Office 365

Selamat datang ke Office baru anda


Kini, Office 365 mengandungi aplikasi Office 2016 baru

Semua aplikasi Office baru

Office 365 merangkumi versi Office 2016 baru untuk Word, Excel, PowerPoint dan banyak lagi.

Office pada semua peranti anda

Sama ada anda menggunakan PC, Mac, tablet, atau telefon, Office berfungsi lancar pada semua peranti anda.

Kerja anda pada bila-bila masa, di mana sahaja

Simpan, akses, dan kongsi dokumen, gambar, video, dan muzik dengan 1TB storan awan OneDrive yang disertakan bersama langganan Office 365 anda.

Naik taraf sentiasa disertakan

Dengan Office 365, anda tidak akan terus menggunakan perisian yang sudah lapuk kerana setiap naik taraf baru disertakan bersama langganan anda.

Sudah mempunyai Office 365?

Pastikan langganan anda terus berfungsi untuk anda.

Perbaharui sekarang Pasang kemas kini

Office 365

Microsoft Office 365 kini mengandungi Office 2016 dan memberi anda pengalaman penuh Microsoft Office. Dengan akses kepada aplikasi Office yang terkini serta perkhidmatan produktiviti berasaskan awan yang lain, tidak kira sama ada anda memerlukan Office untuk kegunaan di rumah, sekolah, atau perniagaan, pelan Office 365 yang memenuhi keperluan anda sentiasa ada.

Pelan langganan Office 365 kami menyertakan Office 365 Home, Office 365 Personal, Office 365 University dan Office 365 untuk Mac. Dengan setiap pelan, anda boleh memasang versi Word, Excel, PowerPoint, Outlook, dan OneNote 2016 (Access, dan Publisher juga disertakan untuk pengguna PC). Apabila versi baru Microsoft Office dikeluarkan, anda akan mendapat akses serta-merta kepadanya supaya aplikasi anda sentiasa dikemas kini, dan oleh sebab Office 365 dioptimumkan pada semua peranti anda, mudah bagi anda mengakses kerja anda di mana sahaja pada komputer riba, telefon, tablet, dan banyak lagi.

Bersama dengan perisian terkini, anda juga akan mendapat 1TB storan awan OneDrive, yang membolehkan anda menyimpan dokumen di satu tempat, dan mengaksesnya di mana sahaja pada mana-mana peranti. Ini memudahkan lagi anda membuat, mengedit, dan berkongsi dokumen anda dalam perjalanan. Di samping itu, pelanggan Office 365 akan mendapat 60 minit panggilan Skype setiap bulan. Oleh itu, anda dapat kekal berhubung dengan sahabat handai dan rakan sekerja di seluruh dunia. Yang paling baik, anda boleh mendapatkan sokongan teknikal daripada pakar Microsoft Answer Desk, melalui telefon atau sembang, tanpa bayaran tambahan.

Office 365 Home membolehkan anda memasang Office pada 5 PC atau Mac, serta 5 tablet Windows, Android, atau iPad, dan merupakan satu penyelesaian ideal untuk isi rumah dengan lebih daripada seorang pengguna. Lihat langganan Microsoft Office 365 terkini dan lakukan lebih banyak kerja di mana sahaja.