Office Profesional 2013

Office Profesional 2013

Office Profesional 2013

Office Profesional 2013

RM1,499.00

RM1,499.00

Dapatkan Office dengan Outlook, Publisher dan Access pada satu PC.
Dapatkan Office dengan Outlook, Publisher dan Access pada satu PC.
Dapatkan Office dengan Outlook, Publisher dan Access pada satu PC.
Dapatkan Office dengan Outlook, Publisher dan Access pada satu PC.

 

 

Gambaran keseluruhan

Ciri-ciri paling menonjol


  • Office bagi 1 PC untuk kegunaan perniagaan
  • Simpan dokumen anda dalam talian dengan OneDrive
  • Capai, edit, dan kongsi dokumen anda pada peranti yang disambungkan ke Internet dengan menggunakan Aplikasi Web Office Percuma1

Evolusi piawaian profesional telah berlaku. Naik taraf ke program Office yang terkini bagi perniagaan yang sedang berkembang maju

Word Word
  • Dalam Mod Bacaan yang baharu, teks dialirkan semula secara automatik ke dalam lajur bagi memastikan pembacaan lebih mudah pada skrin
  • Menu yang berkurangan bererti tumpuan yang lebih diberi pada kandungan anda—lihat hanya alat yang anda perlu sahaja, apabila anda memerlukannya
  • Buka PDF dalam Word, dan edit kandungan seolah-olah anda menciptanya dalam Word
  • Pamerkan gaya anda dengan menggunakan templat Word dalam lebih 40 kategori
Excel Excel
  • Setiap buku kerja mempunyai tetingkapnya sendiri, sekali gus memudahkan kerja pada dua buku kerja-- atau dua monitor-- dalam masa yang sama.
  • Beberapa fungsi baharu dalam kategori fungsi matematik dan trigonometri, statistik, kejuruteraan, tarikh dan masa, carian dan rujukan, logik dan teks
  • Butang Carta yang Disyorkan baharu membolehkan anda memilih carta yang tepat daripada pelbagai pilihan bagi data anda
PowerPoint PowerPoint
  • Paparan Pembentang membolehkan anda melihat nota anda pada monitor manakala penonton cuma melihat slaid sahaja
  • Panduan Pintar muncul secara automatik apabila objek anda, seperti gambar, bentuk dan banyak lagi, hampir sama jaraknya, dan ia juga memberitahu anda apabila objek anda mempunyai jarak yang seragam
  • Sokongan bagi lebih banyak format multimedia, seperti .mp4 dan .mov, lebih banyak kandungan berdefinisi tinggi, dan lebih banyak codec yang siap terbina dalam
OneNote OneNote
  • Melukis, memadam dan mengedit dengan lancar menggunakan jari, stilus atau tetikus pada apa sahaja peranti yang didayakan sentuhan
  • OneNote menukar tulisan anda secara automatik kepada teks, jadi, anda tidak perlu bimbang mengenai tulisan anda
  • Alat Hantar ke OneNote yang baharu memudahkan usaha memasukkan dokumen ke halaman Web dalam buku nota anda
Outlook Outlook
  • Kad Kenalan mengumpul butir-butir penting mengenai seseorang kenalan di satu tempat
  • Tambah ramalan cuaca tempatan anda terus ke dalam paparan Kalendar, beserta keadaan semasa
  • Terima e-mel berdasarkan push, janji temu, dan kenalan daripada Outlook.com, (dahulunya Hotmail) - terus dalam pengalaman Outlook anda
Publisher Publisher
  • Masukkan dan peribadikan blok binaan bahagian halaman yang dibina terlebih dahulu, termasuk kalendar, sempadan, iklan dan banyak lagi
  • Guna kesan yang kelihatan profesional termasuk bayang yang lebih samar, pantulan dan ciri OpenType
  • Cari album dalam talian di Facebook, Flickr dan perkhidmatan lain serta tambah gambar terus ke dokumen anda
Capaian Access
  • Hanya taip apa yang anda perlu jejaki dan Access menggunakan templat jadual untuk menyampaikan aplikasi yang melaksanakan tugas tersebut
  • Rangka kerja aplikasi yang terpiawai memudahkan anda menavigasi aplikasi seolah-olah anda sudah biasa.
  • Memasukkan data dengan tepat amat mudah dengan menu juntai bawah dan saranan yang tertera apabila anda mula menaip

Ciri yang dipertingkat

Office Professional 2013 direka untuk membantu anda menghasilkan dan berkomunikasi lebih pantas, dengan ciri yang menjimatkan masa dan penampilan yang kemas dan moden merentas semua program anda. Di samping itu, simpan dokumen anda dalam talian dalam OneDrive untuk dicapai dari hampir di mana jua.



