Outlook 2016

 

Outlook 2016

RM659.99

Outlook 2016 membolehkan anda menumpukan perhatian kepada perkara yang penting dengan memberikan paparan e-mel, kalendar dan kenalan yang jelas.

Kuantiti:

Outlook 2016 membolehkan anda menumpukan perhatian kepada perkara yang penting dengan memberikan paparan e-mel, kalendar dan kenalan yang jelas.

 

 

Gambaran Keseluruhan

Uruskan e-mel, kalendar dan kenalan anda

Uruskan e-mel, kalendar dan kenalan anda

Outlook membantu anda untuk kekal teratur dan mengikut perancangan. Lampiran daripada OneDrive membolehkan perkongsian dan kerjasama yang lebih mudah pada dokumen dan kalendar boleh dipaparkan sebelah-menyebelah untuk perancangan yang lebih baik. Paparan perbualan mengumpulkan mesej-mesej yang berkaitan. Malah anda boleh melihat semua maklumat penting kenalan anda pada satu tempat, memudahkan lagi anda untuk menguruskan semua komunikasi pada satu tempat.

Perbezaan Microsoft

Perbezaan Microsoft

Kami akan membantu anda untuk menggunakan perisian

Kami ialah syarikat yang telah membina Office, oleh itu kami lebih arif daripada orang lain. Walau apa pun bantuan yang anda perlukan untuk memuat turun atau memasang Office, kami mempunyai kepakaran yang anda perlukan. Kami akan memberikan anda sokongan yang diperlukan sehingga perisian anda boleh digunakan.

Hubungi kami >

Keperluan

Pemproses yang Diperlukan

Pemproses x86 atau x64 bit 1 gigahertz (Ghz) atau lebih pantas dengan SSE2

Sistem Pengendalian yang Diperlukan

Windows 7 atau lebih terkini, Windows Server 2008 R2 atau Windows Server 2012

Ingatan yang Diperlukan

1 GB RAM (32 bit); 2 GB RAM (64 bit)

Ruang Cakera Keras yang Diperlukan

3.0 GB ruang cakera tersedia

Paparan yang Diperlukan

Resolusi 1280 x 800

Grafik

Pemecutan perkakasan grafik memerlukan kad grafik DirectX 10.

Multi-sentuh

Peranti berdaya sentuhan diperlukan untuk menggunakan mana-mana fungsi multi-sentuh. Walau bagaimanapun, semua ciri dan kefungsian sentiasa tersedia melalui penggunaan papan kekunci, tetikus atau peranti input piawai atau boleh capai lain. Ambil perhatian bahawa ciri sentuhan baharu dioptimumkan untuk penggunaan dengan Windows 8 atau yang lebih terkini.

Keperluan Sistem Tambahan

Kefungsian Internet memerlukan sambungan Internet.

Akaun Microsoft diperlukan.