Pembaharuan Office 365

Perbaharui hari ini dan anda tidak akan kehilangan sebarang masa yang masih tinggal dalam langganan sedia ada anda

Office 365 Soalan Lazim

Semua aplikasi Office baru

Office 365 mengandungi versi baru Office 2016 untuk Word, Excel, PowerPoint, dan banyak lagi

S: Bagaimana caranya untuk saya memperbaharui langganan Office 365 Home atau Personal saya?

J: Pertama sekali, semak tetapan auto pembaharuan anda dengan mendaftar masuk ke www.office.com/myaccount. Lihat di bawah “Pembayaran dan Pengebilan” untuk melihat sama ada pembaharuan automatik ditetapkan kepada "Hidup." Jika pembaharuan automatik ditetapkan kepada “Hidup,” langganan anda akan diperbaharui secara automatik. Jika pembaharuan automatik ditetapkan kepada “Mati,” pergi ke sini dan pilih versi Office 365 yang anda hendak perbaharui.

Nota penting: Pastikan anda menggunakan akaun Microsoft yang sama dengan yang anda gunakan sewaktu menyediakan langganan asal anda. Sebarang masa yang masih tinggal akan ditambah secara automatik kepada langganan anda yang sedia ada. Jika anda menggunakan akaun Microsoft yang berlainan, anda akan membuat langganan baharu.

S: Adakah saya akan kehilangan sebarang masa yang masih tinggal jika saya perbaharui lebih awal?

J: Tidak. Apabila anda memperbaharui lebih awal langganan Office 365 yang sama dengan yang anda sudah ada, masa tambahan akan ditambah kepada langganan anda yang sedia ada. Sebagai contoh, jika anda masih ada dua bulan lagi yang tinggal pada langganan semasa Office 365 Home anda dan anda membeli pembaharuan 1 tahun, 12 bulan akan ditambah dan langganan anda akan berjalan selama 14 bulan.

Nota penting: Pastikan anda menggunakan akaun Microsoft yang sama dengan yang anda gunakan sewaktu menyediakan langganan asal anda. Pada bila-bila masa anda mempunyai masa yang masih tinggal, ia akan ditambah secara automatik kepada langganan anda yang sedia ada. Jika anda menggunakan akaun Microsoft yang berlainan, anda akan membuat langganan baharu.

S: Jika saya memperbaharui langganan yang sedia ada, adakah saya perlu memuat turun semula atau memasang semula Office pada peranti saya?

J: Tidak, tetapi jika anda mahu menambah Office kepada peranti baharu atau menyahaktifkannya pada sesebuah peranti yang anda sudah miliki, anda boleh melakukannya daripada www.office.com/myaccount.

S: Bolehkah saya beralih daripada pelan langganan tahunan kepada pelan langganan bulanan apabila saya memperbaharui?

J: Ya. Anda akan dikenakan bayaran dengan serta-merta untuk 1 bulan perkhidmatan, yang akan ditambah kepada langganan anda yang selebihnya. Sebaik sahaja masa langganan anda telah selesai, anda akan dikenakan caj bulanan.

S: Bolehkan saya beralih daripada Office 365 Home kepada Office 365 Personal apabila saya memperbaharui?

J: Jika anda ada melanggan Office 365 Home yang belum tamat tempoh dan anda memperbaharuinya dengan membeli Office 365 Personal, langganan Office 365 Home anda akan beralih secara serta-merta kepada Office 365 Personal. Anda tidak akan kehilangan sebarang masa langganan, tetapi anda akan hanya dibenarkan untuk memasang Office pada jumlah bilangan peranti yang sama seperti yang dibenarkan oleh langganan Office 365 Personal baharu anda —1 PC atau Mac,serta 1 tablet. Hasilnya, anda mungkin dikehendaki untuk menyahaktifkan Office 365 pada peranti yang menyebabkan anda melampaui had tersebut.

Nota penting: Anda tidak akan diberi pembayaran balik atau masa lebih apabila anda menukar daripada Office 365 Home kepada Office 365 Personal sebelum langganan Office 365 Home anda tamat. Anda boleh memilih untuk menunggu sehingga langganan Office 365 Home anda tamat tempoh sebelum memperbaharuinya dengan Office 365 Personal.

S: Bagaimana caranya untuk saya mengetahui berapa banyak masa yang masih tinggal pada langganan semasa saya?

J: Pergi ke www.office.com/myaccount dan daftar masuk. Lihat dalam seksyen Pembayaran dan Pengebilan di bawah untuk melihat bila langganan semasa anda tamat tempoh atau diperbaharui secara automatik.

S: Bagaimanakah caranya untuk saya mengurus langganan Office 365 saya, termasuk maklumat pembayaran dan peranti?

