar 64 MB. Pemproses ini disediakan secara meluas dalam 2007. Kebanyakan komputer yang disediakan hari ini merangkumi pemproses grafik yang memenuhi atau melebihi standard ini. Walau bagaimanapun, jika anda atau pengguna anda tidak menggunakan pemproses grafik, anda masih boleh menjalankan Office 2013.

[1] Memerlukan peranti yang sesuai, sambungan internet dan pelayar yang disokong.