• Excel 2013 Bukan Komersil
  • Excel 2013 Bukan Komersil
 

Excel 2013 Bukan Komersil

Excel 2013 membebaskan anda daripada kebuntuan apabila berhadapan dengan nombor yang banyak jumlahnya supaya anda boleh membuat keputusan data yang lebih baik.

Excel 2013 Bukan Komersil

Excel 2013 membebaskan anda daripada kebuntuan apabila berhadapan dengan nombor yang banyak jumlahnya supaya anda boleh membuat keputusan data yang lebih baik.

Bahasa Produk?

RM220.00

RM220.00

 

 
 

Perincian

Excel 2013 mempunyai penampilan serba baharu dan beberapa ciri baharu yang membolehkan anda menangani jumlah nombor yang banyak dan membuat keputusan urus niaga yang lebih baik.



Peribadikan, Mudah Alihkan
  • Alat Analisis Cepat baharu ini membolehkan anda menukar data anda menjadi carta atau jadual hanya dalam dua langkah atau kurang. Pratonton data anda dengan pemformatan bersyarat, sparklines, atau carta dan pastikan pilihan anda ditetapkan dalam satu klik sahaja.
  • Setiap buku kerja mempunyai tetingkapnya sendiri, sekaligus memudahkan kerja pada dua buku kerja dalam masa yang sama. Ia juga memastikan kehidupan anda lebih mudah apabila anda mengendalikan dua monitor.
  • Pengisian Flash seperti pembantu data yang menyelesaikan kerja untuk anda. Sebaik sahaja ia mengesan apa yang anda mahu lakukan, Pengisian Flash memasukkan data yang selebihnya dengan segera, dengan mengikut pola yang ia kesan dalam data anda.


  • Butang Carta yang Disyorkan baharu pada tab Sisip membolehkan anda memilih daripada pelbagai carta yang tepat bagi data anda. Jenis carta yang berkaitan seperti carta tabur dan gelembung terletak di bawah satu lembayung.
  • Penghiris juga kini boleh menapis data dalam jadual Excel, jadual pertanyaan dan jadual data lain. Penghiris ini mudah disediakan dan digunakan, dan menunjukkan penapis yang digunakan pada ketika itu supaya anda tahu secara tepat data apa yang anda sedang lihat.
  • Beberapa fungsi baharu dalam kategori fungsi matematik dan trigonometri, statistik, kejuruteraan, tarikh dan masa, carian dan rujukan, logik dan teks
Windows 7 Home Premium
Pemproses yang Diperlukan
Pemproses x86- atau x64-bit 1 gigahertz (Ghz) atau lebih pantas dengan set arahan SSE2
Sistem Pengendalian yang Diperlukan
Windows 8, Windows 7, Windows Server 2008 R2, atau Windows Server 2012
Memori yang Diperlukan
1 GB RAM (32 bit); 2 GB RAM (64 bit)
Ruang Cakera Keras yang Diperlukan
3.0 GB tersedia
Paparan yang Diperlukan
Pemecutan perkakasan grafik memerlukan kad grafik DirectX10 dan resolusi 1024 x 576
.NET versi
3.5, 4.0, atau 4.5
 
Paparan yang Diperlukan
Microsoft Internet Explorer 8, 9, atau 10; Mozilla Firefox 10.x atau versi lebih terkini; Apple Safari 5; atau Google Chrome 17.x.
Multi-sentuh
Peranti didaya sentuhan diperlukan untuk menggunakan mana-mana fungsi multi-sentuh. Walau bagaimanapun, semua ciri dan fungsi sentiasa tersedia melalui penggunaan papan kekunci, tetikus, atau peranti input standard atau boleh capai lain. Ambil perhatian bahawa ciri sentuhan baharu dioptimumkan untuk penggunaan dengan Windows 8.
 
Keperluan tambahan dan pertimbangan
Sesetengah fungsi mungkin berbeza, dari sudut konfigurasi sistem. Sesetengah ciri mungkin memerlukan perkakasan tambahan atau lanjutan atau kesambungan pelayan.

Perhatian: Keperluan sistem dibulatkan kepada 0.5 GB yang paling hampir, agar konservatif. Contohnya, jika kami mendapati bahawa sesuatu aplikasi memerlukan ruang cakera keras sebesar 1.99 GB, kami menyarankan ruang cakera sebanyak 2.5 GB. Kami sengaja menetapkan keperluan sistem cakera keras yang lebih besar berbanding ruang cakera sebenar yang diperlukan oleh perisian ini.

Pemproses grafik membantu meningkatkan prestasi ciri tertentu, seperti melukis jadual dalam Excel 2013 atau peralihan, animasi, dan integrasi video dalam PowerPoint 2013. Penggunaan pemproses grafik dengan Office 2013 memerlukan pemproses grafik akur Microsoft DirectX 10 yang mempunyai memori video sebesar 64 MB. Pemproses ini disediakan secara meluas dalam 2007. Kebanyakan komputer yang disediakan hari ini merangkumi pemproses grafik yang memenuhi atau melebihi standard ini. Walau bagaimanapun, jika anda atau pengguna anda tidak menggunakan pemproses grafik, anda masih boleh menjalankan Office 2013.