Naik Taraf Windows 8 Pro - Tawaran untuk Pelajar

 

Naik Taraf Windows 8 Pro - Tawaran untuk Pelajar

Harga pelajar

RM215.00

Ciri-ciri hebat Windows 8 serta sambungan mudah ke rangkaian sekolah dan penyulitan data.

Tawaran akademik bagi pelajar, fakulti dan kakitangan yang layak ini memerlukan pengesahan kelayakan sebelum pembelian dibuat dan tertakluk kepada had 6

Ciri-ciri hebat Windows 8 serta sambungan mudah ke rangkaian sekolah dan penyulitan data.

 

 

Cantik, pantas, lanca

Windows telah digubah semula agar memberi fokus kepada kehidupan anda. Reka bentuk yang cantik, pantas dan lancar, cukup sesuai untuk pelbagai perkakasan: dari tablet didaya sentuh dan komputer riba ringan, hinggalah ke PC dan komputer semua dalam satu yang besar dan berkuasa dengan skrin definisi tinggi. Ia lancar, intuitif dan memberi capaian serta-merta kepada orang, aplikasi dan pelbagai perkara, supaya anda meluangkan kurang masa mencari dan lebih banyak masa membuat.

Cantik, pantas, lanca

Sulitkan data anda dengan BitLocker

Penyulitan pemacu Bitlocker membantu melindungi data korporat pada PC mudah alih yang merangkumi cip TPM. BitLocker kini menyulitkan cakera keras lebih cepat, justeru membantu memastikan data selamat tanpa mengganggu produktiviti anda. BitLocker kini turut menyokong pemacu yang disulitkan.

Sulitkan data anda dengan BitLocker

Pastikan anda lebih selamat dengan SmartScreen

Perkhidmatan SmartScreen membantu melindungi anda daripada laman dan perisian berniat jahat di internet. Ia memeriksa reputasi mana-mana aplikasi atau laman web baharu, justeru membantu anda terus kekal selamat walau apa pelayar yang anda guna. Ini membantu mencegah malware dan virus lain daripada menyusup ke dalam PC anda atau rangkaian korporat anda.

Pastikan anda lebih selamat dengan SmartScreen

Bekerja dari hampir di mana sahaja dengan Sambungan Desktop Jarak Jauh

Sambung ke komputer kerja anda dari rumah dan capai semua atur cara, fail dan sumber rangkaian seolah-olah anda duduk di hadapan komputer anda di tempat kerja.

Pastikan anda lebih selamat dengan SmartScreen

Naik Taraf kepada Windows 8
Jika PC anda menjalankan Windows 7, fail, atur cara dan tetapan anda akan beralih dengan mudah kepada Windows 8. Jika PC anda menjalankan Windows XP atau Windows Vista, anda akan perlu memasangkan semula aplikasi anda. Sesetengah ciri seperti sentuhan mungkin memerlukan PC baharu. Untuk menyemak keserasian, kunjungi laman web pembuat PC anda dan semak www.windows.com/upgrade untuk menjalankan Pembantu Naik Taraf untuk menyemak keserasian dan mendapatkan lebih banyak butir-butir mengenai keperluan sistem.


Jika anda ingin membeli Windows 7, sila kunjungi produk Windows 7 kami.
    Keperluan Pemproses | pemproses 1GHz atau lebih pantas
    Keperluan Memori  | 2 GB RAM
    Keperluan Ruang Cakera Keras  | ruang cakera sedia ada 20 GB
    Keperluan Paparan  | resolusi skrin 1366 x 768 ,Pemecutan perkakasan grafik memerlukan kad grafik DirectX 9 dengan pemacu WDDM
Keperluan Sistem Tambahan  | Memerlukan akaun Microsoft bagi sesetengah ciri.  |  Menonton DVD memerlukan perisian main balik berasingan.  |  Lesen Windows Media Center dijual berasingan. Lihat http://windows.microsoft.com/en-US/windows-8/system-requirements untuk mendapatkan butir-butir lengkap.
Versi Windows 8 Pro N ini termasuk fungsi yang sama seperti Windows 8 Pro, kecuali ia tidak termasuk aplikasi komunikasi tertentu (Mel, Pemesejan, Orang dan Kalendar) atau teknologi berkaitan media (Windows Media® Player, Kamera, Muzik, Video). Dengan itu, anda akan memerlukan perisian daripada Microsoft atau pihak ketiga bagi fungsi komunikasi ini dan untuk memainkan atau membuat CD audio, fail media dan DVD video, menstrim muzik, mengambil dan menyimpan gambar dan menggunakan kamera web.