J: Layariwww.office.com/myaccount untuk mengurus langganan anda, menukar maklumat pembayaran, memasang dan mengeluarkan Office daripada PC atau Mac, dan mengurus pemasangan Office pada peranti-peranti lain.

S: Apakah akan terjadi jika saya membeli atau memperbaharui berbilang langganan Office 365 dengan menggunakan akaun Microsoft yang sama?

J: Akaun Microsoft anda hanya boleh mempunyai satu langganan yang berkaitan dengannya. Jika anda menggunakan akaun Microsoft yang sama untuk membeli atau memperbaharui berbilang langganan Office 365 sebelum setiap satu tamat tempoh, anda akan menambah masa kumulatif tersebut kepada langganan anda, sehingga tempoh maksimum 5 tahun. Ambil perhatian bahawa melakukan sedemikian tidak menambah bilangan peranti yang Office boleh dipasang padanya atau menambah jumlah storan dalam talian yang tersedia dengan langganan berkenaan.

S: Apakah yang akan berlaku jika langganan saya berakhir dan saya belum memperbaharuinya lagi?

J: Jika auto pembaharuan tidak didayakan bagi langganan anda, apabila tarikh tamat tempoh semakin hampir, anda akan menerima pemberitahuan dalam aplikasi Office dan menerusi e-mel, yang memberi amaran kepada anda tentang tempoh yang bakal tamat tersebut. Jika anda memilih untuk membiarkan langganan anda tamat tempoh, aplikasi perisian Office ini memasuki mod baca sahaja, yang bermaksud anda boleh melihat atau mencetak dokumen sedia ada, tetapi anda tidak boleh menyuntingnya atau membuat yang baharu. Untuk kembali ke fungsi Office penuh, anda boleh membeli versi baharu Office dengan melayari www.office.com/myaccount. Anda juga boleh menggunakan Office Online secara percuma untuk pengeditan asas.

S: Jika langganan saya ditetapkan supaya diperbaharui secara automatik, adakah saya akan dimaklumkan sebelum saya dikenakan bayaran?

J: Jika anda mempunyai langganan tahunan, anda akan mendapat e-mel daripada kami sebelum anda dikenakan bayaran. Jika anda mempunyai langganan bulanan, pembayaran anda akan didebit secara automatik setiap bulan, dan anda tidak akan dimaklumkan lebih awal. Anda boleh menukar kaedah pembayaran anda atau membatalkan langganan anda pada bila-bila masa dengan mendaftar masuk ke www.office.com/myaccount dengan akaun Microsoft yang anda guna untuk menyediakan langganan ini.

S: Apa yang perlu saya lakukan jika saya memerlukan bantuan?

J: Cuma hubungi kami di 1800220084 - kami bersedia membantu anda dengan pembaharuan, muat turun, pemasangan dan banyak lagi.

Pembaharuan Office 365

Perbaharui langganan Office 365 anda dengan mudah di Microsoft. Dapatkan akses kepada perisian yang sentiasa dikemas kini, termasuk Word, Excel, PowerPoint, dan Outlook, yang dioptimumkan pada semua peranti anda, oleh itu anda dapat mengakses kerja anda di mana sahaja dan melakukan lebih banyak kerja dalam perjalanan.

Tidak kira sama ada anda perlu membuat dokumen profesional untuk kerja, sekolah, kegunaan peribadi, Microsoft ada alat untuk membantu. Apabila anda memperbaharui langganan Office 365 anda, anda akan mendapat pengalaman penuh Microsoft Office, termasuk Office 2016 untuk PC dan Mac. Dengan aplikasi Office kegemaran anda, seperti Word, PowerPoint, dan Excel, serta 1TB storan awan OneDrive dan setiap naik taraf baru disertakan, anda akan sentiasa mendapat versi aplikasi terkini sebaik sahaja ia tersedia. Untuk membantu anda kekal berhubung, pembaharuan langganan Office 365 juga memberi anda 60 minit panggilan Skype setiap bulan. Dan dengan disertakan sokongan teknikal pakar Office daripada Microsoft Answer Desk, anda boleh mendapatkan bantuan yang anda perlukan bila anda memerlukannya.

Yang paling bagus, memperbaharui langganan Office 365 sangat mudah. Dengan pilihan untuk memperbaharui langganan Office 365 anda sebulan sekali atau setahun sekali, mencari penyelesaian yang betul untuk cara anda bekerja adalah mudah. Dan oleh sebab notis pembaharuan Office 365 dihantar melalui emel, kami menjadikannya mudah bagi anda mengetahui bila masanya untuk memperbaharui langganan anda. Sudah tentu, anda boleh mendaftar masuk akaun Microsoft anda untuk melihat masa yang tinggal dalam langganan anda dan memperbaharuinya pada masa yang paling sesuai untuk anda. Jika anda mempunyai masalah untuk memperbaharuinya, pasukan bantuan Microsoft sentiasa bersedia untuk membantu.