Visio Standard 2013

 

RM930.00

Visio Standard 2013 membolehkan anda memudahkan maklumat kompleks menerusi gambar rajah yang ringkas dan mudah difahami.
Visio Standard 2013 membolehkan anda memudahkan maklumat kompleks menerusi gambar rajah yang ringkas dan mudah difahami.

 

 

Sekilas pandang

Microsoft Visio Standard 2013 direka bagi individu yang mencari-cari platform melukis gambar rajah yang berkuasa dengan gugusan stensil kaya yang siap terbina di dalamnya. Ia membantu pengguna memudahkan maklumat kompleks menerusi gambar rajah yang ringkas dan mudah difahami. Visio Standard merangkumi stensil bagi perniagaan, gambar rajah rangkaian asas, carta organisasi, carta aliran asas dan gambar rajah serba guna am.

  • Cipta dan sesuaikan gambar rajah yang kelihatan profesional dengan menggunakan set pelbagai kesan dan tema yang telah dikembangkan dan dipertingkat untuk memberi penampilan yang berbeza sama sekali kepada reka bentuk anda dalam hanya satu atau dua klik
  • Gantikan sebarang bentuk dengan mudah (atau gabungkan beberapa bentuk) dalam gambar rajah, sementara memelihara keterhubungan bentuk anda, metadata bentuk dan tataletak secara keseluruhan
  • Guna pendeta yang mudah untuk membuat carta organisasi anda dan mengimport data daripada Microsoft Excel, Exchange atau Office 365
  • Cipta, semak dan sunting gambar rajah pada tablet Windows 8 dengan menggunakan sentuhan, dengan sokongan yang dipertingkat bagi aktiviti lazim (seperti menambah dan mengalih keluar bentuk) dan gerak isyarat (seperti cubit untuk zum)
  • Beri gambar rajah anda penampilan yang anda kehendaki dengan mudah dengan menggunakan panduan penjajaran, jarak dan penentuan saiz yang dipertingkat serta kaedah baharu untuk menyelaraskan penampilan bentuk anda (seperti dengan pemegang seret)
  • Perhalusi bagaimana carta organisasi anda akan kelihatan dengan pilihan tataletak yang ditambah baik dan tab reben baharu yang menyediakan capaian kepada kawalan yang mudah namun berkuasa

Keperluan sistem

Pemproses yang Diperlukan
Pemproses x86/x64 1 GHz atau lebih dengan set arahan SSE2
Ruang Cakera Keras
2 GB tersedia
Memori Yang Diperlukan
1 GB RAM (32-bit)/2 GB RAM (64-bit)
Sistem Pengendalian
Windows 8, Windows 7, Windows Server 2008R2 atau Windows Server 2012 dengan.Net 3.5 atau versi lebih tinggi
Grafik
Pemecutan perkakasan grafik memerlukan kad grafik DirectX10 dengan resolusi minimum 1024 x 576

Keperluan Sistem Lain.
Akaun dan penyewa Microsoft Office 365 yang diperlukan bagi Visio Pro bagi ciri Sentuh Pratonton Office 365 memerlukan PC Windows 7 atau Windows 8 yang didayakan sentuhan. Sesetengah fungsi memerlukan sambungan internet


Microsoft SharePoint Server 2010 atau lebih terkini, Microsoft SharePoint Online atau Microsoft OneDrive diperlukan bagi usaha mengarang bersama
SharePoint Server 2010, SharePoint Online atau SharePoint Server 2013 Preview diperlukan untuk melihat gambar rajah Visio Services menerusi pelayar web. Pelayar yang serasi termasuk IE 8,9,10, Firefox 10.x+,Safari 5 (Mac), Chrome 17.x.
SharePoint Designer 2013 Preview akan mempertingkatkan penghasilan aliran kerja dan penerbitan jika dipasang pada PC yang sama dengan Visio 2013 Professional Preview.
SharePoint Server 2013 Preview atau SharePoint Online Preview diperlukan untuk melihat gambar rajah format fail baharu menerusi pelayar web.
Lync diperlukan untuk pemberitahuan kehadiran.