Word 2016 (Bukan Komersial)

 

Word 2016 (Bukan Komersial)

RM259.99

Anda boleh mencipta dokumen yang lebih cantik dan menarik dengan Word 2016.

Kuantiti:

Anda boleh mencipta dokumen yang lebih cantik dan menarik dengan Word 2016.

 

 

Gambaran Keseluruhan

Word yang anda nanti-nantikan

Word yang anda nanti-nantikan

Cipta dan berkongsi dokumen yang kelihatan profesional dengan alat pengeditan, penyemakan semula dan perkongsian yang terkini. Pilih frasa dan cari maklumat yang berkaitan daripada web dalam Word menggunakan ciri Carian Pintar. Jemput orang lain untuk mengedit dokumen yang sama secara serentak dan gunakan jaluran komen untuk menjejak maklum balas, menukarkan lelaran kepada perbualan.

Perbezaan Microsoft

Perbezaan Microsoft

Kami akan membantu anda untuk menggunakan perisian

Kami ialah syarikat yang telah membina Office, oleh itu kami lebih arif daripada orang lain. Walau apa pun bantuan yang anda perlukan untuk memuat turun atau memasang Office, kami mempunyai kepakaran yang anda perlukan. Kami akan memberikan anda sokongan yang diperlukan sehingga perisian anda boleh digunakan.

Hubungi kami >

Keperluan

Pemproses yang Diperlukan

Pemproses x86 atau x64 bit 1 gigahertz (Ghz) atau lebih pantas dengan SSE2

Sistem Pengendalian yang Diperlukan

Windows 7 atau lebih terkini, Windows Server 2008 R2 atau Windows Server 2012

Ingatan yang Diperlukan

1 GB RAM (32 bit); 2 GB RAM (64 bit)

Ruang Cakera Keras yang Diperlukan

3.0 GB ruang cakera tersedia

Paparan yang Diperlukan

Resolusi 1280 x 800

Grafik

Pemecutan perkakasan grafik memerlukan kad grafik DirectX 10.

Multi-sentuh

Peranti berdaya sentuhan diperlukan untuk menggunakan mana-mana fungsi multi-sentuh. Walau bagaimanapun, semua ciri dan kefungsian sentiasa tersedia melalui penggunaan papan kekunci, tetikus atau peranti input piawai atau boleh capai lain. Ambil perhatian bahawa ciri sentuhan baharu dioptimumkan untuk penggunaan dengan Windows 8 atau yang lebih terkini.

Keperluan Sistem Tambahan

Kegunaan bukan komersial

Kefungsian Internet memerlukan sambungan Internet.

Akaun Microsoft diperlukan.