Office Home & Student 2016 untuk Mac

Office Home & Student 2016 untuk Mac

RM449.99

  • Untuk 1 Mac
  • Versi terpasang penuh Word, Excel, PowerPoint dan OneNote
  • Simpan fail dalam awan dengan OneDrive

Kuantiti:

  • Untuk 1 Mac
  • Versi terpasang penuh Word, Excel, PowerPoint dan OneNote
  • Simpan fail dalam awan dengan OneDrive

 

 

Gambaran Keseluruhan

Office yang dibuat khusus untuk Mac

Office 2016 untuk Mac direka daripada asal untuk memanfaatkan ciri-ciri Mac terbaru, termasuk paparan Retina, sokongan pandangan skrin penuh dan juga lantunan skrol. Ia merupakan kombinasi yang sempurna bagi Office yang anda kenali dan percayai, serta Mac yang anda sukai.

Word

Word

Cipta dan berkongsi dokumen yang kelihatan profesional dengan menggunakan alat pengeditan, penyemakan semula dan perkongsian yang terkini. Tab Reka yang baharu memberikan capaian segera kepada ciri-ciri dan Carian Pintar menunjukkan maklumat mengikut konteks yang berkaitan daripada web secara terus di dalam Word.

Excel

Excel

Analisis dan gambarkan data anda dengan cara yang baharu dan intuitif menggunakan antara muka pengguna yang baharu serta pintasan papan kekunci kegemaran anda. Manfaatkan ciri-ciri seperti Analysis Toolpak, Penghiris dan Pembina Formula untuk menjimatkan masa, oleh itu anda boleh menumpukan perhatian kepada pemahaman.

PowerPoint

PowerPoint

Cipta, bekerjasama dan persembahkan idea anda dengan berkesan menggunakan transisi slaid yang baharu dan anak tetingkap tugas Animasi yang diperbaik. Jaluran komen bersama slaid anda membantu anda menggabungkan maklum balas ke dalam persembahan anda. Pandangan Penyampai memaparkan slaid semasa, slaid seterusnya, nota penyampai dan pemasa pada Mac anda, sementara hanya memaparkan persembahan kepada penonton pada skrin besar.

OneNote

OneNote

Ia buku nota digital anda sendiri, jadi anda boleh menyimpan semua nota, idea, halaman web, foto, serta audio dan video dalam satu tempat. Sama ada anda berada di rumah, di pejabat atau dalam perjalanan, anda boleh membawanya semua ke mana-mana sahaja anda berada di samping berkongsi dan bekerjasama dengan orang lain. Sangat sesuai untuk tugasan sekolah, projek kerja, pelan perjalanan, perancangan parti dan banyak lagi.

Bahan anda pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja

Bahan anda pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja

Sama ada anda menggunakan Mac, iPhone atau iPad, anda akan mempunyai capaian segera ke dokumen anda pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dengan storan awan OneDrive.

Perbezaan Microsoft

Perbezaan Microsoft

Kami akan membantu anda untuk menggunakan perisian

Kami ialah syarikat yang telah membina Office, oleh itu kami lebih arif daripada orang lain. Walau apa pun bantuan yang anda perlukan untuk memuat turun atau memasang Office, kami mempunyai kepakaran yang anda perlukan. Kami akan memberikan anda sokongan yang diperlukan sehingga perisian anda boleh digunakan.

Hubungi kami >

Keperluan

Pemproses yang Diperlukan

Pemproses Intel

Sistem Pengendalian yang Diperlukan

Mac OS X 10.10

Ingatan yang Diperlukan

4GB RAM

Ruang Cakera Keras yang Diperlukan

6GB HFS+ format cakera keras

Paparan yang Diperlukan

Resolusi 1280 x 800

Keperluan Sistem Tambahan

Untuk kegunaan bukan komersial.

Kefungsian Internet memerlukan sambungan Internet.

Akaun Microsoft diperlukan.

Pemasangan dan FAQ

Bagaimanakah caranya untuk saya memasang Office?

Selepas pembelian, anda boleh memasang Office di www.office.com/myaccount. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat FAQ.

Apakah perbezaan antara pelan Office 365 dan suite Office 2016?

Pelan Office 365 merangkumi suite aplikasi Office yang lengkap, serta perkhidmatan lain yang didayakan melalui Internet, termasuk storan tambahan dengan OneDrive dan minit Skype untuk kegunaan di rumah. Dengan Office 365, anda mendapat pengalaman Office terpasang penuh pada PC, Mac, tablet (termasuk Windows, iPad dan Android) dan telefon pintar. Pelan Office 365 tersedia sebagai langganan bulanan atau tahunan. Dengan Office 365, naik taraf sentiasa disertakan dengan langganan anda.

Suite Office 2016 merangkumi Office Home & Student dan Home & Business, termasuk aplikasi seperti Word, Excel, PowerPoint dan OneNote; ia tersedia sebagai pembelian sekali untuk digunakan pada satu PC atau Mac. Aplikasi tidak dikemas kini secara automatik; untuk mendapatkan versi terkini, anda mesti membeli Office sekali lagi apabila versi baharu tersedia.

Lihat semua FAQ Office