• Word 2013
  • Word 2013
 

Word 2013

Dengan Word 2013, anda boleh menghasilkan dokumen yang indah dan menarik perhatian.

Word 2013

Dengan Word 2013, anda boleh menghasilkan dokumen yang indah dan menarik perhatian.

Bahasa Produk?

RM430.00

RM430.00

 

 
 

Perincian

Dengan Word 2013 anda boleh menghasilkan dokumen yang indah dan menarik perhatian, dan anda boleh bekerja dengan lebih banyak jenis media—seperti video dan gambar dalam talian. Bahkan anda juga boleh membuka PDF. Lakukan lebih lagi dengan dokumen anda: Masukkan video dalam talian, buka fail PDF dan sunting kandungannya, jajarkan gambar dan gambar rajah hampir tanpa sebarang kesukaran. Mod Baca yang baharu adalah kemas dan bebas daripada gangguan—dan ia berfungsi dengan hebat pada tablet. Membina pasukan juga lebih mudah, dengan hubungan langsung kepada ruang dalam talian anda dan ciri semak yang diperkemas seperti Penanda Mudah dan komen.

  • Buka semula dokumen dan terus membaca dari tempat anda berhenti sebelum ini. Word mengingati di mana anda berada pada ketika itu—meskipun jika anda membuka semula dokumen tersebut dalam talian daripada komputer yang berlainan .
  • Tonton video dalam talian terus daripada Word, tanpa perlu meninggalkan dokumen, supaya anda boleh terus mengekalkan tumpuan pada kandungannya.
  • Dalam mod baca yang baharu, teks dialirkan semula secara automatik ke dalam lajur bagi memastikan pembacaan pada skrin lebih mudah. Menu yang berkurangan bererti tumpuan yang lebih diberi pada kandungan anda, diiringi hanya oleh alat yang menambah nilai pada bacaan anda sahaja.
  • Tunjukkan gaya dan profesionalisme anda dengan templat dan jimatkan masa. Semak imbas templat Word dalam lebih 40 kategori.
  • Letakkan dan balas komen betul-betul di sebelah teks yang anda sedang bincangkan, supaya semua orang boleh melihat dengan mudah siapa yang membalas kepada siapa, dan bila .
  • Buka PDF dalam Word, dan nikmati pengalaman menyunting kandungan, seperti perenggan, senarai dan jadual, seolah-olah anda menciptanya dalam Word sendiri .
  • Panduan penjajaran yang membantu akan timbul pada tempat yang sewajarnya apabila anda memerlukannya dan hilang sebaik sahaja anda selesai.
  • Tataletak Langsung membantu anda membuat percubaan. Apabila anda menyeret foto, video atau bentuk ke kedudukan, teks mengalir semula dengan segera—di depan mata anda. Lepaskan butang tetikus dan objek anda serta teks di sekeliling kekal di mana anda inginkannya.
Pemproses yang Diperlukan
Pemproses x86- atau x64-bit 1 gigahertz (Ghz) atau lebih pantas dengan set arahan SSE2
Sistem Pengendalian yang Diperlukan
Windows 8, Windows 7, Windows Server 2008 R2, atau Windows Server 2012
Memori yang Diperlukan
1 GB RAM (32 bit); 2 GB RAM (64 bit)
Ruang Cakera Keras yang Diperlukan
3.0 GB tersedia
Paparan yang Diperlukan
Pemecutan perkakasan grafik memerlukan kad grafik DirectX10 dan resolusi 1024 x 576
.NET versi
3.5, 4.0, atau 4.5
 
Paparan yang Diperlukan
Microsoft Internet Explorer 8, 9, atau 10; Mozilla Firefox 10.x atau versi lebih terkini; Apple Safari 5; atau Google Chrome 17.x.
Multi-sentuh
Peranti didaya sentuhan diperlukan untuk menggunakan mana-mana fungsi multi-sentuh. Walau bagaimanapun, semua ciri dan fungsi sentiasa tersedia melalui penggunaan papan kekunci, tetikus, atau peranti input standard atau boleh capai lain. Ambil perhatian bahawa ciri sentuhan baharu dioptimumkan untuk penggunaan dengan Windows 8.
 
Keperluan dan pertimbangan tambahan Usaha mengarang bersama memerlukan SharePoint Foundation 2013 serta akaun Microsoft untuk SkyDrive.
Ia juga mungkin memerlukan lebih banyak memori daripada yang disenaraikan di atas.

Sesetengah fungsi mungkin berbeza, dari sudut konfigurasi sistem. Sesetengah ciri mungkin memerlukan perkakasan tambahan atau lanjutan atau kesambungan pelayan.

Perhatian:    Keperluan sistem dibulatkan kepada 0.5 GB yang paling hampir, agar konservatif. Contohnya, jika kami mendapati bahawa sesuatu aplikasi memerlukan ruang cakera keras sebesar 1.99 GB, kami menyarankan ruang cakera sebanyak 2.5 GB. Kami sengaja menetapkan keperluan sistem cakera keras yang lebih besar berbanding ruang cakera sebenar yang diperlukan oleh perisian ini.

Pemproses grafik membantu meningkatkan prestasi ciri tertentu, seperti melukis jadual dalam Excel 2013 atau peralihan, animasi, dan integrasi video dalam PowerPoint 2013. Penggunaan pemproses grafik dengan Office 2013 memerlukan pemproses grafik akur Microsoft DirectX 10 yang mempunyai memori video sebesar 64 MB. Pemproses ini disediakan secara meluas dalam 2007. Kebanyakan komputer yang disediakan hari ini merangkumi pemproses grafik yang memenuhi atau melebihi standard ini. Walau bagaimanapun, jika anda atau pengguna anda tidak menggunakan pemproses grafik, anda masih boleh menjalankan Office 2013.