• Project Standard 2013
 

Project Standard 2013

Pastikan projek teratur dan cekap dengan Project Standard 2013.

RM1,799.00

 

 
 

Perincian

Pastikan projek teratur dan cekap dengan Project Standard 2013. Manfaatkan ciri-ciri fleksibel yang membantu anda mula dan memastikan anda lebih cekap dan produktif. Hasilkan laporan yang moden untuk mengukur kemajuan dan menyampaikan butir-butir projek secara berkesan kepada pasukan dan pihak berkepentingan anda.

  • Alat pelaporan yang kaya, dan di luar kebiasaan dalam ruang lingkup pengalaman yang hampir sama dengan Office yang anda sudah biasa gunakan akan membantu anda mengukur kemajuan dan pengagihan sumber dengan cepat dan mudah
  • Paparan garis masa membantu anda membayangkan projek anda demi memastikan anda menghasilkan pembentangan yang cemerlang kepada pasukan, eksekutif dan pihak berkepentingan anda
  • Alat yang dipertingkat seperti Perancang Pasukan membantu anda melihat dan meminda perkara yang dilihat berpotensi menimbulkan masalah sebelum ia boleh menjejaskan jadual anda
  • Laluan Tugas yang diserlahkan dalam Carta Gantt membolehkan anda tahu bagaimana tugas anda digarap bersama dan membantu anda mengenal pasti tugas mana yang paling kritikal bagi kejayaan projek anda
  • Tetapkan tugas sebagai "Tidak Aktif" dan analisis dengan segera senario "bagaimana jika" tanpa menghasilkan semula keseluruhan perancangan projek
  • Bekerjasama dengan baik dengan Office, Office 365, SharePoint dan Lync, untuk memberi anda sistem pengurusan projek kolaboratif yang lengkap
Pemproses yang Diperlukan
Pemproses x86- atau x64-bit 1 gigahertz (Ghz) atau lebih pantas dengan set arahan SSE2
Sistem Pengendalian yang Diperlukan
Windows 8, Windows 7, Windows Server 2008 R2, atau Windows Server 2012
Memori yang Diperlukan
1 GB RAM (32 bit); 2 GB RAM (64 bit)
Ruang Cakera Keras yang Diperlukan
3.0 GB tersedia
Paparan yang Diperlukan
Pemecutan perkakasan grafik memerlukan kad grafik DirectX10 dan resolusi 1024 x 576
.NET versi
3.5, 4.0, atau 4.5
 
Paparan yang Diperlukan
Microsoft Internet Explorer 8, 9, atau 10; Mozilla Firefox 10.x atau versi lebih terkini; Apple Safari 5; atau Google Chrome 17.x
Multi-sentuh
Peranti didaya sentuhan diperlukan untuk menggunakan mana-mana fungsi multi-sentuh. Walau bagaimanapun, semua ciri dan fungsi sentiasa tersedia melalui penggunaan papan kekunci, tetikus, atau peranti input standard atau boleh capai lain. Ambil perhatian bahawa ciri sentuhan baharu dioptimumkan untuk penggunaan dengan Windows 8.
 
Keperluan tambahan dan pertimbangan
Sesetengah fungsi mungkin berbeza, dari sudut konfigurasi sistem. Sesetengah ciri mungkin memerlukan perkakasan tambahan atau lanjutan atau kesambungan pelayan.

Perhatian:  Keperluan sistem dibulatkan kepada 0.5 GB yang paling hampir, agar konservatif. Contohnya, jika kami mendapati bahawa sesuatu aplikasi memerlukan ruang cakera keras sebesar 1.99 GB, kami menyarankan ruang cakera sebanyak 2.5 GB. Kami sengaja menetapkan keperluan sistem cakera keras yang lebih besar berbanding ruang cakera sebenar yang diperlukan oleh perisian ini.

Pemproses grafik membantu meningkatkan prestasi ciri tertentu, seperti melukis jadual dalam Excel 2013 atau peralihan, animasi, dan integrasi video dalam PowerPoint 2013. Penggunaan pemproses grafik dengan Office 2013 memerlukan pemproses grafik akur Microsoft DirectX 10 yang mempunyai memori video sebesar 64 MB.