Windows 10 Home

Windows 10 Home

RM629.99

Windows 10 ialah rakan anda dalam melaksanakan tugas dengan sempurna. Dapatkan permulaan yang cepat, menu Mula yang biasa namun diperluas, dan cara baharu yang hebat untuk melaksanakan pelbagai perkara merentas berbilang peranti. Anda juga akan menggemari ciri-ciri inovatif seperti binaan pelayan yang serba baharu untuk aksi dalam talian.

Bagaimanakah anda ingin mendapatkan Windows 10?

Kuantiti:

Windows 10 ialah rakan anda dalam melaksanakan tugas dengan sempurna. Dapatkan permulaan yang cepat, menu Mula yang biasa namun diperluas, dan cara baharu yang hebat untuk melaksanakan pelbagai perkara merentas berbilang peranti. Anda juga akan menggemari ciri-ciri inovatif seperti binaan pelayan yang serba baharu untuk aksi dalam talian.

 

 

Gambaran Keseluruhan

Windows Terbaik setakat ini

Windows 10 direka bentuk agar boleh digunakan di mana-mana peranti anda dengan lancar. Ia cepat dan responsif. Bahkan anda mendapat sokongan sembang atau telefon secara percuma daripada orang sebenar. Lebih mudah untuk melakukan pelbagai perkara yang hebat berbanding sebelum ini dengan Windows 10.

Ia berfungsi dengan baik

Ia berfungsi dengan baik

Windows 10 menggabungkan Windows yang anda sudah tahu dan menambah pelbagai pembaikan hebat yang pasti anda sukai. Teknologi seperti InstantGo1 membolehkan anda mengebut dan meneruskan dengan cepat. Selain itu, Windows 10 mempunyai lebih banyak ciri keselamatan terbina dalam berbanding sebelum ini untuk membantu melindungi daripada perisian berniat jahat.

Berbilang tugas

Berbilang tugas

Lakukan berbilang tugas seperti pakar yang mahir dengan keupayaan untuk meletakkan empat perkara sekali gus pada skrin. Skrin menjadi sesak? Cipta desktop maya untuk mendapat lebih banyak ruang dan bekerja dengan item yang anda inginkan sahaja. Di samping itu, semua pemberitahuan dan tetapan utama anda dikumpulkan pada satu skrin yang mudah dicapai.

Microsoft Edge

Pelayar serba baharu yang direka bentuk untuk memastikan web berfungsi mengikut cara anda. Tulis atau taip terus pada halaman web dan kongsi penanda anda dengan orang lain. Anda akan menyukai paparan membaca yang menghapuskan gangguan. Terdapat juga bar alamat yang diperbaik untuk membantu anda mencari pelbagai perkara dengan lebih cepat.

Kesinambungan

Kesinambungan

Skrin terbaik ialah skrin yang anda sedang gunakan, kerana Windows 10 mengoptimumkan pengalaman anda untuk aktiviti dan peranti anda. Ciri-ciri pada skrin disesuaikan untuk navigasi mudah dan aplikasi diskala dengan lancar dari yang terkecil hinggalah ke yang terbesar.2

Milik anda secara unik

Peranti Windows 10 anda mengecam anda dan mengiktiraf kehadiran anda secara peribadi. Dengan Windows Hello, peranti anda menyapa anda menggunakan nama anda dan menyala menandakan ia mengecam anda, melambai anda melalui log masuk dan membebaskan anda daripada perlu mengingati atau menaip kata laluan.3

Permainan & Xbox

Permainan & Xbox

Main permainan Xbox One anda pada PC Windows 10, komputer riba atau tablet anda. Guna ciri DVR Permainan untuk merakam langkah wira anda yang terhebat dan hantarkan kepada rakan anda dengan serta-merta, tanpa meninggalkan permainan anda.4

Keperluan

Pemproses yang Diperlukan

Pemproses 1 GHz atau lebih laju

Memori yang Diperlukan

1 GB RAM untuk 32-bit; 2 GB untuk 64-bit;

Ruang Cakera Keras yang Diperlukan

Sehingga 20 GB ruang cakera keras tersedia

Kad video diperlukan

Resolusi skrin 800 x 600 atau lebih tinggi. Pemproses grafik DirectX® 9 dengan pemacu WDDM

Kesambungan yang diperlukan

Akses Internet (bayaran mungkin dikenakan)

Keperluan sistem lain

Akaun Microsoft diperlukan untuk sesetengah ciri. Menonton DVD memerlukan perisian main balik yang berasingan

Keperluan sistem tambahan

Anda hendaklah menerima Terma Lesen yang dilampirkan, juga di microsoft.com/useterms

Pengaktifan diperlukan • Lesen tunggal • 32 & 64-bit pada USB 3.0