Access 2013

Access 2013

 

Access 2013

Access 2013

RM430.00

RM430.00

Access 2013 membolehkan anda menghasilkan aplikasi pangkalan data dengan mudah.
Access 2013 membolehkan anda menghasilkan aplikasi pangkalan data dengan mudah.
Access 2013 membolehkan anda menghasilkan aplikasi pangkalan data dengan mudah.
Access 2013 membolehkan anda menghasilkan aplikasi pangkalan data dengan mudah.

 

 

Access 2013 membolehkan anda menghasilkan aplikasi tersuai dengan cepat tanpa perlu menjadi seorang pembangun. Aplikasi web Access merupakan pangkalan data jenis baharu yang anda bina dalam Access, kemudian guna dan kongsi dengan orang lain sebagai aplikasi SharePoint dalam pelayar web. Untuk membina aplikasi, anda cuma pilih jenis data yang anda mahu jejaki (kontrak, tugas, projek, dan sebagainya). Access menghasilkan struktur data, yang lengkap dengan paparan yang membolehkan anda menambah dan mengedit data. Navigasi dan perintah asas siap dibina dalam, jadi anda boleh terus mula menggunakan aplikasi ini. Dengan menggunakan pelayan SharePoint atau laman Office 365 sebagai hos, anda boleh membina aplikasi pangkalan data yang kemas berasaskan pelayar. Di sebalik tabir, aplikasi Access menggunakan Pelayan SQL untuk menyediakan prestasi yang terbaik serta integriti data.

  • Mula mencipta aplikasi yang tersuai daripada skrin Alu-aluan, atau dapatkan inspirasi daripada salah satu templat yang telah direka bentuk secara profesional
  • Nikmati sokongan bagi pangkalan data desktop anda yang sedia ada (ACCDB/MDB)
  • Intai maklumat tambahan yang relevan dalam pangkalan data tanpa perlu menukar skrin
  • Aplikasi Access disimpan dalam Azure/Pelayan Microsoft SQL supaya data anda kini dilindungi oleh pemulihan bencana serta ciri sandaran dan pemulihan
  • Hanya taip apa yang anda perlu jejaki dan Access menggunakan templat jadual untuk menyampaikan aplikasi yang melaksanakan tugas tersebut
  • Tidak perlu lagi "tersesat dalam data." Rangka kerja aplikasi yang terpiawai memudahkan anda menavigasi aplikasi seolah-olah anda sudah biasa.
  • Memasukkan data dengan tepat amat mudah dengan menu juntai bawah dan saranan yang tertera apabila anda mula menaip
Pemproses yang Diperlukan
Pemproses x86- atau x64-bit 1 gigahertz (Ghz) atau lebih pantas dengan set arahan SSE2
Sistem Pengendalian yang Diperlukan
Windows 8, Windows 7, Windows Server 2008 R2, atau Windows Server 2012
Memori yang Diperlukan
1 GB RAM (32 bit); 2 GB RAM (64 bit)
Ruang Cakera Keras yang Diperlukan
3.0 GB tersedia
Paparan yang Diperlukan
Pemecutan perkakasan grafik memerlukan kad grafik DirectX10 dan resolusi 1024 x 576
.NET versi
3.5, 4.0, atau 4.5
 
Paparan yang Diperlukan
Microsoft Internet Explorer 8, 9, atau 10; Mozilla Firefox 10.x atau versi lebih terkini; Apple Safari 5; atau Google Chrome 17.x.
Multi-sentuh
Peranti didaya sentuhan diperlukan untuk menggunakan mana-mana fungsi multi-sentuh. Walau bagaimanapun, semua ciri dan fungsi sentiasa tersedia melalui penggunaan papan kekunci, tetikus, atau peranti input standard atau boleh capai lain. Ambil perhatian bahawa ciri sentuhan baharu dioptimumkan untuk penggunaan dengan Windows 8.
 
Keperluan dan pertimbangan tambahan Fungsi Carian Segera memerlukan Windows Search 4.0. Fungsi Internet memerlukan sambungan Internet



Sesetengah fungsi mungkin berbeza, dari sudut konfigurasi sistem. Sesetengah ciri mungkin memerlukan perkakasan tambahan atau lanjutan atau kesambungan pelayan.

Perhatian: Keperluan sistem dibulatkan kepada 0.5 GB yang paling hampir, agar konservatif. Contohnya, jika kami mendapati bahawa sesuatu aplikasi memerlukan ruang cakera keras sebesar 1.99 GB, kami menyarankan ruang cakera sebanyak 2.5 GB. Kami sengaja menetapkan keperluan sistem cakera keras yang lebih besar berbanding ruang cakera sebenar yang diperlukan oleh perisian ini.

Pemproses grafik membantu meningkatkan prestasi ciri tertentu, seperti melukis jadual dalam Excel 2013 atau peralihan, animasi, dan integrasi video dalam PowerPoint 2013. Penggunaan pemproses grafik dengan Office 2013 memerlukan pemproses grafik akur Microsoft DirectX 10 yang mempunyai memori video sebesar 64 MB. Pemproses ini disediakan secara meluas dalam 2007. Kebanyakan komputer yang disediakan hari ini merangkumi pemproses grafik yang memenuhi atau melebihi standard ini. Walau bagaimanapun, jika anda atau pengguna anda tidak menggunakan pemproses grafik, anda masih boleh menjalankan Office 2013.