Bekerja dengan lebih bijak menggunakan Office Professional 2013


  • Capai, edit dan kongsi dokumen anda pada mana-mana peranti yang disambungkan ke Internet dengan menggunakan Aplikasi Web Office Percuma1
  • Lengkapkan diri anda dengan pelbagai kemudahan e-mel, penjadualan dan senarai tugas yang lengkap dalam Outlook
  • Lihat butir-butir janji temu, e-mel atau kenalan secara sekali imbas dalam Outlook, tanpa perlu beralih skrin

Tukar idea menjadi dokumen yang indah


  • Jimatkan masa dari skrin Mula dalam Word dan guna templat yang kelihatan hebat.
  • Antara muka yang diperkemas membantu anda melihat kerja anda dengan jelas.
  • Rakam idea anda menggunakan sentuhan, pen atau papan kekunci.
  • Seret dan lepas gambar, video dan media dalam talian ke dalam projek anda.
  • Tarik kandungan daripada PDF terus ke dalam Word.
  • Hasilkan pembentangan PowerPoint yang menonjol dengan templat skrin lebar yang baharu dan tema yang pelbagai.

Keperluan sistem

Pemproses yang Diperlukan
Pemproses x86- atau x64-bit 1 gigahertz (Ghz) atau lebih pantas dengan set arahan SSE2
Sistem Pengendalian yang Diperlukan
Windows 8, Windows 7, Windows Server 2008 R2, atau Windows Server 2012
Memori yang Diperlukan
1 GB RAM (32 bit); 2 GB RAM (64 bit)
Ruang Cakera Keras yang Diperlukan
3.0 GB tersedia
Paparan yang Diperlukan
Pemecutan perkakasan grafik memerlukan kad grafik DirectX10 dan resolusi 1024 x 576
.NET versi
3.5, 4.0, atau 4.5
 
Paparan yang Diperlukan
Microsoft Internet Explorer 8, 9, atau 10; Mozilla Firefox 10.x atau versi lebih terkini; Apple Safari 5; atau Google Chrome 17.x.
Multi-sentuh
Peranti didaya sentuhan diperlukan untuk menggunakan mana-mana fungsi multi-sentuh. Walau bagaimanapun, semua ciri dan fungsi sentiasa tersedia melalui penggunaan papan kekunci, tetikus, atau peranti input standard atau boleh capai lain. Ambil perhatian bahawa ciri sentuhan baharu dioptimumkan untuk penggunaan dengan Windows 8.
 
Keperluan tambahan dan pertimbangan
Sesetengah fungsi mungkin berbeza, dari sudut konfigurasi sistem. Sesetengah ciri mungkin memerlukan perkakasan tambahan atau lanjutan atau kesambungan pelayan.

Perhatian: Keperluan sistem dibulatkan kepada 0.5 GB yang paling hampir, agar konservatif. Contohnya, jika kami mendapati bahawa sesuatu aplikasi memerlukan ruang cakera keras sebesar 1.99 GB, kami menyarankan ruang cakera sebanyak 2.5 GB. Kami sengaja menetapkan keperluan sistem cakera keras yang lebih besar berbanding ruang cakera sebenar yang diperlukan oleh perisian ini.

Pemproses grafik membantu meningkatkan prestasi ciri tertentu, seperti melukis jadual dalam Excel 2013 atau peralihan, animasi, dan integrasi video dalam PowerPoint 2013. Penggunaan pemproses grafik dengan Office 2013 memerlukan pemproses grafik akur Microsoft DirectX 10 yang mempunyai memori video sebesar 64 MB. Pemproses ini disediakan secara meluas dalam 2007. Kebanyakan komputer yang disediakan hari ini merangkumi pemproses grafik yang memenuhi atau melebihi standard ini. Walau bagaimanapun, jika anda atau pengguna anda tidak menggunakan pemproses grafik, anda masih boleh menjalankan Office 2013.