Windows

Windows terunggul yang pernah dihasilkan

Lakukan perkara hebat dengan Windows yang paling bersifat peribadi dan produktif setakat ini


Beli Windows 10

Perlu peranti baharu?

Komputer riba, tablet dan telefon baharu amat serasi dengan Windows 10

Lihat Windows 10 Peranti

Adakah anda pengguna Mac atau pembina sistem?

Ketahui caranya anda boleh menaik taraf kepada Windows 10.

Ketahui lebih lanjut

Windows 10

Dapatkan Windows yang baharu dan diperbaik apabila anda menaik taraf kepada Windows 10. Anda akan mendapati bahawa Windows 10 ialah Windows yang biasa digunakan oleh pengguna, tetapi dengan pengalaman yang lebih diperibadikan. Versi ini membawa segala-galanya yang anda suka mengenai Windows 7 dan 8 ke tahap yang seterusnya.

Windows 10 menyediakan Menu Mula yang lebih baik, meluaskan kemungkinan dan menampilkan aplikasi dan pin kegemaran anda supaya mudah anda mencapainya. Versi ini bukan sahaja memudahkan lagi untuk melakukan berbilang tugas, ia juga bersepadu dengan baik dengan perisian dan perkakasan yang sudah anda miliki. Oleh itu, anda boleh kekal produktif pada bila-bila masa anda bekerja. Secara khususnya, anda boleh melihat sehingga empat aplikasi dan semua tugas terbuka pada masa yang sama.

Beli Windows 10 dan temui Microsoft Edge iaitu pelayar serba baharu yang memberikan anda kemampuan untuk menaip atau menulis nota terus pada laman web dan dengan mudah berkongsinya dengan rakan, keluarga dan rakan sekerja. Pelayar ini juga memudahkan anda membaca artikel dalam talian tanpa gangguan dan menyimpan halaman kegemaran untuk dibaca kemudian.

Apabila anda menaik taraf kepada Windows 10, aplikasi anda akan berfungsi dengan baik dalam semua mod, pada semua peranti. Layari Microsoft Store dan anda boleh mencari banyak peranti hebat yang direka bentuk untuk berfungsi dengan baik bersama Windows 10. Contohnya, produk Surface menggabungkan penampilan dan suasana tablet dengan kefungsian PC untuk mencipta pengganti komputer riba yang sempurna. Windows 10 hanya mempertingkatkan pengalaman Surface.

Sama ada anda mahu bekerja atau bermain, Windows 10 membantu anda berinteraksi dengan peranti anda dengan cara yang paling sesuai. Aplikasi yang hebat seperti Mel, Kalendar, Muzik, Video, Peta dan banyak lagi disertakan standard dengan Windows 10 dan menggunakan OneDrive untuk membuat sandaran maklumat anda. Jika anda pemain tegar, anda pasti menyukai cara peranti Windows 10 disegerakkan dengan Xbox Live kerana anda dapat merakamkan permainan anda dalam masa beberapa saat, menstrim permainan daripada konsol Xbox One ke peranti anda di mana-mana sahaja di rumah dan banyak lagi. Beli Windows 10 dan anda akan mendapat lebih banyak kefleksibelan berbanding sebelum ini.

Jika anda pengguna Windows sedia ada, dapatkan naik taraf Windows 10 supaya anda boleh merasai teknologi Windows yang terkini. Membeli-belah di Microsoft Store dan beli Windows 10 hari ini.