Office Home and Student 2013

Office Home and Student 2013

Office Home and Student 2013

Office Home and Student 2013

RM339.99

RM339.99

Alat perisian bagi perkara yang paling kerap anda lakukan, termasuk Word, Excel, PowerPoint dan OneNote.
Alat perisian bagi perkara yang paling kerap anda lakukan, termasuk Word, Excel, PowerPoint dan OneNote.
Alat perisian bagi perkara yang paling kerap anda lakukan, termasuk Word, Excel, PowerPoint dan OneNote.
Alat perisian bagi perkara yang paling kerap anda lakukan, termasuk Word, Excel, PowerPoint dan OneNote.

 

 

Gambaran keseluruhan

Ciri-ciri paling menonjol


  • Office bagi 1 PC untuk kegunaan kediaman
  • Simpan dokumen anda dalam talian dengan OneDrive
  • Capai, edit dan kongsi dokumen anda pada mana-mana peranti yang disambungkan ke Internet dengan menggunakan Aplikasi Web Office percuma1

Office anda untuk kerja di rumah atau tugasan di rumah

Word Word
  • Dalam Mod Bacaan yang baharu, teks dialirkan semula secara automatik ke dalam lajur bagi memastikan pembacaan lebih mudah pada skrin
  • Menu yang berkurangan bererti tumpuan yang lebih diberi pada kandungan anda—lihat hanya alat yang anda perlu sahaja, apabila anda memerlukannya
  • Buka PDF dalam Word, dan edit kandungan seolah-olah anda menciptanya dalam Word
  • Pamerkan gaya anda dengan menggunakan templat Word dalam lebih 40 kategori
Excel Excel
  • Setiap buku kerja mempunyai tetingkapnya sendiri, sekaligus memudahkan kerja pada dua buku kerja-- atau dua monitor-- dalam masa yang sama
  • Beberapa fungsi baharu dalam kategori fungsi matematik dan trigonometri, statistik, kejuruteraan, tarikh dan masa, carian dan rujukan, logik dan teks
  • Butang Carta yang Disyorkan baharu membolehkan anda memilih carta yang tepat daripada pelbagai pilihan bagi data anda
PowerPoint PowerPoint
  • Paparan Pembentang membolehkan anda melihat nota anda pada monitor manakala penonton cuma melihat slaid sahaja
  • Panduan Pintar muncul secara automatik apabila objek anda, seperti gambar, bentuk dan banyak lagi, hampir sama jaraknya, dan ia juga memberitahu anda apabila objek anda mempunyai jarak yang seragam
  • Sokongan bagi lebih banyak format multimedia, seperti .mp4 dan .mov, lebih banyak kandungan berdefinisi tinggi, dan lebih banyak codec yang siap terbina dalam
OneNote OneNote
  • Melukis, memadam dan mengedit dengan lancar menggunakan jari, stilus atau tetikus pada apa sahaja peranti yang didayakan sentuhan
  • OneNote menukar tulisan anda secara automatik kepada teks, jadi, anda tidak perlu bimbang mengenai tulisan anda
  • Alat Hantar ke OneNote yang baharu memudahkan usaha memasukkan dokumen ke halaman Web dalam buku nota anda

Ciri yang dipertingkat

Dengan ciri yang menjimatkan masa dan penampilan yang kemas lagi moden merentas semua program anda, tugasan sekolah dan projek peribadi boleh dilaksanakan dengan lebih pantas. Di samping itu, simpan dokumen anda dalam perkhidmatan awan pada OneDrive untuk dicapai dari hampir di mana jua.


Pengalaman Office anda yang diperibadikan

  • Rakam idea anda mengikut cara yang anda paling selesa bekerja—papan kekunci, pen atau skrin sentuhan.
  • Lihat dokumen Word dalam mod Baca untuk mendapatkan pengalaman membaca yang terfokus pada skrin besar mahupun kecil.
  • Rakam dan susun semua jenis maklumat dalam OneNote—nota, gambar, halaman web, memo suara, bahkan video juga—dan kongsi hampir di mana-mana sahaja.

Kongsi kerja anda

  • Bekerjasama dengan orang lain dengan mudah pada dokumen anda yang dikongsi dengan Aplikasi Web Office percuma.1
  • Bentangkan dokumen Word pada skrin kepada orang lain dengan hanya menggunakan pelayar dengan ciri Bentang Dalam Talian, meskipun mereka tidak memasang Word.
  • Simpan kerja anda dalam OneDrive dan capai dari hampir di mana sahaja.
  • Masukkan kandungan PDF ke dalam dokumen Word anda dengan mudah.
  • Guna Carta yang Disyorkan untuk menghasilkan visualisasi data Excel anda dan buat kesimpulan dalam masa yang lebih singkat.

Keperluan sistem

Pemproses yang Diperlukan
Pemproses x86- atau x64-bit 1 gigahertz (Ghz) atau lebih pantas dengan set arahan SSE2
Sistem Pengendalian yang Diperlukan
Windows 8, Windows 7, Windows Server 2008 R2, atau Windows Server 2012
Memori yang Diperlukan
1 GB RAM (32 bit); 2 GB RAM (64 bit)
Ruang Cakera Keras yang Diperlukan
3.0 GB tersedia
Paparan yang Diperlukan
Pemecutan perkakasan grafik memerlukan kad grafik DirectX10 dan resolusi 1024 x 576
.NET versi
3.5, 4.0, atau 4.5
 
Paparan yang Diperlukan
Microsoft Internet Explorer 8, 9, atau 10; Mozilla Firefox 10.x atau versi lebih terkini; Apple Safari 5; atau Google Chrome 17.x.
Multi-sentuh
Peranti didaya sentuhan diperlukan untuk menggunakan mana-mana fungsi multi-sentuh. Walau bagaimanapun, semua ciri dan fungsi sentiasa tersedia melalui penggunaan papan kekunci, tetikus, atau peranti input standard atau boleh capai lain. Ambil perhatian bahawa ciri sentuhan baharu dioptimumkan untuk penggunaan dengan Windows 8.
 
Keperluan tambahan dan pertimbangan
Sesetengah fungsi mungkin berbeza, dari sudut konfigurasi sistem. Sesetengah ciri mungkin memerlukan perkakasan tambahan atau lanjutan atau kesambungan pelayan.

Perhatian: Keperluan sistem dibulatkan kepada 0.5 GB yang paling hampir, agar konservatif. Contohnya, jika kami mendapati bahawa sesuatu aplikasi memerlukan ruang cakera keras sebesar 1.99 GB, kami menyarankan ruang cakera sebanyak 2.5 GB. Kami sengaja menetapkan keperluan sistem cakera keras yang lebih besar berbanding ruang cakera sebenar yang diperlukan oleh perisian ini.

Pemproses grafik membantu meningkatkan prestasi ciri tertentu, seperti melukis jadual dalam Excel 2013 atau peralihan, animasi, dan integrasi video dalam PowerPoint 2013. Penggunaan pemproses grafik dengan Office 2013 memerlukan pemproses grafik akur Microsoft DirectX 10 yang mempunyai memori video sebesar 64 MB. Pemproses ini disediakan secara meluas dalam 2007. Kebanyakan komputer yang disediakan hari ini merangkumi pemproses grafik yang memenuhi atau melebihi standard ini. Walau bagaimanapun, jika anda atau pengguna anda tidak menggunakan pemproses grafik, anda masih boleh menjalankan Office 2013.